Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 27 Jun 2011
Selagi nyawa belum berhenti
Soalnya hati sukar dimengerti..
Apa terjadi diluar kawalan diri..
Entah mengapa...
Hati bertanya..tiada jawapan pasti
Ingin berlari..
Ingin ku daki..
Inginku jalani...sisa yang berbaki..
Dengan indah berseri..tanpa diselubungi duri
ceria hidup ini...
Walau denganmu belum kupasti
Selagi nyawa belum berhenti
Selama itu ku nanti..
Badan letih...otakpun jem..le
Letih sungguh selama dua hari ini..pantang baring sikit akan terlenalah saya dalam lena yang panjang...Nak kata tidur tak cukup ,rasanya sampai dah terlebih tidur.Semangat kerja seakan pudar.Terasa nak ambil cuti rehat tapi bila cuti nie dapat ke nak berehat..moga bila bangun pagi esok nie..kehidupan saya dah normal balik.
Segar dan ceria .dan yang paling utama semangat beb..Esok banyak kerja yang saya kena buat kat sekolah tu..
Tidurlah..jemari nie tak larat nak menulis..idea kering.hua..hua ..
Jumaat, 24 Jun 2011
Selasa, 21 Jun 2011
Bengkel Sistem Kawalan Disiplin Murid (SKDM)
Petang tadi Lembaga Disiplin SMK Demak Baru mengadakan Bengkel Sistem Kawalan Disiplin Murid (SKDM) yang dipengerusikan oleh tuan pengetua.
Besarlah harapan bila dah buat bengkel ini agar satu sistem disiplin yang lebih mantap dan teratur dapat dilaksanakan.
Sorry pada kawan-kawan AJK Disiplin..gambar yang kurang memuaskan..
Lukisan ini buat saya sedih..
Tiada apa yang menarik jika dipandang pada lukisan di atas.
Tapi bagi saya ,apabila saya terjumpa lukisan ini di dalam fail saya..terus airmata saya gugur.
Nak tahu kenapa????
Inilah lukisan terakhir hasil jemari halus arwah Hadi,anak murid PPKI saya yang telah pergi buat selamanya.
Akan saya simpan sebaiknya lukisan ini buat kenangan saya pada murid yang saya sayangi ini..
Hadi...hingga kini ingatan padamu masih segar di hati.Damailah engkau di sana ..
Hadi...hingga kini ingatan padamu masih segar di hati.Damailah engkau di sana ..
Isnin, 20 Jun 2011
Cikgu Sa'ee-sportingnya kitak
Saya sebenarnya cukup terharu dengan kespotinan cikgu Saee.Beliau salah seorang guru aliran perdana yang sentiasa melayan karenah pelajar-pelajar PPKI.
Yang paling penting pelangan tetap kedai usahawan PPKI hihi..
Tq Cikgu Sa'ee.Rajin-rajinlah datang selalu ya..
Aiskrim Malaysia-Projek Alfan
Hati-hati Alfan jangan sampai tertumpah
Pelajar-pelajar PPKI yang lain memerhatikan Alfan melaksanakan projeknya.
Langgan:
Catatan (Atom)
















Lihat telatah anak-anak murid PPKI saya nie..buat saya tersenyum sorang..Nak buat kad hari bapa yang sangat simple tapi nak menyudahkannya pelbagai telatah saya kena hadapi..Ingatkan renang je ada macam-macam gaya rupanya buat kad juga ada macam-macam.Ada gaya bebas,gaya terbang,gaya sembunyi tepi meja lah..dan macam-macam.Tapi inilah dunia mereka dan juga dunia saya..alam istimewa yang amat indah..





























Aiskrim Malaysia buatan Alfan .Bangga sungguh saya dia dah pandai buat aiskrim nie seorang diri..Objektif saya nampaknya semakin tercapai mengajar budak-budak PPKI nie berniaga.Sekarang Wanie ,Izuddin,Ayu ,Zul dan Fadilah sudah pandai mengambil peluang mencari duit sampingan.

