Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 11 Jun 2013

Kemahiran Manipulatif-Botol Hiasan
























Botol yang telah siap yang belum dihias...
Pengajaran yang menyeronokkan kerana murid teruja memasukkan sisa kain felt dalam botol..

Aneka Pantun

Pantun Guru
Bunga mawar indah berseri
Tapi sayang banyak duri
Jasa guru tidak terperi
Menjadi penyuluh sentiasa menyinari..

Pantun Doa
Sepanjang jalan ada pohon
Nampak hijau bila cuaca cerah
KepadaNya kita memohon
Hanya padanya kita berserah.

Dibelakang rumah banyak buluh
Buluh ditanam bersama rotan
angkat tangan jari sepuluh
agar majlis mendapat kerahmatan.

Pergi ke sungai mencari lokan
Lokan dijual di Pasar Tani
Kepadanya tidak dilupakan
agar rahmatnya majlis ini..

andai berjalan di atas buluh
biar lambat asal selamat
mari mengangkat jari sepuluh
memohon ampun dan juga rahmat.

 Pantun Nasihat   
  
Anak dara berbaju kebaya
nampak manis bertudung merah
tiap berusaha pasti berjaya
jika gagal jangan menyerah. 

Pantun Perasmian

Di tepi sawah tumbuhnya rumput
Juga terdapat banyak jerami
mohon rendah hati kami menjemput
mempersilakan rasmi majlis kami 

Pantun Cenderahati

Menenun songket perlu teliti
menuntut kesabaran dan ketabahan hati
kami memberi sebagai cenderahati
sebagai kenangan setulus hati..   

-Anak Pantai-

suka2 je cipta pantun ni...  
 

Jadilah Pohon Yang rimbun

Jadilah pohon yang rimbun yang boleh diteduh oleh semua
 menjadi pelindung terik mentari
menjadi penahan basahnya hujan
bukan menjadi padang yang luas
yang tidak memberi apa-apa makna
tika mentari terik 
atau tika hujan membasahi bumi...

-Anak Pantai-

Isnin, 10 Jun 2013

Indahnya Sabar

 
Manisnya sebuah kesabaran siapa yang dikurniakan oleh Allah yang memiliki kesabaran yang tinggi .Ingin menjadi orang -orang yang sabar menempuh tiap cabaran yang dihadapi..Namun kesabaran yang dimiliki masih senipis kulit bawang.. Bersyukurlah anda jika miliki sifat yang sabar..Ketenangan pasti sentiasa dimiliki.

 
*Hari pertama persekolahan berjalan seperti biasa..tika ni 1.50 petang menunggu masa nak pulang.keriasauan pada Azib dan Alya ..Azib bagaimana agaknya kehidupan hari pertama ditaska dan Alya keseorangan di rumah dan ke sekolah..Semoga segalanya di bawah perlindungannYa..
Ingin jadi orang yang sabar hari ini dan hari-hari seterusnya

Sabtu, 8 Jun 2013

Hujan diluar Hujan di hati

Apa yang harus saya nyatakan
kesedihan mula terasa menunggu hari esok yang pasti akan mengalirkan airmata
tika ini hujan mula menitis membasahi bumi..seakan sama turut dalam jiwa dan hati ini menangis kerana beratnya rasa hati nak melepaskan mak dan adik pulang ke kampung,
melihat kemesraan anak-anak dengan nenek dan bapa saudara hati bertambah syahdu..
Pasti lepasni azib anakku yang kecil yang akan terasa kehilangan mereka berdua.
Pasti soalannya akan bertanya
Mak mana nenek
Mak..mana Pok jo..
aduh dia tak faham dan tak akan tahu yang sebenarnya mak dia ini sudah sedih dan pilu..Menangis dan kalau boleh nak hentikan masa.
Tunggulah sekejap
berilah peluang pada diri ini untuk merasa kasih sayang mak
Semalam bertambah bahagia dan tersentuh ya hati tahkala mak menyapu minyak dikepala ini dan mengurutnya tika aku sakit kepala.
Rasanya saat itu aku nak bgahu mak..
janganah balik.

Nak merasa tahun ni kita pergi sembahyang terawih sama-sama
tapi suara hati tidak bisa diri ini lontarkan
Walau apapun ..walau dimana mak berada saya mengharapkan mak bahgia hendaknya.
Kita diitakdirkan berpisah lagi..
Terima kasih mak dua bulan mak bersama untuk kali ini memang baanyak meinggalkan kesan di hati..


KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
( Rujukan dari blog-blog)

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru bergolek;
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Rakyat Malaysia semuanya baik
Satu Malaysia satu bahasa,
Menjadi penghubung pelbagai ungkapan;
Berbagai agama berbilang bangsa,
Rakyat didahulukan pencapian diutamakan.


Ke Pekan Sudah, Ke Maran Pun Sudah,
Cuma Ke Tenum Sahaja Yang Belum;
Ucapan Sudah, Pelancaran Pun Sudah,
Makan Dan Minum Sahaja Yang Belum.

Gulai Cendawan Hidangan Masakan,
Rasanya Enak Tidak Terperi;
Sidang Dewan Dipersilakan Makan,
Jangan Dibiar Perut Berbunyi.
BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Khamis, 6 Jun 2013

tension nya weii

macam-macam tension sejak dua menjak ni..
setiap masa dalam tidurpun duk mikir lagi
macamana nak selesaikan masalah budak-budak ni..
masalah sekolah
masalah diri sendiri ada jugok sakit pala boleh kata saban hari..kalu tak sakit pagi ,sakit petang..
dulu paling malas nak makan ubat.lening ubat tahan sakit dah macam teman rapat..mesti ada dalam handbag atau di bawa ke mana-mana
sakit je terus telan..hilanglah 2 3 4 jam..
pahtu buatlah sengal balik telan lagi hilang lagi..berulang dan ulang,...
adakah ini tanda tension k..
atau petanda
hidup dah tak lama..
bimbang juga dan selalu orang kata petanda orang dah tak hidup lama bila sakit pala je memanjang..
dah bersedia ke nak mati???
kalu boleh nak hidup panjang lagi
banyak dosa yang dibuat sepanjang hidup ni
pahala sikit dosa je banyak..
dosa dengan anak-anak murid jugak tidak ketinggalan.
kadang tu buat-buat lupa masuk kelas
kadang-kadang mari perasaan malas ngajorpun sambil lewa.
macamna rezeki nak berkat kan..
kena mintak maaf setiap hari dengan anak murid ni..barulah duit payoh nak keluar sebab rezeki berkat dan halal..

apapun tika dan saat ini ketensionan tahap 200 darjah ..

selamat aktif fb....mungkin hadir dirinya mengubat rindu sekian lama tersimpan...cewah...fizah2 sedap jugak nama tu ya..kebetulan pulak nama anak kita sama..

 

tak tahu apa yang nak ditulis
tapi tangan terasa betul nak menulis
apa yang nak dituliskan
tuliskan nanti tak tahu apa nak ditulis
tulis yang tak tahu apa yang dituliskan baik jangan tulis
tapi rasa nak menulis..

akhirnya makwe dia hantar dan tanya khabar,,
kelas uuuuu..
 smk meru kelang....muncul lg..
 

Isnin, 3 Jun 2013

Pesta Pantai

 
Pesta Pantai Pengkalan Atap


Bila musim sekolah tiba ni..salah satu aktiviti yang berlangsung tika ni adalah pesta pantai ..Syoknya kalau dapat berada di sana tika ni..
Yang bestnya pesta  pantai ni dapat melihat orang darat atau petani datang ke pantai dan bermalam disana.
Banyak pondok yang dibuat dengan daun kelapa dibina ibarat rumah panjang..
Pelbagai aktiviti di adakan,jualan,dikir barat,wayang kulit,sukanekadan sebagainya..
Sejak tinggalkan Terengganu ni sudah tidak berpeluang lagilah merasa Pesta Pantai...