415g gula
330g T.Gandum
1 sudu kecil Essen Ros
Petua PENTING loyang Tak melekat adalah sapukan lemak sayuran/shortening diloyang...
1.Hidupkan oven pada suhu 220 darjah
Sapukan lemak sayuran pada loyang & masukkan dalam oven
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Resepi bubur lambuk Terengganu
1.rebus beras sampai empuk
2.setelah empuk masuk santan
3.masuk rempah lada hitam,bawang merah,bawang putih(kisar)
4.masukkan nyiur gula ( kerisik)
5.masukkan budu ikut suka byk mana
6.masukkan isi ikan selayang atau ikan kembung ikut kesukaan banyak mana
7.perasa
8.daun kayu(pucuk midin,daun kadok,cekok manis,daun kunyit,pucuk limau kasturi,daun ulat bulu,ubi keledek,daun kesum,pucuk ubi dll)
9.kacau siap
10.bahan cmpuran atas banyak mana beras yang digunakan..
SEKAYA TELUR TERENGGANU
7 biji telur
1 kerek Nissang (gula melaka)
1/2 cawan gula
1 cawan santan
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-caranya:
- blend santan dengan gula dan nissang
- Tuang bahan tadi ke dalam telur kacau sampai sebati campur secubit garam
- Dah sebati tapis dan masukkan ke dalam loyang dan letak daun pandan
- Kukus lebih kurang 40 minit
- Dah masak bila sejuk letak dalam peti sejuk.
RESEPI KEK MARBLE SENANG BUAT
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Cara buat.
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 50 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak
Resepi Pai Tee
Bahan2 :
100g tepung gandum
110g tepung beras
(cap teratai @ 1gajah)
50g tepung jagung
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
350ml air
Acuan pie tee
Steps:
1. Pukul telur dalam mangkuk besar (cukup sekadar pukul macam untuk buat telur dadar, tak perlu sampai jadi foam)
2. Masuk semua tepung & garam ke dalam telur tadi sikit demi sikit, gaul sampai rata
3. Tuang air sikit demi sikit dalam adunan sampai sebati
4. Restkan adunan selama sejam
5. Panaskan minyak dalam 3/4 atau 1/2 periuk ( minyak macam untuk deep fried plus api jangan terlalu besar nnti shell akan hangus. Nak cantik pki api kecik but make sure minyak betul2 dah panas)
6. Rendam acuan pai tee dalam minyak yang dah dipanaskan tadi
7. Celup acuan panas ke dalam tepung & terus deep fried smpi shell meregang sendiri dr acuan
8. Tos minyak atas kitchen towel aka tissue. Sejukkan shell before tutup padat dalam tupperware. Siap!
*intinya ikut sukahati, inti mcm popia pun boleh