Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 17 Januari 2014
Kedai Dobi PPKI SMK Demak Baru
Kedai dobi PPKI SMK Demak Baru sudah mula beroperasi ...hasil dan sumbangan dari pada pegawai dan staf LHDN Semua cawangan dinegeri Sarawak..Alhamdulillah rezeki murah untuk Murid di sini...
Khamis, 16 Januari 2014
Bekal ku...lebih sedap
Bekal pagi ni...cukuplah untuk mengisi perut lauk...hari ni dan semalam..
Kononnya projek nak berjimatlah lening...tak tahulah bertahan sampai bila.....
Rabu, 15 Januari 2014
Geramnya...
Maaflah tahun 2014 Adalah tahun berbeza..jangan Harap orang boleh pernodohkan aku lagi..
Manusia macam nilah..bila kita baik ambil peluang pijak Kepala..bayangkan kalau Pentas tu sorang je yang buat....
Macamana nak Angkat besi yang berat itu
Macamana nak gantung langsirnya
Macamana nak Angkat pasu yg berat itu..dan pernah k terfikir selepas majlis tu....pandai pulak kau bagi arahan suruh lah,Murid...mmg dulu alum suruh Murid dan Tukang kebun,tapi suruh tu kena upahlah... Bukan tak ikhlas..Cuma kebaikan Kita selama ni di salah erti...
Dayah..oh..Dayah
Tengah hari tadi ketika masuk ke kelas PPKI 3.. Hati ini sedikit tersentuh dengan gelagat seorang Murid perempuan ni...7 tahun dan tahun ini tahun ke lapan saya bersama ya...selama itu lah pipi saya menjadi manga ciuman dia..
Tidak Kira waktu tear jumpa nya,pasti airliur nya menjadi penyeri muka ini..
Tertiba wajah nya sedikit muram..mungkin kerana saya terlupa bertanya Khabar tentangnya...
Bila saya lalu disebelahnya Tertiba tangannya terus meme gang tangan saya..
Dengan penuh kasih sayang dia memeluk saya...saya terlupa..sememangnya dia kurang kasih sayang berjauhan dengan ibu sendiri serta tidak mendapat kasih sayang ayah se jak lahir...Dayah..Dayah..kadang-kadang dirimu amat mengharukan Cikgu..
Selasa, 14 Januari 2014
............
Langgan:
Catatan (Atom)































































