Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 10 November 2016
Pemangkin Semangat
Alhamdulillah panjatkan rasa syukur kepadaNya ....
Cukuplah permulaan di tahun pertama di sekolah yang baru.
Pencapaian ini adalah sebagai pembakar semangat untuk terus berbakti demi anak-anak insan istimewa .
Semoga Allah sentiasa memberikan ku kekuatan dan ketabahan untuk terus berbakti kepada insan yang memerlukan.
Sesungguhnya hanya satu petua sahaja sudah cukup membuatkan dirimu tenang dan bersemangat.Kuncinya adalah keikhlasan..itu sahaja..
JOHAN KELAS PATRIOTIK
ANUGERAH GURU PENDIDIKAN KHAS
KELAS PALING CERIA DAN BERSIH SEPANJANG TAHUN
Kenangan Kita
Anak-anakku
Alya Alif dan Adam
Mak hargai masa-masa yang sebegini bersama kalian.
mungkin hari ini kalian tidak merasakan apa-apa,percayalah disuatu masa nanti kalian akan merindui saat-saat kita bersama.perkara yang terjadi tidak mungkin terluang hanya kita mampu mengingati kenangan itu,sayang kamu semua tiada belah bahagi.semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan ayah andai kami tiada lagi di dunia ini.

Mr Budu....bila awak sakit
Mr Budu...
Bila awak sakit kenapa saya rasa juga sakit.
Sakit yang saya rasa lebih teruk dari yang awak rasa
Kalau boleh saya taknak awak sakit..biar saya je yang sakit.
Saya tak kuat nak jaga awak seperti mana awak jaga saya.
Saya takut kehilangan awak...saya nak biarlah saya yang pergi dulu.
Sungguh jauh sudut hati saya risaukan awak..
Saya sayang awak sangat- sangat.pastinya saya tak akan jumpa insan yang sebaik awak yang boleh menerima saya yang serba kekurangan.

Tolong jaga kesihatan awak untuk saya ye..
Selamanya saya sayang awak...
Hanya Aku
Suka betul dengan baju ni hasil rekaan Kak Zie Satok..Inilah baju rekaan Kak Zie sendiri.Antara koleksi baju yang aku suka pakai dan gayakan...aisss..kenapa lak aku rindu Bumi Kenyalang tertiba-tiba ni..serius rindu gilak-gilak....kenangan tak mungkin kembali ..kan...kan...apa boleh buat...simpan dalam hati.

Kita Sering kali Terlupa
kita sering terlupa Allah telah memberikan seribu kebahagiaan yang kita impikan,namun sering kali kita terlupa bersyukur padaNYa.
Kita sering kali terlupa Allah hadirkan kita dengan insan yang faham dan mengerti siapa kita,menerima kita seadanya, namun pernah ke kita menghargai insan yang sanggup bersama kita.
kita sering kali terlupa masa-masa berharga bersama ibu bapa kita...namun bila kehilangannya kita mula merasakan hidup kita sepi dalam keriuhan .tika hayat mereka masih ada kita terlupa untuk membuat hati mereka gembira.Dahulukan kawan lebih daripada mereka.
kita sering kali terlupa kita hidup hari ini mungkin esok kita telah tiada lagi...Hargailah hayat yang diberikan ini.Isilah masa emas ini dengan perkara-perkara yang membantu kita di alam sana yang kekal abadi.
Kita sering kali terlupa gembira tak akan selamanya pasti ada duka yang hadir.itulah ujian namanya.
Kita sering kali terlupa kita insan biasa.pasti ada salah silah di mana-mana.
kita sering kali terlupa bila kita hidup senang.padahal kesenangan itu boleh di tarik bila-bila masa mengikut kehendakNya.
-Anak Pantai-
10 November 2016
Langgan:
Catatan (Atom)