Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 29 April 2011

Aimy dan Kakak Alya ke salon rambut

Aimy dan kakak Alya bukan main
happy lagi bila dapat potong rambut..

 Aimy dengan  rambut barunya
 Kakak Alya yang pemalu.
Fesyen rambut kakak dan adik sama je..

Khamis, 28 April 2011

Gambar Azib



Buat Azib..akan sentiasa mak abadikan gambar Azib selagi diberi peluang.Semoga suatu hari nanti menjadi tatapanmu hasil daripada garapan mak buat azib..ketika ini dirimu berusia 44 hari..

Aimy dan Vakum

Aimy anak aku yang no 4 nie memang lain sedikit jika dibandingkan dengan kakak dan abang-abangnya.Dari umur seawal sehari  keaktifannya telah terlihat.dalam masa 40 hari memang payah nak pakai kan pampers kalau tiada yang membantu.Biasanya adik ipar akulah(ceknor) yang akan membantu..Perkembangannya pulak memang cepat ,umur 7 bulan dah boleh berjalan.Kini umur Aimy dah 2 tahun.mulut bagai bertih jagung.Ayat-ayat yang digunakan macam orang dah besar panjang.Sesekali buat aku tergelakpun ada.terkadang menguji tahap kesabaran dengan sikapnya..Aimy ni kalau tengok abang dan kakak nak vakum rumah pastilah dia yang dulu nak buat.Kalau tak bagi siaplah mengamuk.Tapi Aimy kalau buat kerja tak payah suruh..tau je kat mana nak di vakumkan..buktinya nilah gambar yang terakam.Dia tahu tempat-tempat yang perlu di bersihkan


Kenangan Sa Bersama Azib

Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan anaksedara tinggal bersama kat Kuching nie..Sejak belum melahirkan Azib hinggalah Azib kini dah berusia 45 hari.tapi tanggal 4Mei nanti akan terasa kesunyian bila mak dan sa kembali semula ke kg. Terasa begitu pantas masa beredar,kalau boleh jauh di sudut hati biarlah mak duduk kat Kuching ni lama-lama.

Sa bersama baby Azib

Rabu, 20 April 2011

Azib diusia yang ke-37




Tak Perlu


Lonely Girl 
Tak perlu bertanya khabar ...
Tak perlu mengambil tahu..
Memujuk hati ini..
dan 
bila berjauhan teringat kenangan silam..
membuat hati terguris..
perasaan tercalar..
Rasanya sudah terlewat untuk kuterima apapun kemaafan..
Pergiku usah ditangisi
Hilangku usah dicari...

Jika waktu bisa diputarkan...

i
btterfly077.gif 
Jika waktu bisa diputarkan.
Akan kuubah segalanya...
Namun bisakah aku?
Mimpi tetap mimpi
Hanya kenyataan di alam realiti
Aku hanya mampu berfantasi
Mengharap angan menjadi nyata
Dan hanya mampu berserah
Hanya takdir mampu merubah


Isnin, 18 April 2011

Hari Ini....



Wishing you a wonderful week 
Hari yang indah...cuaca yang mendung..ada sedikit kesunyian.. masa pun berlalu dalam suasana yang lembut..Terkadang ada gelak tawa yang menghiasi..Saling mengharap ruang masa untuk memihak pada diri...
Hari ini datang penuh harapan ,esok mengharap kepastian dan akan datang belum pasti bisa ditempuhi...


Selamat Menempuh Final Exam Ceksu

18314.jpg

Ceksu...
Selamat menempuh peperiksaan akhir semester sepanjang hidup kalau tak sambung belajar lagi...
Buat yang terbaik,tawakal banyak-banyak pasti ceksu dapat menjawab segala persoalan yang dikemukakan.Kita orang kat sini mendoakan ceksu berjaya dengan cemerlang..
Pastinya selepas ini akan terasa kesedihan untuk meninggalkan UMT  ,meninggalkan segala suka duka selama 4 tahun bergelar siswi.Saat perpisahan dengan teman-teman merupakan saat yang menyakitkan kerana kemungkinan teman itu tak mungkin kita ketemu lagi.Segalanya akan menjadi memoir ketika bergelar warga UMT.
siapa yang pernah menjalani hidup sebagai mahasiswa akan tahulah betapa indahnya menjalani kehidupan di sana.Menagajar kita mengenali siapa sahabat dan teman yang sanggup susah senang bersama..
Akhirkata
SELAMAT MENEMPUH EXAM SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIKMU..

Sabtu, 16 April 2011

Album Kenangan..

Beautiful Graphic #4 
Semalam dah 33 hari umur Azib ..ini bermakna aku dah menjalani tempoh berpantang dah melepasi satu bulan.Walaupun kata orang dalam berpantang tapi aku macam orang tak berpantang..Makan pulak ikut hati je..Kalau rasa nak makan aku ambil je..Yang kesian Aziblah selalu buang air besar.
Semalam bawak Azib suntik perlalian dia..Ya Rabbi kuatnya dia menangis masa disuntik..Sekarang Azib dah pandai mengajar orang..letak kat katil atau tilam menangislah dia..Asyik minta didukung je..Sememangnya setiap anak punyai warna warni yang tersendiri..Terpaksa sabar .. 
 Posing ni setelah pulang dari hospital
















Jumaat, 15 April 2011

Kawan,Sahabat dan Teman...

roseKawan,
Boleh dicari di mana -mana
Tanpa perlu kau kenali siapa dia...
Merekalah kawan ketika kau gembira
Tetapi bukan sahabat tika kau berduka


Sahabat,
Yang sejati amat payah kau temui..
Andai sudah bertemu
Dialah intan yang berharga
Kerana                                                              
Dialah sahabat 
Diwaktu suka duka....

Teman,
Menemani setiap perjalananmu...
Membantu setiap permasalahan hidup ini..
Namun hanya dialah teman hidup kita
Hingga ke akhir hayat..

Khamis, 14 April 2011

Liku kehidupan kita berbeza..


Beautiful Butterflies 
 Saat kembali mengenang masa -masa silam ,pastinya diri ini merasakan hidup ini begitu rumit sekali.
Jika tidak kuat, rasanya aku tidak akan menjadi seperti hari ini...
Sememangnya alam kanak-kanak ku tidak seindah seperti kanak--kanak yang lain..pun begitu jauh disudut hati ingin sekali aku kembali ke zaman kanak-kanakku dikelilingi gurau senda,terkadang perkelahian manja adik-beradik..walaupun kemiskinan menghimpit tapi di dalamnya banyak warna warni kehidupan yang ada manisnya.
Hidup dalam serba kekurangan sewaktu zaman kecilku ..membuatkan aku terbiasa dan tidak kisah andaikata dalam satu minggu tidak pernah menjamah ikan atau ayam yang dimasak enak-enak oleh emak.itulah kekebalan kami adik beradik..Nasi putih berlaukkan kicap adalah biasa .terkadang juga sagu yang susah untuk ditelan orang itulah makanan kami.Asal saje dapat mengalas perut dari kelaparan..Arr rasanya anak-anakku sendiri kalau diberikan makanan sagu seperti yang mak masak dulu rasanya tak tertelan dan mungkin hanya sampai dikerongkong dan dimuntahkan balik.
Aku masih ingat makanan yang sedap bila mood ayah baik ayah akan pergi ke laut waktu malam .Pepagi lagi kalau hari tak sekolah aku dan kakak dah ada kat pantai tunggu ayah balik.bukannya apa aku suka sangat sebab dapatlah aku merasa makan sotong atau udang pada hari tu..Sehingga sekarang ini bila aku beli sotong dan udang ..pasti imbauan itu terkenang balik..Betul..aku rindukan saat itu..walaupun aku susah ada satu perasaan yang sukar untuk digambarkan..senang cerita dalam susah ada indahnya..
Sebenarnya dalam diri aku ni,aku ingin menjadi seperti emak yang berjaya mengharungi semua dugaan. mak dah begitu lali dengan kata-kata hinaan orang.Mak begitu tabah melayan karenah ayah..Walaupun mak secara sembunyi sentiasa menitis airmata dibelakang tapi hati ini tau dalam senyum mak derita.Begitulah emak yang aku sayangi..Walaupun aku ingin menjadi seperti emak tapi sikap ku jauh berbeza..Aku seorang yang begitu degil .Tapi kerana kedegilan inilah menjadikan aku seperti hari ini..Degilku bersebab..Aku degil melawan kemarahan mak kerana tidak membantu nya dikedai bila aku balik sekolah..Aku degil kerana tika itu banyak kerja rumah yang aku perlu siapkan..Aku juga degil  melawan cakap mak ayah kerana mereka melarangku menyambung persekolahan di tingkatan enam.Aku berkeras kerana aku perlu gapai cita-cita yang kuimpikan selama ini..Alhamdulillah kerana kedegilan ini dapat jua membuat sedikit kesenangan buat mereka..terkadang kedegilan perlu ada juga dalam diri kita demi untuk sebuah kebahagiaan.



Ceksu...Jangan Sedih

e
18.gif\
Alahai...sedihnya Ceksu malam tadi ekk...Jangan sedih-sedih ya Ceksu..semoga hari nie Ceksu dah tak sedih lagi ekkk..
Exam dah dekat, fokuskan minda k.
Jalan berliku masih lagi di hadapan..Biasalah tu..ujian dalam bercinta ..ada pahit dan ada manisnya..
Hope u happy my dear.. 

Rabu, 13 April 2011

Kalimah Allah Pada Hirisan Daging.

Semalam mak buat gulai kurma daging..tanpa disangka terjumpa hirisan daging yang tertulis kalimah Allah kat situ..
Sebenarnya dah banyak kali jumpa hirisan daging tertulis nama Allah nie.Yang paling banyak ketika malam pernikahan Zila dulu .Hingga 5 keping hirisan daging yang dijumpai tertulis kalimah Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pencipta dan segalanya atas kehendakNya sesuatu itu terjadi.