Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 4 September 2013

Sekitar Karnival Pendidikan Pra sekolah,Pemulihan dan Pendidikan Khas (3P)

Semalam dan hari ini berpengalaman melihat telatah anak-anak pra sekolah, membuat persembahan dalam pertandingan nyayian solo,nyayian dalam Bahasa Inggeris,puisi,melukis,pakaian beragam dan ratu kebaya,sudut kreatif ,tarian dan lain-lain lagi..yang penting satu pengalaman yang dapat dikutip jadi hakim untuk pertandingan ratu kebaya,pakaian beragam dan juga deklamasi sajak..seronok dan bermakna itu yang boleh diperkatakan..


 Tarian 1 Malyasia

Bercerita




 Melukis









 Nyayian Bahasa Inggeris


 Nyayian Solo



 Ucapan Penagguhan oleh Cikgu Nasir dari PPD Kuching

Saya budak baru belajar (Biskut ice nestum)

















Mencari mana yang hilang...

Kadang-kadang kita perlu mencari  apa yang telah hilang dalam diri kita
peredaran waktu bisa mengubah juga sikap dan perbuatan kita
mengubah juga tutur kata dan bicara.
gunakanlah beberapa minit yang ada untuk merenung kembali apa yang telah hilang dan perlu kita gantikannya..
mungkin kita telah hilang budi bahasa
mungkin kita telah hilang tingkahlaku dan santun bicara
keangkuhan mungkin menguasai diri
lantaran darjat dan pangkat buat kita lupa asal usul kita.
kita juga mungkin juga telah hilang nikmat mengejar akhirat sana
kerana dikaburi kemewahan duniawi.
kita juga mungkin juga telah hilang nikmat persahabatan
kerana antara kita tidak tahu menilai erti persahabatan..
mungkin juga kita telah hilang nilai kasih sayang  
banyak yang telah hilang  sebenarnya tanpa kita sedari...

Isnin, 2 September 2013

Sesekali layan gambar buah buat tenang hati

Kalau  nak tahu antara hobi saya inilah dia..suka sangat  tengok gambar buah.atau buah yang bergantung kat pokok.kalau jumpa je pokok buah ni pasti mulut saya ni akan bising..maklumlah saya ni anak pantai,darat sangat-sangat kalau jumpa pokok buah.bagi saya kalau tengok buah-buah tu rasa tenang je hati dan  sebab itu juga  saya suka  makan buah.
Semua gambar ni saya ambil dari
saya suka tengok page dia buat tenang jiwa ...
Photo: COLOR MAGIC

Photo: COLOR MAGIC

 


 

Photo: COLOR MAGIC
Photo: COLOR MAGIC