Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 21 Februari 2011

Buat Alin Dan Kerdipanbintang..

Thanks fo Add Graphic #43
Buat Alin Dan Kerdipanbintang.. Salam perkenalan untuk kalian berdua..Selamat mengikuti Bolg Memori Seseorang Guru..Kunjungan anda berdua serta rakan-rakan yang lain amat Anak Pantai hargai...Terima Kasih Sekalung Budi..
 
Thanks for becoming my Friend
 
-Anak Pantai-

Jumaat, 18 Februari 2011

Tekadku..

Red Rose 
Memulakan hari Jumaat dengan satu tekad di hati..Ku akui kursus semalam untuk semua guru amat berkesan..Dengan semangat dan gaya penceramah yang berjaya memikat dan menyentuh hati..
Ada azam baru yang mula menampakkan diri ini..Sesuatu yang baik itu perlu disegerakan..Sesuatu yang baik itu jangan dibiarkan..Tekadkan azam tinggikan matlamat.Ubahkanlah persepsi..Murid nakal harus didekati...bukan dibenci...  Ujikaji akan bermula hari ini...
Red Rose


-Anak Pantai-

Mengharap Sinarmu Jumaat


Roses 
Benarlah kata HAMKA yang berbunyi"hidup di dunia laksana lautan yang jarang tenang,airnya yang beriak,berombak dan bergelombang " Pada laut seringnya ada susah dalam senang,dan sesekali timbul senang dalam susah".
Semoga aku sentiasa tabah mengharungi segala liku dan lurah mencabar dalam menempuh arus kehidupan di alam fana ini 
Jika ingin dihitung ,barangkali kekuatan jiwa sudah cukup gah didirikan lewat musim-musim yang berlalu...Barangkali jua perlu ku akui...aku insan berjiwa batu...
Alhamdulillah...syukur pada Ilahi...hari ini masih di beri kesempatan menghirup udara pagi Jumaat penuh ketenangan ini..Jendela kamar kusingkap mata terus memandang langit yang berbalam...Ada fajar mula menyinar..Semoga sinarmu itu menyerikan hari Jumaat ku ...
Ya Allah..Hanya engkau yang Maha Mengetahui ketentuan ini.


Roses
-Anak Pantai_ 

Perlukah Kau Kembali


Red Roses 
Perlukah kau kembali
menyingkap semula memori
Setelah pintu kenangan kau dan aku tertutup kini...
Perlukah hati ini
Menerima mu lagi
Setelah hati ini kau lukai..
Dengan janji -janji yang tidak pernah terpatri..
Perlukah antara kita kini
Menyulam tali menyambung kembali
Untuk kedua kali
Menyubur hati yang telah mati...
Bukan tidak kuakui
Amat sukar mengusir kenangan itu pergi
Kerana ianya telah terpahat di hati..
Namun kesukaran itu berjaya jua kutempuhi
Kerana sedarku dirimu kini tidak seperti yang pernah kukenali....
Airmata menitis lagi
Pabila suaramu memujuk hati..
Dulu ,kini dan selamanya 
Aku ini tetap kau sayangi..
-Anak pantai-



Khamis, 17 Februari 2011

catatan Buat Hadi 2

White Rose 
Hadi..cikgu masih ingin menulis buat dirimu biarpun cikgu tahu antara kita sudah di tempat yang berbeza..tapi izinkan cikgu melepaskan perasaan dan tekanan ini disini..Semoga hati cikgu akan kembali tenang dan hati cikgu menerima hakikat Hadi dah tiada...
Hari ini cikgu ke sekolah seperti biasa..ditakdirkan jua hari ini dalam jadual cikgu tiada kelas Hadi yang cikgu ajar..Sampai di sekolah..cerita Hadi telah pergi buat selamanya bermain dibibir setiap guru dan kawan-kawan Hadi..Sebolehnya cikgu ingin memekakkan telinga untuk tidak mendengar jua untuk membicarakan mengenai Hadi.Cikgu lemah .Cikgu takut airmata tertumpah lagi.Semalam air mata cikgu mengalir dan terus mengalir.Dan malam i ni juga cikgu tidak dapat melelapkan mata lantaran ingatan terhadap Hadi masih membara...Betapa hibanya lagi pabila perkhabaran Hadi meninggal kerana penyakit buah pinggang yang tidak diketahui oleh sesiapa..Luluh hati cikgu membayangkan kesakitan yang Hadi rasa semasa hayat Hadi tanpa dapat dikongsi...Tanpa siapapun yang memahami keperitan dan kesengsaraan yangHadi rasai...Cikgu rasa bersalah yang teramat kerana Hadi sentiasa menjadi gurauan senda cikgu tanpa cikgu ketahui insan ini mengalami pelbagai penyakit yang amat kronik..Sakit jantung dan buah pinggang ...Aduh...mengapalah cikgu tidak prihatin permasalahan Hadi ...
Esok...pasti airmata cikgu akan mengalir pabila majlis bacaan Yassin dan tahlil akan dilakukan.Dan esok jua hendak tak hendak cikgu akan masuk jua ke kelas Hadi .Mampukah cikgu menatapi meja dan kerusi yang kosong tanpa Hadi...Lukisan yang Hadi warnakan belum sempat cikgu periksa..Akan cikgu simpankan dan abadikan sebagai kenangan terakhir cikgu bersama Hadi..Doa cikgu semoga Hadi damai di sana...Maafkan cikgu untuk sekian kalinya kiranya cikgu tidak mengajar Hadi sepatutnya seperti seorang guru...Senyuman Hadi akan sentiasa segar dalam ingatan Cikgu..Terima kasih kerana tanpa kehadiran Hadi cikgu tidak mungkin cikgu  digelar guru istimewa...
Memori bersama Hadi kini meninggalkan buih-buih rindu yang memutih...

Contoh Pantun Perasmian,Penutupan dan Sebagainya 2


White Rose 
Sayang kumbang mencari makan
terbang seiring di tepi kali
selamat datang kami ucapkan
moga diiringi restu ilahi
White Rose
bukan rumput sebarang rumput
rumput penghias cantik pandangan
bukan jemput sebarang jemput
jemput juri berikan penerangan
White Rose
Siti Wan kembang perintah Kelantan
Nama termasyur zaman dahulu kala
Saat yang dinanti telahpun datang
Pertandingan nasyid akan bermula
White Rose
Jangan kita bersikap malas
Buangkan juga sikap berangan
Kami memberi tidak minta dibalas
Hanya untuk kenang-kenangan.
White Rose
 Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang dicaci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan.
White Rose

 keputusan pemenang sudah ditangan
Menunggu masa untuk diumumkan
Yang Berusaha Tuan Pengetua diberi penghormatan
Sampaikan anugerah mohon dilaksanakan.
White Rose


Sukatlah puluh menggunakan gantang
Untuk diberikan kepada panglima
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima
White Rose 

`
Buah selasih dicucuk lidi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi
White Rose
Hinggap kedidi di bunga tanjung
Meniti-niti ke hujung dahan
Tuan berbudi amat disanjung
Semoga menjadi kenangan zaman
White Rose
Berkejar-kejaran ombak di laut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
kerja selesai dan terima kasih.

White Rose
-Anak Pantai-


 

Rabu, 16 Februari 2011

Aktiviti PPKI Membuat Roll Sardin dan Latihan Selawat Sempena Maulidur Rasul














White Rose














Kandid di Pantai Buntal

 Petang Maulidur Rasul dalam hujan rintik-rintik bawa anak- anak,anak sedara (Sa) dan adik(Pok Joe)ke Pantai Buntal..niat di hati nak cari buah kelapa muda di sana..Alhamdulillah tercapai hajat.
 Seronok dia orang sesekali bila kaki menjejak pasir pantai walaupun tidak sama dengan Pantai Terengganu...
 Joe sempat menikmati kuih sepit buatan orang Buntal
 Apa agaknya yang ditunjukkan oleh Alif kepada Kak Sa
 Mintak Aimy sikit ya Pok Joe
 Kenapa sampai terkangkang kaki Aimy tu
 Posing cantik nampak
Adam dengan gaya yang tersendiri.