Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 29 Oktober 2016
Diulit rasa rindu
diulit rasa rindu
bila wajahmu datang bertamu
kuusai kenangan lalu
sungguh mesra saat itu
kau dan aku
saling merindu
kini sepi kurasa
saat ini begitu berbeza
kau dan aku tidak lagi bersua
sungguh aku kecewa
kau berubah tanpa sebarang kata
meninggalkanku tanpa khabar berita
masa terus berlalu
aku dan dirimu
terpisah jarak waktu
kian ku tinggalkan sejarah itu
namun kenangan sentiasa mengganggu.
duhai angin yang mendayu
khabarkan cerita ini padanya
andai bahagia menjadi milikmu
aku gembira tentang itu
andai duka yang menghuni hidupmu
ingatlah pada diriku
disuatu sudut dalam hati ini
sentiasa ada namamu
Nukilan: Anak Pantai
29 Oktober 2016
bila wajahmu datang bertamu
kuusai kenangan lalu
sungguh mesra saat itu
kau dan aku
saling merindu
kini sepi kurasa
saat ini begitu berbeza
kau dan aku tidak lagi bersua
sungguh aku kecewa
kau berubah tanpa sebarang kata
meninggalkanku tanpa khabar berita
masa terus berlalu
aku dan dirimu
terpisah jarak waktu
kian ku tinggalkan sejarah itu
namun kenangan sentiasa mengganggu.
duhai angin yang mendayu
khabarkan cerita ini padanya
andai bahagia menjadi milikmu
aku gembira tentang itu
andai duka yang menghuni hidupmu
ingatlah pada diriku
disuatu sudut dalam hati ini
sentiasa ada namamu
Nukilan: Anak Pantai
29 Oktober 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
