Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 15 Mac 2012

Pemberianmu suami.amat dihargai.


Di akhir perbualan,sempat dia berpesan supaya apabila datang untuk mengambilnya di lapangan terbang nanti tidak ditemani anak-anak.Alasan yang diberi cenderamata anak-anak tidak sempat dibeli.Untuk buat kejutan pada anak-anak,dia cadangkan singgah saja di SPRING ketika perjalanan balik nanti.

Menunggu flightnya tiba..menimbulkan sedikit kerungsingan ..Lantaran hujan turun dengan begitu lebat.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dari jauh tangannya melambai ...seminggu berpisah terasa lama.Kukucup tangan dia..dan satu ciuman dia berikan ..Gembira rasa hati dia sudah didepan mata.
Sambil memandu dia meluahkan ...keinginan untuk berjalan berdua sahaja sebab itu tidak dia tidak benarkan aku membawa anak-anak.
Berjalan berpegangan tangan...makan berdua dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai telah lama tidak kami lakukan.Mungkin kesibukan dan jua anak-anak sudah keliling pingang.Membatasi segalanya.Dia menyatakan apa sahaja yang aku pinta akan dia hajati..Jauh disudut hati rasa terharu dengan apa yang dia lakukan.
Sesungguhnya Allah memberikan saya seorang insan yang begitu baik buat saya.
Alhamdulillah.
 Setia dengan air wangi ni...Sudah 13 tahun menggunakannya.Harganya boleh tahan RM300.Tapi berbaloi..Tak lengkap kalau sehari tanpa mencium baunya.
 Nak jadi cerita..suami belikan beg ni kerana berlaku sedikit kekalutan tertiba hp tak dapat dikesan .Rupanya tersembunyi sebab poket handbag terkoyak..Harga boleh tahan jugak.Senyum sampai ke telinga bila dia belikan beg ini.
 Tiga helai baju yang dibeli..semuanya pilihan suami..
Berdua bersatu..
Sempat menjamu selera di Kenny Rogers

Azib diusia setahun

 Azib cool je tunggu diberikan makan.Gambar ni sebelum rambut  Azib digunting.
 Enjoy makan kentang
 Abang Adam dan Kakak Alya
 Seriusnya Alif...Ayahpun sama
 Aimy yang berdikari
 Hingga menjilat jari Azib makan pizza
 Menunggu sementara pizza sampai
 Enjoy sebelum digunting rambut

 Muka Azib berubah sikit bila dah berambut pendek..



Happy birthday Azib!!

Sajak Buat Guru.

White Flowers
TERIMA KASIH GURU
GURU
HARI INI HARI UNTUKMU
HARI ISTIMEWA BUAT SEMUA GURU
KERANA BUDIMU
KERANA JASAMU
KERANA ILMU DARI MU
MENJADIKAN AKU
YANG DUNGU MENGENAL HURUF
YANG GELAP MENJADI TERANG
UNTUK MENERUSKAN SISA KEHIDUPAN…
KAU UMPAMA IBU DAN BAPA
SANGGUP BERKORBAN UNTUK ANAK MURID TERCINTA.
SABAR DAN TABAHMU
JUA TAK PERNAH KENAL ERTI JEMU
DEMI SEBUAH PERMATA KEJAYAAN
TERIMA KASIH GURU
HANYA ITU YANG TERMAMPU
BUDI DAN JASAMU
TAK TERBALAS OLEHKU..
KAU MENGAJARKU
 ERTI SEBUAH KEHIDUPAN
ERTI SEBUAH PENGORBANAN
MENCARI KEJAYAAN BUKANNYA SENANG
KAU SENTIASA NYALAKAN API-API KEAZAMAN
KAU TINGGIKAN KEYAKINAN
BILA KESUNGGUHAN MEMBUAHKAN KEBAHAGIAAN.
SEKALUNG DOA SETULUS HATI
SEMOGA HIDUPMU SENTIASA DIBERKATI
OLEH DIA YANG MAHA MENGETAHUI.


Ahad, 11 Mac 2012

Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG 2012

Roses 

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK DEMAK BARU
24 Mac 2012
DEWAN AUDITORIUM DBKU
KUCHING.

PENGUMUMAN KETIBAAN.
Mengumumkan ketibaan  Yang Berhormat …………………………….. diiringi oleh dif-dif kehormat.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan Koir sekolah SMK Demak Baru.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia


Yang Berhormat
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………


Yang Berhormat
 Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
,Adun Semariang merangkap  penaung PIBG SMK Demak Baru .

Yang Berusaha
 Yang Dipertua PIBG SMK Demak Baru
 En Hj Busman Bin Ramli dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Demak Baru sesi 2010/2011.


Yang Berusaha
En Rambli Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru dan barisan pentadbir



Yang Dihormati lagi dikasihi,
 guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian  Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Demak Baru 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua


Bagi  pihak ahli jawatankuasa  berbesar hati  mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.


Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina  ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SMK Demak Baru sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun  sahsiah pelajar .  


BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Majid atas  bacaan doa itu tadi.



Hujan gerimis lebat di hulu
Haba di muara terasa nyaman
Bacaan doa sudah berlalu
Menyusul kini arena persembahan

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2011 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Jamaludin Juni dengan kerjasama semua warga SMK Demak Baru. Terima kasih dan tahniah diucapkan.



PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI


Majlis seterusnya amat istimewa kerana ianya akan dipersembahkan oleh seorang pelajar istimewa PPKI yang cemerlang dalam PMR baru –baru ini dengan mendapat keputususan 1A 6B 1C. Beliau juga merupakan juara bertahan dalam pertandigan khat dan hafazan  peringkat sekolah.Beliau juga merupakan johan dalam Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.Di persilakan adik QaamarulIzat untuk menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk…………………………….

Terima kasih diucapkan kepada Adik Qamarul Izat atas penyampaian sajak itu tadi.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
 Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN

Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha  En Rambli Hj Hasbi , Pengetua SMK Demak Baru  merangkap Penasihat PIBG  SMK Demak Baru  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
 
Pergi ke kedai  membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP  PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Deamak Baru, Yang Berusaha En Hj Busman  bin  Ramli  untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..


Demikian tadi ucapan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru , En Hj Busman  bin Ramli.  Terima kasih diucapkan.



UCAPAN PENAUNG PIBG
Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi puan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap  penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah  Sayeed Aman Ghazali atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya SMK Demak Baru sesungguhnya terhutang budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Yang  Berhormat





UCAPAN PERASMIAN


Menjemput  Dato’ untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Dato’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat  Dato ……………………………………………………………………………… bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.


 Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan  terima kasih  kepada Yang Berhormat  Dato ………………………………….,
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.


PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap  penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato ………………………………………………………….Majlis mempersilakan.
.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMK Demak Baru 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato……………………. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat  Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha  En Rambli Hj Hasbi, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..
Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,

SELEPAS KUDAPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan Auditorium untuk Mesyuarat Agong Tahunan PIBG,SMK Demak Baru 2012.


Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru akan dipengerusikan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru,En Hj Busman Bin Ramli. Majlis mempersilakan En Busman untuk menyampaikan kata aluan.

UCAPAN PENASIHAT
Seterusnya majlis mempersilakan En Rambli bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan .Majlis mempersilakan.
(Selesai mesyuarat dan pemilihan)

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En……………… untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini  mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU.

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..

Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.

Khamis, 8 Mac 2012

UG14 - Bunga Larangan (Kisah Aku dan Lagu)


Pagi ini tertiba teringin dengar lagu ni "Bunga Larangan" UG 14.Lantas bila sampai di sekolah ,perkara pertama yang dibuat buka laptop dan jemari mula menaip dan mencari lagu ini.Zaman remaja dulu inilah antara lagu yang halwa telinga ini suka dengar.Waktu lagu ini popular dulu..aku di tingkatan 6.Masa sekolah di Sekolah Ibrahim Fikri dulu. 
Mendengar lagu ini pelbagai raut wajah yang pernah bersama datang silih berganti.Arwah Tokteh dan Ayah Teh..kawan-kawan serta insan-insan yang pernah menciptakan kenangan bersama.Syahdu sungguh bila dengar lagu ini.Memori lama kembali segar diingatan.Peritnya untuk menimba ilmu ..jalan kaki pergi dan balik sekolah.Baca buku dalam gelap ditemani cahaya neon di tepi jalan.Sindiran insan-insan yang tidak memahami. dihimpit masalah .kewangan serta tolak ansur dan pengertian yang sukar diperolehi...Semuanya berlaku dalam masa yang sama.Ketabahan dan keazaman kuat yang ada dalam diri ,masalah diatas cuba diketepikan.Masa itu semangat berkobar untuk membuktikan pada insan-insan yang cuba memperlekehkan keupayaan diri.Cuba untuk menyahut cabaran serta peluang yang diberikan.Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar rintihan hambanya..Cahaya kabur kini terang dan bersinar.
Lagu ini menjadi kenangan kerana bila waktu petang balik sekolah lagu ini yang selalu di dengar dicorong-corong radio.Ada juga dinyayikan oleh seseorang bila terlihat kelibat saya.Lucunya macam dia tahu masa tu hati saya telah dimiliki.Setiap hari insan ini pasti akan menunggu saya pulang dari sekolah.Terkadang sikap dia tu menimbulkan perasaan takut pada saya.Apapun itu cerita lama..kini semuanya telah berubah seiring dengan putaran masa.

Rabu, 7 Mac 2012

Membaca dan terus membaca

Buku, majalah dan novel di atas semuanya ada dalam kereta ..Lima buah buku ini belum sempat saya baca.Buku ini saya letak dalam kereta.Inilah teman saya dikala saya keseorangan.Habiskan masa-masa terluang sementara menunggu seseorang.
Biasanya hanya semuka atau dua muka surat dapat habiskan..Tak tahulah bila saya dapat habiskan kesemuanya. Yang paling saya minat adalah novel-novel.Itulah hobi saya yang paling utama dari zaman sekolah hingga kini.Rasanya kehidupan saya kini terkadang dipengaruhi oleh cerita-cerita yang dipaparkan dinovel.Jiwa puitis gitu...Nak buat camana..ek..jiwa seseorang itu tak sama kan..
Walau apapun semoga masa-masa yang terluang yang diberikan kepada kita tidak kita persiakan..Betul tak.

Aiskrim....Oh Sedapnya

Sejak dua tiga minggu ni,saya dah gian dengan dua aiskrim kat atas.Hidup rasanya tak lengkap kalau tidak menikmati aiskrim ini dalam sehari. Biasanya saya akan membeli dua aiskrim ini dan makan sampai habis sementara menunggu Adam keluar dari kelas. Rasa jagung pada aiskrim tu woi...betul-betul hingga saya menjilat batang aisrim tu...jagungnya yang segar dan rasa amat sempurna..Menulis ini pun dah terbayang gambar aiskrim ni.Yang warna ungu tu lagilah sedap..lembut dan halus .Siap ada isi buah lagi.Itu yang buat tak tahan mencari dan terus mencari aiskrim ni..
Kalau nak tahu rasanya bagaimana...Hah cepatlah pergi kedai beli dengan duit sendiri...Pasti esok anda macam saya akan pergi cari lagi.

Gelagat Azib malam tadi










Terima kasih kawan

345.gif
Hari ini terasa ingin menitipkan ucapan terima kasih pada anda yang sentiasa berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini.Sesungguhnya saya begitu terharu dengan kunjungan anda.Terimbas kembali permulaan blog ini...Terciptanya blog ini adalah untuk melepaskan tekanan dan sememangnya hobi saya menulis dan terus menulis..Dulu saya menulis dalam buku-buku kerja sekolah,atas kertas atau apa saja yang boleh untuk saya melakarkan kata-kata.Kini bila sudah ada blog sendiri,apa yang saya rasa apa yang berlaku saya abadikan sebagai kenangan.
Catatan saya adalah apa yang saya fikirkan ,apa yang berlaku pada diri saya.Andai apa yang tidak menyenangkan maafkan saya.Saya juga ikhlas berkongsi apa yang saya tahu..Andai ada catatan saya yang dapat membantu ,gunakanlah dan yang tak elok itu jangan diikutkan.Sebagai salah seorang pendidik khususnya pendidik insan-insan istimewa ini kita sentiasa dituntut untuk melakukan yang terbaik buat mereka.
Pada anda,saya mendoakan kesejahteraan sentiasa bersama anda ..kebahagiaan sentiasa melingkari ,kejayaan sentiasa dalam genggaman.
Terima kasih kawan..
-Anak Pantai-

Isnin, 5 Mac 2012

Kemahiran Manipulatif-Buat Kad Hari Jadi untuk Kawan







Satu catatan daripada anak murd saya

Pagi tadi saya mengajar kelas PPKI 5.Sebenarnya kalau ikutkan jadual waktu mengajar saya,tidak terlibat dengan kelas ini.Namun kerana kekurangan guru ,saya menjadi salah seorang guru gantinya.
Apa yang buat saya teruja mengajar kelas ini adalah respon daripada murid-murid ini.Terharu saya kerana kesemua muridnya begitu menyenangi saya..Apa yang saya suruh lakukan pastinya akan dilakukan tanpa bantahan.Terkadang bukan waktu saya pun murid-murid ini akan memanggil saya untuk ajar dikelasnya.
Hari ini kelas Bahasa Melayu saya ajar secara terbuka.Lontarkan pandangan dan pendapat tentang tajuk yang saya berikan..Ada satu yang menarik perhatian saya.Catatan daripada seorang murid bernama Nadhirah.Tulus ikhlas dia menilai saya..

Prasangka merosakkan persahabatan


Friends Together Forever 
Kawan, sahabat dan teman..semuanya bila dinilai maknanya..hampir sama fungsinya..Dalam hidup ini kita memerlukan kawan,sahabat  atau teman yang boleh kita kongsikan suka duka perjalanan hidup kita.
Kita juga mengharapkan kita sendiri boleh menjadi kawan,sahabat atau teman pada kawan-kawan kita.Yang boleh orang rasa bahagia bila bersama kita.Kita boleh sama-sama menangis dan bergelak ketawa mengikut alunan situasi..Rasa kehilangan bila kita tiada..Itu akan terasa betapa diri kita amat bernilai untuk menjadi seorang sahabat...teman dan kawan.
Namun..adakalanya persahabatan walau sebaik manapun boleh terputus kerana ada sesuatu yang merosakkan jalinan persahabatan itu..Salah sangka, itu antara satu penyebab yang boleh menjadi duri dalam daging pada sebuah persahabatan...Andai itu sudah ada antara kita dan sahabat. hubungan persahabatan sudah tiada nilainya..langkah yang terbaik noktahkan sahaja persahabatan itu tanpa ada perkongsian cerita ,hati dan perasaan..
Apalah ertinya hubungan lagi jika sering kali ada wasangka yang sentiasa melukakan hati antara kita dan sahabat.Kita menjadi kudis yang sentiasa menyakitkan sahabat dan teman kita.
Walau seribu kali sayangpun kita pada sebuah persahabatan...kita terpaksa leraikan jua..Jangan nanti timbul dendam yang tak mungkin terlerai..
Pada kawan,sahabat atau teman...andaikata kini saya selalu buat kalian sedih,sakit hati atau terkilan dengan saya ni...buanglah saya dalam senarai sahabat ,teman atau kawan kalian.Kerana saya bukan kawan yang terbaik ..Walau apa pun...saya anggap kalian terbaik untuk saya ..Kerana kalian begitu berharga!!.

Gelagat Aimy teman Ayahnya main bowling.

 Muka dah nampak boring....
 Pura-pura tidur bila gambarnya diambil...
 Minta simpati..
Ceria balik...memang lakonan Aimy ni mantap...

Selamat Pengantin Baru Netty...