Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 29 Julai 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR

HARI :KHAMIS

TARIKH:29.7.2021

MASA:9.00 PAGI

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung kecuali apabila sesi taklimat pengurusan tingkahlaku diadakan nanti.

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

 

BIJI SELASIH BOLEH DIMAKAN

MENJADI PERISA SEDAP TERPERI

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN

SEMOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa selaku pengerusi program pada hari ini/

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Suriana Binti Mohd Zain,Guru Bimbingan dan Kaunseling ,SMK Kampong Jawa ,selaku penceramah pada hari ini.

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Kebajikan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PDPR PPKI SMK KAMPONG JAWA 2021.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan program  Taklimat Pengurusan Sahsiah PdPR   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan Pendidikan anak -anak murid PPKI  dan  kita ada 2 anugerah yang akan disampaikan diakhir program ini.

Antara objektif program ini diadakan ialah melahirkan dan membentuk murid berdisplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan sekolah .Membentuk keperibadian dan sahsiah mulia dalam kalangan murid PPKI dan juga melatih dan mendedahkan kepada murid tentang pengurusan di dalam segala aspek kehidupan.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

 

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN PK HEM

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis  menjemput dan mempersilakan  Yang berusaha Tuan Haji Muzikir bin Mohammad ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA

MAKAN NASI DI TEPI BENDANG

BERSAMA TUMIS IKAN BILIS

DATANGLAH AYAHANDA KAMI MENGUNDANG

TAMPIL KE DEPAN MERASMI MAJLIS

Seterusnya,  majlis menjemput Yang Berusaha  Tuan Haji Hishamuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Kg Jawa Sekolah Amanah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Taklimat Disiplin ,Pengurusan Sahsiah dan Ketrampilan Diri ,SMK Kampong Jawa.

 

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua di atas ucapan Perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

KERETA SELISIH DI KUALA KEDAH

JALAN SEHALA DI HUJUNG JETI

TERIMA KASIH UCAPAN TERINDAH

ATAS SEGALA JASA DAN BAKTI

 

AIR SUNGAI JERNIH SEKALI

SEJUK TERASA DI JARI JEMARI

TIDAK TERNILAI JASA DAN BERI

TANPA AYAHANDA SIAPALAH KAMI.

 

 

TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR DARIPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,PN SURIANA MOHD ZAIN.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.

 

1.    Nama diberi  Pn Suriana Mohd Zain.

2.    Beliau  berasal dari  Setiu ,Terengganu.

Sejarah pendidikan beliau ialah pemegang diploma Pendidikan Bahasa Arab di Unisza pada tahun 1999 kemudian melanjutkan pengajian beliau dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Psikologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2004 .Kemudia beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Psikologi ,di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi  pada tahun 2020.

3.    Beliau merupakan kaunselor sekolah dan mula berkhidmat di sebuah sekolah di Sarawak  .Seterusnya meneruskan bidang perguruan beliau sebagai kaunselor di SMK Kampong Jawa bermula 2006 hingga kini. Beliau mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang kaunseling

 

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Puan Suriana Mohd Zain untuk menyampaikan ceramah  atau taklimat beliau.

 

Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah motivasi pada hari ini atas ceramah yang sungguh bertenaga tadi.

 

BUKIT BERBARIS BANYAK BATUNYA

DI PADANG DATAR KITA BERTEMU

MAIN GAME ADA WAKTUNYA

KERJAKAN DAHULU PDPR DAN TUGASMU

 

SESI SOAL JAWAB

Hadirin sekalian,

Kini tiba pula ke sesi soal jawab.Sekiranya ada sebarang kemuskilan ibu bapa atau murid-murid bolehlah mengajukan soalan ini kepada penceramah kita pada hari ini.

 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan murid yang mengajukan pertanyaan sebentar tadi.

 

 

 

PENGUMUMAN ANUGERAH

TAYANGAN MULTIMEDIA SENARAI PENERIMA HADIAH.

(Anugerah Jaguh PdPR bulan Mei dan Bulan Jun)

Siding hadirin sekalian,

Pohon kuini subur di tanjong

Jerami padi berbelak-belak

Nilai murni amalan di sanjung

Asas peribadi insan berakhlak.

 Kini kita tiba ke acara kemuncak iaitu Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Mei dan Jun

Untuk pengetahuan ini ,pemilihan bagi anugerah ini adalah berdasarkan kehadiran terbaik,penglibatan aktif dan menghantar tugasan mengikut ketetapan.

Sebagai makluman kepada para hadirin ,semua penerima anugerah pada hari ini hanya menyaksikan majlis ini melalui pautan google meet,you tube .Sijil  ini akan diserahkan kepada penerima anugerah pada masa yang akan diberitahu kelak.

Air jeruk dalam gelas

Makan roti dengan keju

Niatlah belajar dengan ikhlas

Hanya Allah yang dituju

Bukit berbaris banyak batunya

Di padang datar kita bertemu

Main game ada waktunya

Kerjakan dahulu pdpr dan tugasmu.

Pohon jati tumbuh berjajar

Pandai berpantun orang banjar

Jika kita malas belajar

Cita-cita tidak akan terkejar.

 

Beras putih dalam guni

Panjang ekor ikan pari

Jadilah murid yang berani

Tunjukkan bakat potensi diri.

Kita mulakan dengan penerima Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Mei

(Rujuk Lampiran )

 

Dan seterusnya kita umumkan pula penerima Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Julai.

(Rujuk lampiran )

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah bagi bulan mei dan Julai.Bagi yang lain jangan sedih dan berputus asa kerana Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Julai akan dipilih setiap kelas lebih daripada seorang.Pastinya murid mengambil peluang ini

Dengan berakhirnya, tayangan multimedia itu tadi ,kita akan berehat seketika untuk Majlis Sambutan Hari Lahir pada pukul 10.30 pagi.

 

 

 

 

 

Unit Kurikulum  Pendidikan Khas  SMK Kampong Jawa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Semua Pentadbir  

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI

Ibu bapa dan pelajar SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program Motivasi anjuran Panitia Pendidikan moral PPKI.

SESI BERGAMBAR

Dipohon Yang Berusaha Tuan Pengetua serta barisan pentadbir dan penerima-penerima anugerah untuk sesi fotografi.  Majlis mempersilakan.

**Sila buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar,

PENUTUP

Kini selesai sudah Program Motivasi.  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.

 

Jumaat, 16 Julai 2021

TEKS UCAPAN WAKIL GURU

 

TEKS UCAPAN WAKIL GURU. 

MAJLIS LAMBAIAN MESRA ,SEKALUNG BUDI.

ASSALAMUALAIKUM ,DAN SALAM SEJAHTERA. 

Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK  Kampong Jawa,

Yang Berusaha  Puan Hajah Norshidah bt Mohd Saad PK Kanan Pentadbiran.,

Yang Berusaha,  Tuan Haji Muzikir bin Muhammad,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hong Li,Penolong Kanan ko kurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK

Yang diraikan Puan Illyana syani Ibrahim, Pn Najihah binti Ishak  dan adik-adik barisan guru   pelatih yang disayangi.

Yang dihormati,  Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran  ,rakan-rakan guru,  staf sokongan  SMKKJ  yang   ibu bapa serta murid dirahmati ALLAH sekalian,

                                                                                      

Selamat Datang ke MAJLIS lambaian mesra , SEKALUNG BUDI

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.MEWAKILI KELAB BAGUS SERTA SEBAGAI WAKIL GURU DAN STAF SMK KAMPONG JAWA INGIN MENGUCAPKAN DAN MERAKAM KAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA ATAS JASA BAKTI DUA RAKAN GURU YANG TELAH MULA BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU IAITU PN ILLIYANA SYAZNI DAN PUAN NAJIHAH.KEDUA-DUA RAKAN INI JUGA ADALAH AJK KELAB BAGUS SESI 2019/2020 YANG BEGITU KOMINTED DENGAN TUGASAN YANG DIBERIKAN SELAMA INI.UNTUK KALIAN BERDUA GURU YANG MULIA,JASA KALIAN AKAN SELALU KAMI KENANG,TETAPLAH MENJADI PELITA UNTUK ANAK BANGSA .TERIMA KASIH ATAS APA YANG KALIAN BERIKAN KEPADA SMK KAMPONG JAWA KHUSUSNYA KEPADA ANAK-ANAK MURID .

MOHON AMPUN DAN MAAF KERANA PEMERGIAN CIKGU-CIKGU TIDAK DAPAT DIRAIKAN DENGAN BEGITU MERIAH.

 

DISINI ADA TANGISAN.ADA PERJUANGAN ,ADA LUKA ADA TAWA,BAHAGIA DAN RINDU.DAN SEMUA ITULAH YANG MEMBERATKAN KITA UNTUK BERPISAH.NAMUN DEMI TUGAS DAN AMANAH ,TERPAKSA KITA AKUI PERPISAHAN INI.

SEKALUNG PENGHARGAAN JUGA INGIN KAMI BERIKAN KEPADA ADIK-ADIK GURU PELATIH YANG SUDI MEMILIH SMK KAMPONG JAWA SEBAGAI TEMPAT MENIMPA ILMU UNTUK BERSEDIA MENJADI SEORANG GURU.MAAFKAN KAMI KAKAK-KAKAK DAN ABANG YANG BERADA DI SINI ANDAI KAMI KURANG  MEMBERI TUNJUK AJAR DAN SEMANGAT DALAM MENEMPUH CABARAN SEBAGAI SEORANG GURU .JASA KALIAN ,KAMI TIDAK LUPAKAN .HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.SEMOGA MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG AKAN DINGATI KERANA KESUNGGUHAN DAN KEIKHLASAN DALAM  MENDIDIK ANAK BANGSA.

 

UNTUK SEMUA YANG DIRAIKAN .SEMUA CERITA DISEKOLAH INI AKAN BERAKHIR,CANDA SENYUM DAN SEMUA MOMEN AKAN MENJADI AKHIR YANG MENYEDIHKAN .TAPI PERCAYALAH KAMI WARGA SMK KAMPONG JAWA BEGITU MENGHARGAI JASA KALIAN SEMUA.

SEGALA KEBAIKAN ATAU YANG BERMANFAAT BAWALAH BERSAMA SEBAGAI BEKALAN KAMI BUAT KALIAN DALAM MENITI ARUS CABARAN PENDIDIKAN.YANG BURUK DARIPADA KAMI ,TINGGALKAN SAJA DI SINI .TUTUP RAPAT-RAPAT.BERILAH KAMI PELUANG UNTUK MEMBAIKI DI MANA KEKURANGAN,

 

AKHIR KATA BERDAYUNG SAMPAN KE TANAH SEMENANJUNG,HENDAK MEMBELI TIKARLAH ROTAN,BUDI DIKENANG BAKTI DISANJUNG.KEKAL SUBUR DALAM INGATAN.SEKIAN WABILLAHITAUFIK WAHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM BRT.

Ahad, 28 Mac 2021

Teks Pengacara Majlis Sejambak Kasih ,Sekalung Budi

 

TEKS PENGACARA MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

untuk meraikan kenaikan pangkat

En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid.

 

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK  Kampong Jawa,

Yang diraikan En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa.

Yang dihormati ,Puan Anita binti Mad Idris ,YDP PIBG SMK Kampong Jawa,wakil PIBG.

Yang Berusaha  Puan Hajah Norshidah bt Mohd Saad PK Kanan Pentadbiran.,

Yang Berusaha,  Tuan Haji Muzikir bin Muhammad,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hong Li,Penolong Kanan ko kurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa ,

Yang dihormati,  Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran  ,rakan-rakan guru dan staf sokongan  SMKKJ  yang dirahmati ALLAH sekalian,

                                                                                      

Selamat Datang ke MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

untuk meraikan

”Perpisahan sempena Pertukaran kenaikan pangkat  Yang berusaha ” En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa ke SMK Tinggi Klang sebagai penolong Kanan Kokurikulum .

 

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

 

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En Kamal

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

 

Terima kasih diucapkan kepada En. Kamal atas bacaan doa itu tadi.

 

 

 

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

 

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

 

 

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.Tibalah kita ke majlis ucapan.

.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang dihormati Puan Khatija Bee binti Hamzah Wakil Guru Petang,untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang  Yang dihormati Puan Khatija Bee binti hamzah di atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK Jalan Kampong Jawa  untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada yang Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK Jalan Kampong Jawa  atas ucapan itu tadi.

 

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang diraikan En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

 

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diraikan En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jaw atas ucapan itu tadi.

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

 

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan  En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa.

 

Seterusnya kita saksikan pula persembahan multimedia buat titipan yang diraikan En Amir.

Demikian lah tadi persembahan multimedia buat kami warga SMMKKJ

 

 

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan  Encik Amir untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 

 

 

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

 

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan

 

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

 

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan En Amir kerana sudi bersama kita pada pagi  ini dan kami semua mendoakan agar Encik amir . ceria di tempat baru.

 

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

 

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

 

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.