Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 29 Mac 2012

Catatan Biasa


 Hanya tinggal kenangan...Terjumpa gambar ni dalam daripada seseorang..Ketika ini menjadi pengacara majlis untuk Sambutan Maulidur Rasul 2009.Pelajar yang menjadi pengacara bersama iaitu Mohd Zul Helmi dahpun
 berumahtangga.Kini bidang pengacara semakin ditinggalkan ...

Tercapai Hajat Nie..


Alhamdullillah...Akhirnya doa dan permintaan terkabul jua.Berbelas tahun menunggu untuk mempastikan adakah ini kesilapan diri atau mengapa ianya terjadi..
Happy sangat!!!!
Hanya Allah sahaja yang tahu ,bagaimana perasaan ini.
Tapi sayang...terlambat untuk mengetahui segalanya.
Salah siapa ya???????
Terima kasih kerana masih ada ingatan 
Terima kasih kerana pernah menghiasi warna-warni kehidupan diri ini
Semua kini hanya tinggal kenangan.
Untuk kita jadikan pengajaran dan panduan
meneruskan liku-liku perjalanan.

thanks

Thank you very much!!

Satu Nama Tetap Di Hati



Sesungguhnya untuk melupakan segala yang telah tercipta adalah amat sukar.
Biarpun kita menafikannya.
Hakikatnya selagi ada yang bernama ingatan
selagi itulah memori itu datang dan pergi
mengganggu emosi.

Selasa, 27 Mac 2012

Macam-macam Telatah Hari Ini












































Tulis je...

Dalam kesuraman ada sinar yang memberi..
Kesedihan tidak selamanya kita rasai..
Kegembiraan juga tak selamanya kita miliki...
Hidup ibarat putaran roda
Dibawah dan diatas berputar mengikut kita
Umpama juga 
air sungai dan lautan
Ada pasang dan ada surutnya.
Umpama siang dan malam
Amat indah di waktu siang
Amat kelam dan gelita bila malam menjelma.
Itulah lumrah hidup
Jangan kesali tiap apa yang berlaku
Dia Yang Lebih mengetahui
Kenapa dan mengapa
Ianya ditakdirkan 
Buat kita.


Smile and be happy
 (Anak Pantai)

Baju Pelajar PPKI SMK Demak Baru Bertukar Warna

 Bersama Amirul dan Ariana mengayakan baju rasmi warna kuning 
 
PPKI SMK Demak Baru telahpun membuat perubahan dari segi pakaian beruniform pelajar-pelajarnya.Matlamat utama untuk mudah pihak pengurusan sekolah membezakan pelajar aliran perdana dengan pelajar PPKI.Walau apapun matlamatnya yang penting perubahan warna itu menampakkan pelajar-pelajar PPKI ini lebih kemas dan menarik
 Bersama Amirul dan Ariana mengayakan baju rasmi warna kuning
Headi,Ariana dan Azimah ,pelajar PPKI7 juga AJK Kelab Keusahawanan.
Baju lama dia orang...

Isnin, 26 Mac 2012

Catatan Buat Kak Jan

 
Melihat gambar di atas mengingatkan diri ini pada pengorbanan kakak saya ni. Tersentuh hati saya saya imbas balik apa yang telah dia korbankan pada saya dan adik-adik selama ini.Andainya dia tidak korbankan pelajaran mungkin dia juga berada seperti kedudukan saya hari ini.Dia lah yang menjaga makan minum kami sekeluarga...Seingat saya jadual kakak saya ini penuh padat ..jadual secara tidak langsung wujud tanpa disedari.Seawal pagi kakak telah bangun membuat kan kerja-kerja rumah.Membasuh baju,menyapu sampah ,mengangkut air dari telaga yang agak jauh.Emak pulak selepas azan subuh sudah bergegas ke bandar Terengganu untuk membeli barang-barang jualan.Tanggungjawab di rumah digalas sepenuhnya oleh Kak Jan.Saya pulak tika tu hanya tau bangun pagi dan pergi ke sekolah.Tika itu adik seperti Jo,Ida dan Ja ,Kak Janlah yang mengasuhnya,pakai makan dia orang,semuanya Kak Jan yang buat.Seolah-olah mereka pula anak Kak Jan Itu belum masuk lagi mengemas dan menjaga kedai..Penatnya Hanya Allah sahaja yang tau kan.Hanya waktu petang sahaja bila diri ini pulang dari sekolah kita bergilir-gilir melakukan kerja.Kita berdua sememangnya diuji dengan begitu kuat..Tapi kerana ujian itu menjadikan kita seorang yang tabah.
Kak Jan..
Sememangnya dirimu insan yang amat mulia.Patutlah semua adik beradik kita begitu menyenangimu.
Dirimu sunyi dalam keriuhan tapi kau sembunyikan di sebalik wajah dengan hilai tawa dan gurauan.Hidup Kak Jan dan dunia Kak Jan hanya pada adik-adik kita dan juga membantu mak mengalas tanggungjawab rumahtangga.Penat lelah kak Jan ketepikan demi membantu mak tika dulu.Dunia percintaan jua Kak Jan abaikan sedangkan diri ini tau Kak Jan jua insan yang ingin dicintai dan mencintai.
Kak Jan.
Pengertian Kak Jan suatu ketika dulu ,sehingga kini akan tetap diri ini kenangi.Dirimu insan yang paling memahami kemahuan dan kehendak diri ini.Kak Jan sentiasa menjadi tempat meluahkan rasa hati.Kak Janlah juga menjadi penyokong kuat untuk diri ini terus berusaha dan berusaha hingga hari ini diri ini sudah dapat mengapai apa yang dimpikan selama ini.
Kak Jan..semoga hidupmu sentiasa diberkati..hari-harimu sentiasa ceria menemani..

Layan lagu "Cinta Di Bawah Sedar"

Bila dengar lagu ni buat hati jadi sedikit sayu.Kenangan silam satu persatu menjelma.
Saat bagaimana ianya bermula dan antara kita terpaksa menoktah kan titiknya.
Mencari-cari kenapa ianya terjadi..
Apapun terima kasih kerana antara kita tiada dendam yang menghuni di hati..

Buat Anak Sedara IMI-Happy Birthday

http://www.desicomments.com/dc1/13/164780/164780.jpg
Selamat hari lahir buat anak sedara Imi.Doa Cekda ,semoga panjang umur,murah rezeki ,dan berjaya dalam pelajaran Imi.
Alya,Alif,Adam,Aimy dan Azib turut sama mengucapkan Selamat hari lahir buat Imi.
Ingat-ingatlah jugak Cekda yang jauh di Bumi Kenyalang ni ya.