Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Hari Lahir-Teman.

Happy Birthday 
Selamat Hari lahir buat seoarang kawan saya  nie..Saya doakan semoga sentiasa sihat sokmo...Biarpun lama dah tak jumpa,jarak memisahkan kita namun saya masih ingat kat dia.Jasa dan budi awak saya tak lupa.
Jangan sedih-sedih walaupun duk jauh dari keluarga...
Terima kasih pada sebuah persahabatan..

Selamat Hari Lahir...IDA.

Happy Birthday Dear 
Ida
Selamat Hari Lahir buatmu
Doa dan harapan agar dirimu lebih tabah menjalani liku-liku kehidupan ini.
Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
Semoga cepat dapat kerja
Semoga hadirnya insan yang akan menyayangimu sepenuh hati.
Semoga perjalanan hari-harimu dihiasi dengan senyum tawa
tinggalkan yang sedih -sedih ok.
Aku.Abg Faisal ,Alya,Alif,Adam,Aimy dan Azib sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ceksu.

Ahad, 29 Januari 2012

Hidup Umpama Layang-layang

Action is the foundational key to all success
Hidup ini bagaikan layang-layang  bila angin membadai,ia terbang mencecah awan,namun bila talinya terputus ia hanyut di bawah angin,menyerah kepada takdir,terdampar dibadai ombak deras.

Jumaat, 27 Januari 2012

Jujurlah Dalam Hidupmu

Red Rose 
“Setiap yang kita lakukan biarlah berlandaskan kejujuran kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.”

Khamis, 26 Januari 2012

Buat Awak sahabat saya


 Untuk Awak sahabat saya
Semoga hari ini awak ceria
Semoga hari ini awak sihat sepanjang masa
Semoga kerja-kerja semuanya ok.
Semoga kita tak lupa antara kita
Awak dimana awak berada
Saya sayang awak 
Kerana hidup saya sepi tanpa sahabat !!

Motivasi Diri

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Hari Ini Bukan Semalam

 
Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di alam fana ini.. Terjaga dari tidur semalam terus mata tak dapat dilelapkan.Kesempatan dambil untuk menyiap kerja-kerja sekolah yang masih berbaki..Inilah padah kerja yang tertangguh akhirnya memakan diri.Asyik dengan lamunan perasaan..
Hari ini ,pasti jauh disudut hati..saya amat mengharapkan
  • Hati saya ok...biar hari ini lebih tenang daripada semalam.
  • Semoga pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancarnya...anak-anak murid mudah memahami apa yang saya ajarkan dan diberkati oleh Dia Yang Maha Esa.
  • Janganlah ada kes-kes disiplin yang menyakitkan kepala..kerana kepala saya masih sakit dengan permasalahan sendiri..Apapun kena pastikan senyum itu wajib..(Cam lirik lagu Wann tu"di bibir aku mengukir senyuman...dihatiku tersimpan kepedihan").
  • Semoga perjalanan pergi dan balik..saya,suami serta anak-anak selamat ...
  • Yang utama hari ini ..saya mesti kuat untuk memastikan saya tidak akan mengingati apa-apa yang membuatkan saya sedih.
*kerja yang masih tertangguh:
- Minit Mesyuarat Disiplin pertama
- Minit Mesyuarat HEM PPKI
- Fail HEM
- Fail-fail disiplin
- Ringkasan buku untuk SPLG
- Papan Kenyataan Disiplin
- BBM untuk kelas PPKI8
- RPH.....
Arggggggggggggggggg siapalah yang sudi nak tolong aku ni!!!!!!!!!!!!!:(

Rabu, 25 Januari 2012

Hanya sebuah catatan


blessedhaveyouwhitebear.jpg 
Tika jemari ini menulis,diri masih berada di sekolah.Dari pagi lagi terpaksa menyiapkan segala kerja yang tergendala sejak akhir-akhir ini.Sepatutnya cuti peristiwa hari ini ,aku seperti orang lain tenang dan bahagia bersama anak-anak di rumah.Pun begitu ...abaikanlah apa yang dirasa dan diharapkan.Yang penting separuh kerja dapat disiapkan.
Esok boleh datang ke sekolah dengan sedikit kelegaan.Sebenarnya azam tahun ini nak memastikan buku pengajaran mengajar cukup sempurna,malangnya dia awal Januari banyak pengajaran dan pembelajaran yang tidak disiapkan mengikut tarikhnya.Apatah lagi banyak rekfleksi yang tak tertulis..
Kenapa aku jadi macam ni...Kenapa aku harus berubah.Sepatutnya aku tidak membiarkan perasaan menguasai diri .Biarlah keimanan dan akal yang mengemudi segala tindakan.
Hari ini..hati sedikit tercalar..rasa membara dalam dada ni...Terkilan dengan seorang kawan...sakitnya hati..dia tipu kita.Tapi takpelah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian.aku harap aku dapat berhati-hati selepas ini..Terlajak perahu boleh diundur tapi...Arrh lupakan saja.Anggaplah segalanya dugaan selagi diri masih bernyawa.
Terima kasih pada kawan setia saya..katanya saya dah berubah.hakikatnya saya tak pernah hilang dari dia.Mana mungkin saya lupakan kawan yang begitu baik dengan saya..Ingat tu..saya sayang awak kerana awaklah sahabat dan teman saya tika saya gembira jua di saat saya sedih..
Dan...hari ini awak tahu saya sedih ,walaupun belum sempat saya ceritakan masalah saya pada awak..
Itulah kita..sahabat sejati amat memahami isi hati sahabatnya sendiri..



Segalanya buat saya cemburu

11.gif 
Cemburu
Banyak sebabnya..
Patut ke saya cemburu???
oh tidak
Cemburu itu betul-betul menyakitkan saya.
Saya cemburu melihat keluarga orang bahagia
Saya cemburu melihat hidup dia sempurna
Saya cemburu dengan kekayaan dia.
Saya cemburu dengan kejayaan dia
Saya cemburu dengan kesetiaan dia
Saya cemburu dengan keimanan dan ketakwaan dia
Saya cemburu dengan ketabahan dia
Saya cemburu dengan ilmu yang dia ada
Saya cemburu dengan apa yang dia buat
Saya cemburu dengan dia yang tiada perasaan cemburu seperti saya..
Segalanya buat saya cemburu...
Tapi saya tak cemburu
jika dia penipu
Jika dia tak jujur
Jika terlalu mementing kan diri
dan sentiasa buat orang lain terluka..



Arrg Geram !!

5youdontknowme.gif 
Aduhlah rasa nak gugur jantung ..
Geram dan nak marah yang membuak-buak pada seseorang ni...
Kenapalah aku baik sangat...mudah je terpedaya dengan kata-kata orang .
Nasiblah kesabaran masih di tahap tinggi.
Sabar-sabar!!

Selasa, 24 Januari 2012

Facebook???.Katakan tidak padanya.


Time To Say Good Bye 
Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal buat FB..
Tinggalkan dulu buat seketika..
Mungkin selamanya..
Tengok situasi
Rasa happy juga berada dalam dunia sendiri ,tanpa batasan menulis apa sahaja..
Semoga terus kuat melawan dugaan FB ni..

 

Maafkan Saya ...


Please Accept My Apology... 
Saya tahu saya salah..saya buat silap..
Walaupun saya telah cuba untuk tidak buat salah..
Saya ingin buat yang terbaik apa sahaja dalam diri saya..
Namun ada juga kesilapannya juga.
Ini semuanya buat saya kecewa :((
Kalau saya masih tak sempurna ..
maafkan saya.
Saya cuma ingin jadi diri saya
dan bukan orang lain.!!


Terima Kasih Teman...Blog saya tidak sunyi lagi..

Thank You For Coming In My Life 
 Kawan,sahabat atau teman..
Terima kasih
Kerana hadirkan diri menghiasi hari-hari indah ini.
Teman
Dirimu begitu isimewa
Biarpun tanpa wajah dan suara
namun kalian teman di alam pena
Yang menceriakan dan mewarnai perjalanan liku-liku hidup ini.
Blog saya tidak sunyi lagi..
Kalian sentiasa hadir bertandang..
Terima Kasih Teman untuk sekian kali :))
-Anak Pantai-

Kita Seringkali Diuji..


Always and forever 
Dalam hidup ini seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian yang sering tak terduga diminda dan akal fikiran kita.
Terkadang kita diuji dengan kesusahan demi kesusahan hinggakan sampai satu peringkat ketabahan kita untuk mengatasinya hampir goyah.Namun Allah tidak membiarkan kita terus merasa kesusahan sebelum tersungkur Allah berikan cahaya ..
Terkadang kita juga diuji dengan kehadiran pelbagai ragam manusia yang hadir dalam hidup kita.Kadangkala menceriakan kita dan ada kalanya buat kita terluka.Namun kita pasrah ,itu semua adat dalam sebuah persahabatan.
Terkadang kita diuji dengan prasangka dengan kata-kata,sukar untuk mempercayai apa sahaja yang sahaja yang terucap daripada mulut orang lain.Sedangkan kata-kata yang terucap itu sememangnya benar-benar ikhlas dari hati.
 

 

Kata-Kata Buat Teman

 
  • Sekali melangkah jangan berpaling teruskan melangkah selagi kaki kita mampu melangkah.
  • Senyumlah selagi mampu kita tersenyum kerana mungkin esok hari kita tidak mampu lagi tersenyum.
  • Dalam perhubungan perlunya sebuah kejujuran..tiada kejujuran hubungan itu tiada nilainya...berikan yang terbaik walaupun kadangkala kejujuran kita diragukan.
  • Mempunyai sahabat sejati adalah lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
  • Apa yang kita alami demi teman adakalanya amat meletihkan dan melukakan.Tapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah.
  • Dalam masa-masa kejayaan teman-teman mengenali kita,dalam masa kesengsaraan kita mengenali teman-teman.
  • Kadangkala kata-kata yang lahir dari bibir tak sama dengan di hati..
                                        •