Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 11 Jun 2012
Pisang untuk Kecantikan kulit...
Pisang rupanya banyak khasiat untuk kecantikan kulit kita..
Nak tahu bacalah entri ni hingga habis ya..
- Sebagai masker untuk menegangkan kulit
caranya sebiki kuming telur,dua sudu teh almond dan sebiji pisang.Haluskan dan kacau rata hingga bentuk pasta.Pah tu sapukan pada muka dan biarkan dia selama 20 minit lebih kurang macam tulah..Selepas tu bersih dengan air suam...Huh..mudah je kan!!
- Penyegar Kulit
Campurkan setengah cawan yogurt tawar,satu sudu makan madu dan sebiji pisang.Lumatkan dan kacau sehingga rata .Buat masker kat muka dan leher dan biarkan dalam 10 minit.Bilas dengan air sejuk sudahlah..Gerenti muka jadi segar jee...hihihi
- Pendingin Kulit Yang Kering
Hok ni lagi senang..Lumatkan dan kacau sehingga rata kemudian sapu kat muka dan biarkan dalam 15 minit.Bilas dengan air sejuk ...surelah lepas tu kulit rasa dingin je cam salji..huhuhu
- Penghalus Kulit
Hancurkan 2 biji pisang..kalu nak letak lebihpun apa salohnya...lagilah sapa yg ada kebun sendiri.Lepas tu campurkan tiga sudu makan minyak bayi...jangan letak minyak tanoh atau orang terengganu kata minyak gah..Hangus muka kan..Sapukan pada tubuh sebagai scrub...Halus lah kulit lepah ni..
- Untuk Rambut Kering
Campurkan sebiji buah pisang yang telah dilumatkan dengan 3 titis minyak almond...Sapukanpada rambut sambil picit-picit.Biarkan selama lebih kurang setengah jam..Setelah itu baru guna syampu biasa.
Cubalah..jangan tak cuba ya..
Langgan:
Catatan (Atom)



































































































