Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 24 Januari 2012

Facebook???.Katakan tidak padanya.


Time To Say Good Bye 
Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal buat FB..
Tinggalkan dulu buat seketika..
Mungkin selamanya..
Tengok situasi
Rasa happy juga berada dalam dunia sendiri ,tanpa batasan menulis apa sahaja..
Semoga terus kuat melawan dugaan FB ni..

 

Maafkan Saya ...


Please Accept My Apology... 
Saya tahu saya salah..saya buat silap..
Walaupun saya telah cuba untuk tidak buat salah..
Saya ingin buat yang terbaik apa sahaja dalam diri saya..
Namun ada juga kesilapannya juga.
Ini semuanya buat saya kecewa :((
Kalau saya masih tak sempurna ..
maafkan saya.
Saya cuma ingin jadi diri saya
dan bukan orang lain.!!


Terima Kasih Teman...Blog saya tidak sunyi lagi..

Thank You For Coming In My Life 
 Kawan,sahabat atau teman..
Terima kasih
Kerana hadirkan diri menghiasi hari-hari indah ini.
Teman
Dirimu begitu isimewa
Biarpun tanpa wajah dan suara
namun kalian teman di alam pena
Yang menceriakan dan mewarnai perjalanan liku-liku hidup ini.
Blog saya tidak sunyi lagi..
Kalian sentiasa hadir bertandang..
Terima Kasih Teman untuk sekian kali :))
-Anak Pantai-

Kita Seringkali Diuji..


Always and forever 
Dalam hidup ini seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian yang sering tak terduga diminda dan akal fikiran kita.
Terkadang kita diuji dengan kesusahan demi kesusahan hinggakan sampai satu peringkat ketabahan kita untuk mengatasinya hampir goyah.Namun Allah tidak membiarkan kita terus merasa kesusahan sebelum tersungkur Allah berikan cahaya ..
Terkadang kita juga diuji dengan kehadiran pelbagai ragam manusia yang hadir dalam hidup kita.Kadangkala menceriakan kita dan ada kalanya buat kita terluka.Namun kita pasrah ,itu semua adat dalam sebuah persahabatan.
Terkadang kita diuji dengan prasangka dengan kata-kata,sukar untuk mempercayai apa sahaja yang sahaja yang terucap daripada mulut orang lain.Sedangkan kata-kata yang terucap itu sememangnya benar-benar ikhlas dari hati.
 

 

Kata-Kata Buat Teman

 
  • Sekali melangkah jangan berpaling teruskan melangkah selagi kaki kita mampu melangkah.
  • Senyumlah selagi mampu kita tersenyum kerana mungkin esok hari kita tidak mampu lagi tersenyum.
  • Dalam perhubungan perlunya sebuah kejujuran..tiada kejujuran hubungan itu tiada nilainya...berikan yang terbaik walaupun kadangkala kejujuran kita diragukan.
  • Mempunyai sahabat sejati adalah lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
  • Apa yang kita alami demi teman adakalanya amat meletihkan dan melukakan.Tapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah.
  • Dalam masa-masa kejayaan teman-teman mengenali kita,dalam masa kesengsaraan kita mengenali teman-teman.
  • Kadangkala kata-kata yang lahir dari bibir tak sama dengan di hati..
                                        •  

Isnin, 23 Januari 2012

Jadilah cahaya Buat saya


you-are-my-sunshine.gif 
AWak..
Jadilah cahaya buat saya
kerana saya tahu hidup saya gelap tanpa awak..
Awak..Jadilah cahaya buat saya
Kerana saya tahu saya buta bila saya ditimpa masalah
tapi bila awak ada awak bagi jalan buat saya bagaimana nak selesaikan masalah.
Awak ...jadilah cahaya buat saya
tika saya berduka
Awak berikan sinar bahagia buat sahaja..terangi hati saya dengan gelak senda gurau tawa.
Awak..jadilah cahaya saya
tika susah dan senang saya
Jangan malapkan cahaya itu 
kerana saya perlukan cahaya awak sepanjang perjalanan hidup saya.
Saya tahu cahaya awak buat saya terkadang kabur..
Saya buat awak terluka
Saya buat awak sedih
saya buat awak terkilan
Tapi awaklah tempat saya bertukar cerita!!

My Sister is My Best Friend


bestfriend.gif 
Kali ni terasa ingin menulis pasal kakak-kakak dan adik perempuan.Nak imbas balik pasal dia orang ni.Syukur sangat sebenarnya diberikan dan dilahirkan dalam keluarga yang ramai bilangan adik beradik.Saya ni anak ke 5 dari 10 orang adik beradik.3 kakak dan 3 orang adik perempuan.Sorang abang dan 2 orang adik lelaki.
Sememangnya saya akui antara kami adik beradik sangat mesra alam.Gurau senda sentiasa menemani hari-hari bersama kami.Justeru terasa ingin memahatkan memori-memori indah bersama mereka di dalam blog yang amat saya sayangi ini.
Kak Long atau panggilan Ina ,kakak sulung saya..bagi saya dia seorang cukup sensitif..tapi seorang yang amat mudah menghulurkan bantuan apabila adik-beradik yang lain dalam kesusahan.Dia seorang kakak bagi saya amat  bertanggungjawab pada adik-adik termasuk saya.Kenangan Kak Long menjaga saya ketika saya terlantar sakit selama seminggu di rumah dia,masih saya ingat dan akan saya simpan sampai mati.Kak Long juga sentiasa memberikan baju-baju nya yang cantik untuk saya semata-mata ingin melihat saya comel..Kenangan lucu saya ketika bersama Kak Long adalah ketika saya mencari bangunan mahkamah untuk mengisi borang mengangkat sumpah.Terdududk Kak Long gelakkkan saya kerana melihat saya bertanya seorang anggota polis pasal bangunan mahkamah tu kerana saya salah bangunan.Saya sedar kebluran saya selalu buat orang gelak.Kak long..sesungguhnya diri ini amat menghormati dirimu..menyayangimu..Cuma tak terluah dengan kata-kata.
Kakak saya yang nombor 2,saya panggil Kak Aya.Dia seorang kakak bagi saya amat tabah dengan ujian demi ujian yang menimpa hidup.Bagi saya Kak Aya amat memahami diri saya,sporting dan mudah kesian pada adik-adik.Pengorbanan Kak Aya bekerja selepas darjah 6 amat saya bangga.Sanggup membiarkan diri susah semata-mata demi melihat emak gembira.Kenangan bersama Kak Aya..banyak.Dia tempat saya mencurahkan isi hati ,berkongsi perasaan tika remaja.Sentiasa menghulurkan wang buat saya ketika saya belajar di U dulu.Walaupun saya menolak tapi Kak Aya tetap memberikannya .Kak Aya...saya tetap akan ingat cubitan Kak Aya hingga kini seakan masih terasa lantaran saya ambil barang KaK Aya.(Nak sebut kan kat sini malu..)HIhi..Apa boleh buat kemiskinan keluarga kita memaksa saya ambil barang Kak Aya..Tolong maafkan saya..Nak suruh ganti balikpun berapa ..cakap je.Apapun Kak Aya ...saya sayang Kak Aya..saya kagum dengan ketabahan yang Kak Aya lakukan itu.
Kak Jan ,kakak saya yang nombor 3.Sangat rapat dengan saya.Kerana susah senang saya semasa di rumah dulu bersama Kak Jan.Pergorbanan Kak Jan berhenti sekolah sangat ternilai dan tak terbalas oleh saya ,kerana Kak Jan lakukan itu untuk adik-adik.Walaupun dalam hati saya faham betapa sunyinya jiwa Kak Jan tika itu daripada teman-teman.Waktu saya di alam persekolahan,Kak Jan lah yang masakkan untuk kami.Kak Jan seperti pembantu dalam menjaga adik-adik yang kecil,Kak Jan terpaksa membantu mak dan menguruskan rumah tangga.Kenangan kita terlalu banyak untuk di tuliskan..Yang pahit saya dengan Kak Jan setahun tidak bertegur sapa ..lepas tu kita tak bergaduh lagi hingga kini.Kak Jan lah teman saya dulu.Pernah saya ingat Kak Jan sentiasa membantu saya mengulangkaji pelajaran dengan cuba untuk buat mak faham.Mana mungkin saya juga lupakan ketika KakJan kelaparan gara-gara menghantar saya ke universiti dulu..Kesian Kak Jan.Dan yang paling saya hargai ,Kak Jan berikan saya tanah untuk saya buatkan rumah buat Mak.Terima Kasih Kak Jan.Sesungguhnya dirimu teman yang paling rapat yang kita sentiasa kongsi perasaan suka duka kita..
Adik perempuan saya yang pertama,saya panggil La je..Sayangnya dia tidak bersama kami sepenuh masa kerana tinggal di rumah nenek saudara.Dulu amat rapat dengan saya ,sentiasa bertandang ke rumah ketika belum kawin..anak-anak saya amat rapat dengan La..Namun,,kenapa kini ada sedikit jarak yang memisahkan.Entah dimana silapnya..
Ja..adik perempuan saya yang nombor 2.sangat degil dan selamba orangnya.Sangat suka lihat mak berleter,,Bagi saya,Ja ni katalah apa sahaja pun tetap tak terasa hati.Macam takde perasaan.Saya hargai jugak adik saya ni..pernah bersama dengan saya di Putrajaya dulu.Setahun lebih lah jugak menjadi pengasuh Adam.Sebelum dapat kerja yang dipegang sekarang.Tapi yang saya geram sikit dengan dengan dia ni..Malasnya..kerja rumah susah sangat nak buat..alasan penat kerja...
Adik saya yang bongsu..Ida.Tak tahulah sekarang tubuh semakin berisi ke tak sebab makan hati.Saya akui  dia banyak diuji dalam bentuk perhubungan.Kesian dia..kerana seseorang dia menjadi mangsa.Harapan biarlah dia kuat hadapi ini semua.Dapat pengajaran dimana sesebuah perhubungan itu perlu ada pengkongsian..pengorbanan bersama.Ida ni manja dan sangat sensitif orangnya,Tapi sangat rajin membantu mak..Saya juga tak lupa ..jasa Ida sanggup tinggal di rumah saya membantu saya di saat saya kesusahan.Apapun Ida ,jangan terlalu sress gila memikir kan kerja yang masih belum ada..Bersabarlah menunggu insan yang akan hadir dalam hidupmu yang betul-betul sayangkan dirimu.
Terima kasih Kak Long,Kak Aya,Kak Jan,La,Ja dan Ida..kerana kalian teman ,adik beradik yang amat baik untuk diri ini.Semoga kemesraan terus tercipta antara kita adik beradik sampai bila-bila.

Rindu Datang Lagi

pic48.jpg 
Petang Isnin yang mendung tika jemari ini menulis..Hari ini dah masuk hari ketiga cuti sempena Tahun Baru Cina.Seronok berpeluang bersama keluarga.riuh rendah suara anak-anak sesunguhnya amat menceriakan walaupun sesekali pening melayan..
 
Bila petang-petang pasti fikiran akan terus melayan ke kampung halaman.Sesungguhnya rindu tak pernah hilang.Tak pernah pudar walaupun waktu berpudar dan segalanya berubah.
Tak dapat dinafikan berjauhan adalah amat menyiksakan namum demi sebuah penghidupan segalanya harus ditempuh.
Terkadang bila rindu datang menjengah terus saat dan ketika itu  ingin terbang ke sana.Ingin sentiasa bersama habiskan masa-masa yang ada ini bersama Mak dan keluarga di kampung .Dapat merasa masakan mak..Dapat menatap wajah mak.dan segala-galanya ...tentang mak.Sesekali timbul rasa cemburu di hati kerana memikirkan orang lain yang sentiasa ada disisi mak...Huh...dah takdirnya begitu..terpaksalah terima suratan dari Nya.
Mak..kesabaran dan ketabahan mak selama ini mengajar saya untuk terus kuat menempuh cabaran yang mendatang..Terima kasih mak kerana pengorbanan mak untuk saya dan adik beradik yang lain.Doakan selalu agar saya di sini sentiasa tenang setenang mak..

Jumaat, 20 Januari 2012

Gelodak dijiwa ..

commentgreeting7.gif 
 Maaf...
Satu perkataan yang terlalu sukar untuk diucapkan..
Tapi amat bermakna andai dapat diluahkan
Walaupun berat untuk menyatakan
kebenaran itu..
Sehari dua nie tertiba ada rasa kurang dalam perjalanan kehidupan..Kenapa ekk???
Mencari jawapan dimana silapnya...
Kerja ke...oh tidak..rasanya semua ok.
Cuma kerja bertimbun..tapi biasalah
itulah rezeki kita.
Anak-anak....ummm.mungkin juga ada kerunsingan bila fikirkan Adam yang sentiasa diserang asma..ada tension juga kat situ!!
Insan tersayang...emmm tidak jugak sebab dia sentiasa ada,kasih sayangnya tetap tidak berubah cuma berubah lebih banyak membebel..bla..bla..
Apa ekk..
Persahabatan???????
MUngkin juga kerana kesibukan kadangkala buat teman kita salah sangka.
Sejak dua menjak sekolah dibuka kesibukan membatasi segala.
SMS tak sempat,call tak terangkat ,email tak terbalas dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
Maaf ya kekawan...bukan sombong atau lupa diri cuma keadaan tidak merestui..
Nak minta maaf juga pada kawan-kawan yang terasa dengan kata-kata saya ni..Terkadang mulut begitu celupar tapi jauh disudut hati tak terniat nak menyakiti..Ketahuilah kehadiran kalian antara penyeri perjalanan kehidupan saya..
Terima kasih.


Khamis, 19 Januari 2012

Aktiviti Membuat Tema Kelas PPKI 8

 Azman dan Haider
 Proses memotong huruf
 Bersama Devi satu-satunya pelajar India
 Bersemangat dia orang ni demi kelas PPKI 8
Agak-agaknya apa kata-kata yang bakal tercipta dalam kelas PPKI 8 nie...Tunggu!!!
Kerja-kerja masih tenggala hingga hari ini..

Pengurusan Disiplin SMK Demak Baru


Pengurusan Disiplin SMK Demak Baru
Pengurusan Disiplin  dirancang dan dicadangkan untuk dibuat pemilihan oleh Jawatankuasa Disiplin pada tahun 2012
Bil
Aktiviti
Tarikh
1 .
Mewajibkan setiap murid memiliki Diari Sekolah
Jan/Feb
2.
Operasi Disiplin-
Sport Check
(Individu ,kelas,pintu pagar)

Ikut Keperluan
3.
Kursus Kepimpinan Pengawas
(beberapa tempat dicadangkan seperti di Dewan Hikmah,Yayasan Sarawak,Pusat Kokurikulum
Februari
4.
Ceramah/Demonstrasi/Pameran
-Narkotik
-Disiplin
-Juvana
-Polis
(Di bawah pengurusan Kaunselor)

Feb/Mac/April/Julai
5.
Program Khidmat Nasihat
Bimbingan dan Kaunseling kepada Pelajar secara individu dan kelompok.
Sepanjang tahun
6.
Merekod Salahlaku Pelajar
Ikut Keperluan
7.
Lawatan ke rumah pelajar( Jejak Harian)
Ikut Keperluan
8.
Rekod SSDM
Setiap Bulan
9.
Pelaksanaan Sistem Merit Demerit
-Merekod salahlaku pelajar
-Anugerah kepada pelajar yang mengumpul mata merit)



Sepanjang tahun
10.
Minggu Disiplin
-Pertandingan membuat poster
-Menulis Essei
-Kehadiran Terbaik
-Anugerah Sahsiah Pelajar

11.
Perhimpunan Rasmi
-Pelajar lelaki berbaris dihadapan,pelajar perempuan di belakang.
-Ketua Pengawas –membacakan ikrar
-Persembahan /ucapan dari wakil setiap tingkatan(Sajak,Nyayian lagu motivasi,pidato,ucapan ringkas)
-Pengetua dijemput oleh Ketua Pengawas apabila semua guru dan pelajar telah bersedia di tapak perhimpunan.
Sepanjang Tahun
12.
Taklimat Disiplin Pelajar
Jan
13.
Mesyuarat Pengurusan Disiplin
Jan,Jun,Oktober
14.
Perjumpaan Ibu Bapa murid yang bermasalah
Jan-Nov
15.
Pemeriksaan Motosikal Murid
Ikut keperluan
16.
Penggunaan Kad Keluar Kelas dan Buku Kawalan Kelas
Sepanjang Tahun.
17.
Perhimpunan Pagi setiap hari
-Laporan /teguran  /pemeriksaan diri pelajar
-Bacaan doa

18.
Program 180”
Jan, Mac


Isnin, 16 Januari 2012

Tulis merapu tapi saya suka...

Hello 
Tika ini jam menunjukkan pukul 3.30 pagi.Entah mengapa mata yang tadi kuyu kembali cerah.Langsung menunjukkan tanda  tak nak beradu..Adoi..esok pasti dalam kelas aku tak dapat kawal perasaan mengantuk ni...
Paling haru bawa kereta pasti tak tahu hala macam yang terjadi minggu lepas..Nasib selamat sampai di sekolah.Kalu tak arwah dah aku ni.
Apa aku nak buat ni ekk..nak tengok fb pun boring jugak..takde yang menghiburkan.Lebih-lebih sejak akhir-akhir ni jiwa malas sangat nak berchatting,sms ke apa ke..rasa malas tahap gaban.
Tapi aku tak pernah boring untuk menulis di blog kesayangan ini..Sesungguhnya rasa tenang bila dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.Nak luah pada orang belum tentu orang memahami perasaan kita.Silap hari bulan diperlinya balik kita.Kan haru jadinya.
Saya seronok di sini..melihat kekawan mengunjungi blog saya, buat saya happy dan saya hargai sangat..Pada yang sudi mengikuti blog saya..terima kasih berbanyak...Semoga kita terus menjadi sahabat di alam maya..Sayang kamu!!
Pada yang masih berjaga tika dan saat ini ,saya tujukan lagu ini buat anda...
Semoga terhibur ya

Khamis, 12 Januari 2012

Jiwang habis dengar lau nie- Ikhlas Merindu

Selamat Hari Lahir...Abang..

 
Selamat Hari Lahir Abang...Doa dan harapan ita Abang diberikan kesejahteraan yang berpanjangan.Dipanjangkan umur,jua dimurahkan rezeki.Terima kasih untuk kesekian kali kerana menjadi teman hidup yang memahami hati seorang isteri.Ita bersyukur pada Dia Yang Maha Kuasa kerana menghadirkan seorang insan yang begitu sempurna dalam hidup Ita.
Happy Birthday 
Ikatan kasih sayang kita bermula dengan jambangan bunga yang abang berikan untuk memulakan salam perkenalan.Dan salam itu Ita sambut hanya berniat untuk memainkan Abang lantaran Ita terlalu benci pada Abang kerana kejadian Abang memalukan Ita.Rupanya itu sebenarnya niat Abang untuk mendekati Ita.
Hubungan cinta kita bermula dengan dugaan demi dugaan yang Abang buat untuk Ita.Entah mengapa Ita begitu sabar dengan apa yang Abang lakukan.Selepas itu Abang pula ,diuji dengan perbagai cara oleh Ita ..Airmata seringkali menemani perhubungan kita...Suatu ketika jua hubungan kita hampir menemui jalan akhir.Pun begitu ,ketabahan Abang dan keikhlasan Abang dalam perhubungan cinta kita amat terserlah.Sebab itu,jauh di sudut hati terlalu menyayangi diri Abang.
Sepanjang kita di alam universiti,kita antara pasangan yang tidak begitu ketara .Pernah ada yang salah anggap dengan perhubungan kita kerana kita tidak menunjukkan secara terang kita menjalinkan hubungan.Pernah juga ,kita tidak berhubung selama sebulan walaupun tinggal di kampus yang sama..Lucunya teman-teman antara kita yang memberikan khabar.
Tau tak..saat yang paling Ita tunggu adalah apabila cuti semester..Kita semua pulang ke kampung masing-masing.Saat itu kerinduan amat memuncak.Dan Ita amat hargai kesungguhan Abang dengan setiap hari warkah dari Abang ita terima daripada posmen..Terkadang termalu pun ada dengan posmen kerana setiap hari surat dari abang pasti ita terima dengan helaian surat itu terkadang mencecah 20 muka surat.Ita tak tahu bagaimana nak gambar kan perasaan gembira ita itu pada Abang.

 Sebahagian surat-surat daripada Abang yang masih Ita simpan hingga kini.

 Kelab Kompang menemukan kita
 Surat-surat dan kad-kad ucapan daripada Abang
 Salah satu kad ucapan
 Surat yang berjela-jela tapi Ita tak jemu membacanya
 Guna dakwat merahpun ada
 Surat menggunakan kertas printer
 Antara lagu-lagu yang Abang tujukan

 Belakang suratkhabar pun pernah Abang tulis surat untuk Ita.

Surat-surat dan kad daripada Abang..
Abang ...
Pejam celik rumah tangga kita dah mencecah hampir 14 tahun.Suka duka kita kongsikan bersama.Dan ita bersyukur melahirkan zuriat Abang..Terimakasih Abang kerana menerima Ita sebagai isteri dan menerima mak,ayah serta ahli keluarga Ita sepenuh hati.

Lagu kenangan kita..
Birthday Graphic #74
Ikhlas
Isterimu
-Ita-


Rabu, 11 Januari 2012

Sambal Mangga buat emak

Mak..tertiba ingatan ini pada mak ..Terimbas kembali ketika balik cuti hari tu..Seronok saya lihat mak makan sambal mangga yang saya buatkan untuk mak.Sememangnya mak suka segala bentuk masakan kerabu.Hari itu mak makan dengan berselera sekali.Hati saya berbunga riang sebab dapat membangkitkan selera makan mak...Sejak itu hari-hari mak suka kalau sambal mangga ini saya buat untuk mak.Masih saya ingat hari yang berikutnya mak cuba membuatnya sendiri dan saya pula yang merasanya..Sememangnya sambal mangga ini berlainan sedikit dengan yang di semenanjung.Sebab hanya menggunakan belacan,cili ,ikan bilis dan sedikit gula bisa membangkitkan selera yang teramat.
Mak ,tika dan saat ini saya rindukan masakan mak..rindu sangat-sangat.Apakan daya mak jauh di sana.Semoga mak sihat -sihat selalu.Salam rindu di angin lalu.