Doa dan harapan ku arwah Mazlan dicucuri rahmat...semoga dirimu tenang di alam sana
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 27 Januari 2015
Perginya seorang kawan
Doa dan harapan ku arwah Mazlan dicucuri rahmat...semoga dirimu tenang di alam sana
Alhamdulillah
Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan...tidak pernah terlintas diri seperti ini...15 belas tahun berturut LNPT berada dalam kelompok markah 90 ke atas bagi diri ini adalah salah satu rekod cenerlang ku..
Terima kasih kepada semua pengetua-pengetua yang menilai diri ini dari sisi positif biarpun ada suara-suara sumbang dibelakang..
Bagi aku..positif dalam situasi ini.Yang mengerakkan mereka memberi markah yang tinggi adalah Allah..jika Allah tidak inginkan sesuatu itu tidak berlaku..pastinya ia tidak berlaku.
Yakinlah sesuatu yang dibuat atas dasar keikhlasan pastinya balasan itu membahagiakan.
TERIMA KASIH YA ALLAH..semoga diri ini terus bersemangat untuk terus berbakti..
Rindu Ini Tiada kesudahan
resah seringkali menghuni
mata terus segar tanpa mengendahkan masa
hati digamit pilu
mana harus kuhamparkan rindu
pada insan-insan yang aku sayangi
rindu ini tiada kesudahan...
Khamis, 22 Januari 2015
Bila Azib di bawa ke sekolah
Riuh .lucu dan sesekali buat diri ini stress.ap tidaknya barang -barang kedai lepas satu .satu diambilnya..bila tiba mood nak balik mulalah mengamuk dan menangis..tapi syoknya Azib semua anak-anak murid dah jadi geng nya.
Rabu, 21 Januari 2015
Lagi gambar hari ini ..kelas PPKI 5
Seronok dengan mereka...bila boring aktiviti rakam gambar sebahagian cara saya mrngajar mereka...dalam kelas waktu saya mengajar mereka seperti anak saya..pendekatan saya marah saya buang ketepi gurauan sesekali saya panggil nama mereka dengan nama penyanyi terkenal..gelak sakan mereka ketawa..perkataan sayang tak lekang dibibir..kesannya mereka sudah menghafal masa saya masuk bila dan waktunya.....belum tiba waktu mengajarpun mereka dah mula memanggil saya...bagi saya cukuplah saya sudah di hati mereka..antara salah seorang guru yang mereka suka..alhamdulillah..ini cara saya...cara orang lain berbeza yang penting matlamat kita sama...mendidik mereka insan yang kurang upaya ini agar mampu berdiri sendiri...
Gurau senda dengan mereka rutin harian saya
Biarlah gambar berbicara...dunia saya adalah dunia pelajar istimewa..tanpa mereka rezeki saya mingkin tiada...mereka umpama anak saya sendiri...
