Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 19 Mei 2014
Ahad, 18 Mei 2014
Se titis rasa....
Buat lah apa yang dirimu rasa kan terbaik untukmu.jangan di fikirkan pada orang lain andainya apa yang dilakukan itu membahagiakan mu tapi jangan pula memudaratkan pada orang lain.kadang- kadang Kita tidak mampu membahagiakan Semua orang dan sepanjang masa Namun sekurangnya dalam hidup Kita Ada juga jasa yang Kita buat untuk orang lain walaupun Hanya secalit daripada langsung tidak melakukan nya.hidup ini mudah kalau Kita ambil mudah dan tidak terlalu berkira yang penting sentiasa di jalan yang lurus dan diredhai Allah jangan tersasar dijalan yang tidak sepatutnya..buat lah pahala banyak- banyak sebab Kita tidak tahu pahala ke dosa yang banyak yang Kita kumpul selama ni.jangan berkira dengan ibu bapa Kita..sekali ibu bapa kecil hati dengan Kita hidup Kita tidak Akan Berkat dan Tenang...tak semestinya Kita dekat dengan ibu bapa Kita ,seolah Kita dah banyak jasa hakikatnya walaupun dekat tapi saban waktu Kita buat ibu bapa Kita menangis kerana tutup kata dan perubahan Kita ,tanpa sedari...Namun bersyukurlah sekiranya diberi nikmat bersama ibu bapa setiap masa..menatap wajah ibu dan bapa Kita adalah satu nikmat yang besar yang Allah berikan sedang kan Kita tidak menyedari nya...
-Anak Pantai-
Sebulan sudah ayah tinggal kan kami
Ayah..
Sebulan sudah kau meninggal kan kami
Betapa sungguh keterasaan ini
Tanpa lagi dapat kudengari
Tutup kata
Gurau senda yang seringkali terjadi tika Kita bersua..
Rupanya keadaan dan waktu tidak memihak pada saya
Terkilan sungguh rasa di hati tanpa sempat me cium pipi ayah buat kali terakhir
Tidak dapat merasa untuk memandikan jasad ayah seperti mana anak- anak ayah yang lain
Dalam keriuhan kepulangan saya amat terasa tanpa kelibat ayah.yang menunggu saya Hanya lah pusara sepi ayah..
Ayah..
Terlalu banyak kesalahan dan dosa yang telah saya lakukan pada ayah
Terlalu teruknya saya tidak memenuhi permintaan ayah yang sepatutnya harus saya buat kan pada ayah...
Betul lah kata orang Kita Akan merasa kehilangnnya bila dia telah pergi..
Teruknya saya ayah
Ayah Sunyi dalam keriuhan anak Cucu ayah
Ayah sedih dalam gembiranya kami
Ayah kehilangan dalam saat kami memiliki kasih sayang
Sakit ayah tanpa kami ketahui
Duka ayah tidak dapat kami selama
Rindu ayah tidak dapat saya baca
Kini ayah telah pergi meninggal kan kami selamanya
Ayah
Semoga Allah mencucuri roh mu..Tenang di alam sana..
Al- Fatihah buat ayah ...
Pantai Batu Rakit
Pantai Batu Rakit sememangnya terlalu dekat di hati..walaupun Jarak memisahkan walaupun di mana kaki melangkah Namun ingatan dan kenangan sentiasa di sini.maklum Aku Anak Pantai...yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan...Pantai ini juga mengingatkan aku pada kenangan bersama arwah ayah...banyaknya kenangan yang ayah tinggal kan...Ya Allah cucur ialah rahmatmMu pada roh arwah ayah semoga di tempatan di kalangan insan yang diampunkan dosaNya...
Sabtu, 17 Mei 2014
Pokok Ros
Senang hati lihat bunga ros di halaman rumah berbunga dengan lebatnya...sayang betul nak tinggal kan rumah ni..tapi apa kan daya satu ketika nanti Akan tinggal kan juga rumah ni...maklum rumah orang bukan rumah sendiri...Suka tengok bunga ros keluar begitu banyak nya.teringat masa Budak- Budak dulu sanggup beli bunga ros ni seposen se kuntum rumah cina sekampung...bila dapat betul- betul jaga bunga tu...kini saya dah miliki pokok bunga ros yang besar tapi tak Akan Jadi miliki saya juga ...tapi tak apa lah Amal jariah kata orang...kan salah satu yang Akan dapat pahala berterusan adalah tanam pokok .
Telatah Anak-Anak Murid
Sedikit kenangan tercipta di hari guru walaupun tanpa dibuat sambutan lagi...sesungguhnya telatah Budak- Budak ini membahagiakan ...
Jumaat, 16 Mei 2014
Selamat Hari Guru
Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan masa untuk menyambut Hari Guru pada hari ini..sedar tak sedar sudah masuk 18 tahun menjadi pendidik kepada anak- anak istimewa ini.syukur tak terhingga kerana menjadi insan terpilih untuk merasa dan berkongsi suka duka dalam dunia anak- anak istimewa.rupanya dunia bersama mereka cukup indah,walau sesekali ada duka terpalit tapi duka itu cepat tersembuh dengan gelak tawa,gurau senda ,serta doa yang selalu mereka iringkan buat cikgu- cikgu mereka..
Sememangnya tidak menyangka. Berada dalam dunia pendidikan tapi itu semua takdir Allah yang merencanakan segala kehidupan hamba-Nya.
Sempena hari guru ini ingin dititipkan rasa terima kasih tidak terhingga buat semua guru- guru dari Sekolah rendah hingga Sekolah menengah dan juga di UKM yang menjadikan diri ini seperti hari ini.tanpa cikgu saya tak mungkin jadi cikgu juga??terima kasih jua buat guru- guru yang mengajar mengaji dan paling istimewa buat mak tercinta dan arwah ayah yang pertama mendidik diri ini...
Terima kasih atas jasa dan pergorbananmu akan sentiasa dikenang selalu...hanya Allah sahaja yang membalas segala budi dan pergorbananmu selama ini..
Pada rakan - rakan guru di SMK Ibrahim Fikri,SMK Pandan Jaya,SMK SUltan Abdul Samad,Kelang,SMK Demak Baru...selamat hari guru buat kalian juga
Pada abang Mohd Termizi dan kakak ipar,Norzita Ismail,adik Noorkumala Mohamed dan adik ipar mohd Nazree Samsudin ,semoga kita terus menjadi guru yang disayangi oleh anak- anak murid kita.
Terima kasih Mr Budu
Walau hanya ucapan ringkas cukup bermakna buat saya Mr Budu.terima kasih banyak atas sokongan yang tak berbelah bagi pada saya demi untuk melihat anak- anak murid saya berjaya..Alhamdulillah awak sentiasa ada buat saya walau apa jua situasi...
Terasa juga kali ini tanpa jambangan bunga dari awak ,walaupun itu yang saya minta kerana saya tidak mahu awak membazir...tapi kerana rutin saban tahun terima jambangan bunga ros awak..buat saya terasa sedikit kehilangan ...sememangnya ros menyatukan kita dan hingga kini ros juga mengeratkan kita hingga kan dan penuh halaman rumah kita saya semai bunga ros itu.
Ingat ya...saya tunggu bunga yang awak petik dihalaman rumah kita bila awak pulang kerja nanti..
Selamat hari guru untuk awak juga Mr Budu kerana awak guru mengaji saya..dan guru segalanya buat saya.
Khamis, 15 Mei 2014
Cenderamata Felt Buat guru
Dah lama tinggalkan dunia Felt ni...kerana permintaan daripada rakan guru yang minta tolong sangat buatkan,saya ambil lah demi lihat orang bahagia...sungguh perasaan buat tu separuh jiwa...hilang sudah minat saya pada Felt ni...
Langgan:
Catatan (Atom)































































