Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 20 September 2017
Selasa, 19 September 2017
Ahad, 17 September 2017
Allah berfirman: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku". (Surah Al Ahqaf ayat 15)
Jumaat, 15 September 2017

Rabu, 13 September 2017
Mak-Terasa sepi tanpa suaramu...
Bertlabahlah mak... Kesakitan mak tak mampu kami rasai sama tapi hanya mampu berdoa agar mak cepat sembuh..
Tunggu saya balik ya mak... Sabtu ni...walaupun hanya beberapa jam sahaja .pastinya tiap detik dan saat itu nanti amat berharga untuk saya dengan mak. .
Mengalir airmata saya mak bila adik bagitahu mak ucap hari lahir buat saya.. Kalau tahun2 sebelum ini saya dengar sendiri dari mulut mak... Bila saya vc mak. Lihat kesakitan mak peritnya menahan kesedihan.. Hanya Allah je yang tahu... Saya tidak mampu membelai mak ketika mak sakit setiap hari...
Tapi saya bersyukur kerana diberikan adik beradik yang tidak berkira untuk menjaga mak. Yang sanggup berkorban masa dan tenaga..
Isnin, 11 September 2017
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Mr Budu.
Sayang dan cintaimu sampai mati.....
Ahad, 10 September 2017
WALAU TIDAK TAHU APA YANG DICORETKAN.INILAH SISI HIDUP DAN JIWAKU
MENCARI KETENANGAN DENGAN MELUAHKAN DI HALAMAN BISU
TIKA DAN SAAT INI HATI BEGITU KELIRU DAN CELARU
TIDAK TAHU APA YANG AKU RASAKAN
TIDAK TAHU APA YANG HARUS KULAKUKAN
KEBINGUNGAN DENGAN MENCARI SEBUAH JAWAPAN
MENCARI JALAN PENYELESAIAN
MENCARI DIRI YANG SEMAKIN HILANG
TIADA JIWA
TIADA PERASAAN
TIADA LAGI SEBUAH KEMESRAAN
-Anak Panta-