Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 27 Mac 2012
Tulis je...
Dalam kesuraman ada sinar yang memberi..
Kesedihan tidak selamanya kita rasai..
Kegembiraan juga tak selamanya kita miliki...
Hidup ibarat putaran roda
Dibawah dan diatas berputar mengikut kita
Umpama juga
air sungai dan lautan
Ada pasang dan ada surutnya.
Umpama siang dan malam
Amat indah di waktu siang
Amat kelam dan gelita bila malam menjelma.
Itulah lumrah hidup
Jangan kesali tiap apa yang berlaku
Dia Yang Lebih mengetahui
Kenapa dan mengapa
Ianya ditakdirkan
Buat kita.

(Anak Pantai)
(Anak Pantai)
Baju Pelajar PPKI SMK Demak Baru Bertukar Warna
Bersama Amirul dan Ariana mengayakan baju rasmi warna kuning
PPKI SMK Demak Baru telahpun membuat perubahan dari segi pakaian beruniform pelajar-pelajarnya.Matlamat utama untuk mudah pihak pengurusan sekolah membezakan pelajar aliran perdana dengan pelajar PPKI.Walau apapun matlamatnya yang penting perubahan warna itu menampakkan pelajar-pelajar PPKI ini lebih kemas dan menarik
Bersama Amirul dan Ariana mengayakan baju rasmi warna kuning
Headi,Ariana dan Azimah ,pelajar PPKI7 juga AJK Kelab Keusahawanan.
Baju lama dia orang...
Isnin, 26 Mac 2012
Catatan Buat Kak Jan
Melihat gambar di atas mengingatkan diri ini pada pengorbanan kakak saya ni. Tersentuh hati saya saya imbas balik apa yang telah dia korbankan pada saya dan adik-adik selama ini.Andainya dia tidak korbankan pelajaran mungkin dia juga berada seperti kedudukan saya hari ini.Dia lah yang menjaga makan minum kami sekeluarga...Seingat saya jadual kakak saya ini penuh padat ..jadual secara tidak langsung wujud tanpa disedari.Seawal pagi kakak telah bangun membuat kan kerja-kerja rumah.Membasuh baju,menyapu sampah ,mengangkut air dari telaga yang agak jauh.Emak pulak selepas azan subuh sudah bergegas ke bandar Terengganu untuk membeli barang-barang jualan.Tanggungjawab di rumah digalas sepenuhnya oleh Kak Jan.Saya pulak tika tu hanya tau bangun pagi dan pergi ke sekolah.Tika itu adik seperti Jo,Ida dan Ja ,Kak Janlah yang mengasuhnya,pakai makan dia orang,semuanya Kak Jan yang buat.Seolah-olah mereka pula anak Kak Jan Itu belum masuk lagi mengemas dan menjaga kedai..Penatnya Hanya Allah sahaja yang tau kan.Hanya waktu petang sahaja bila diri ini pulang dari sekolah kita bergilir-gilir melakukan kerja.Kita berdua sememangnya diuji dengan begitu kuat..Tapi kerana ujian itu menjadikan kita seorang yang tabah.
Kak Jan..
Sememangnya dirimu insan yang amat mulia.Patutlah semua adik beradik kita begitu menyenangimu.
Dirimu sunyi dalam keriuhan tapi kau sembunyikan di sebalik wajah dengan hilai tawa dan gurauan.Hidup Kak Jan dan dunia Kak Jan hanya pada adik-adik kita dan juga membantu mak mengalas tanggungjawab rumahtangga.Penat lelah kak Jan ketepikan demi membantu mak tika dulu.Dunia percintaan jua Kak Jan abaikan sedangkan diri ini tau Kak Jan jua insan yang ingin dicintai dan mencintai.
Kak Jan.
Pengertian Kak Jan suatu ketika dulu ,sehingga kini akan tetap diri ini kenangi.Dirimu insan yang paling memahami kemahuan dan kehendak diri ini.Kak Jan sentiasa menjadi tempat meluahkan rasa hati.Kak Janlah juga menjadi penyokong kuat untuk diri ini terus berusaha dan berusaha hingga hari ini diri ini sudah dapat mengapai apa yang dimpikan selama ini.
Kak Jan..semoga hidupmu sentiasa diberkati..hari-harimu sentiasa ceria menemani..
Layan lagu "Cinta Di Bawah Sedar"
Bila dengar lagu ni buat hati jadi sedikit sayu.Kenangan silam satu persatu menjelma.
Saat bagaimana ianya bermula dan antara kita terpaksa menoktah kan titiknya.
Mencari-cari kenapa ianya terjadi..
Apapun terima kasih kerana antara kita tiada dendam yang menghuni di hati..
Buat Anak Sedara IMI-Happy Birthday
Selamat hari lahir buat anak sedara Imi.Doa Cekda ,semoga panjang umur,murah rezeki ,dan berjaya dalam pelajaran Imi.
Alya,Alif,Adam,Aimy dan Azib turut sama mengucapkan Selamat hari lahir buat Imi.
Ingat-ingatlah jugak Cekda yang jauh di Bumi Kenyalang ni ya.
Ahad, 25 Mac 2012
Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru 2012
CONTOH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
SMK DEMAK BARU
2012
( Teks ucapan dibawah adalah sekadar contoh yang saya sediakan untuk rakan –rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru ..Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK Demak Baru.Saya sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)
PENGENALAN
PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH
.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.
PERARAKAN GURU
RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU
MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI
YANG BERUSAHA
YANG BERUSAHA
EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI
EN BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIHORMATI
EN BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI,
PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK
PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK
YANG DIHORMATI,
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN SELAMAT BIN MASUNI,
EN SELAMAT BIN MASUNI,
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
.
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS,
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA SMK DEMAK BAR.
AJK-AJK PIBG SMK DEMAK BARU.
BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.
.BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2012..”GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMAS PENDIDIKAN NEGARA” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.
.BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2012..”GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMAS PENDIDIKAN NEGARA” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
BACAAN BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
DEMIKANLAH TADI TEKS UCAPAN DARPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL .
RAKAN-RAKAN PELAJAR DIHORMATI,SESUNGGUHNYA:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.
UCAPAN MENTERI PELAJARAN
SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .
UCAPAN WAKIL PELAJAR.
Dapat banyk BUNGA? tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa diingatan.
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
UCAPAN YDP PIBG
PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA USTAZ BUSMAN RAMLI YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN HARI GURU SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN .
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI
ACARA PEMOTONGAN KEK
SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH EN SAEII BISUNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.
PERSEMBAHAN MURID PPKI
PERSEMBAHAN MURID PPKI
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI KENANGAN DIHALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN YANG BERTAJUK ……………………………………...
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI .
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI .
SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.
PERSEMBAHAN TARIAN
SETERUSNYA PULA MARLAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN DARIPADA KELAB KEBUDAYAAN DI BAWAH PIMPINAN CIKGU SAIEE.
SETERUSNYA PULA MARLAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN DARIPADA KELAB KEBUDAYAAN DI BAWAH PIMPINAN CIKGU SAIEE.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..
CABUTAN BERTUAH
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KITA HENTIKAN SEKETIKA ACARA PERSEMBAHAN YANG SETERUSNYA UNTUK MEMBERI LALUAN CABUTAN BERTUAH PULA.DENGAN SEGALANYA HORMATNYA MENJEMPUT PN MISIA HJ ZAIN,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENCABUT LIMA NOMBOR BERTUAH.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
DIBACAKAN NOMBOR BERTUAH YANG PERTAMA IAITU………………………….
PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI
.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.
PERSEMBAHAN GURU
MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH DIUCAPKAN
PERSEMBAHAN LAGU PUISI
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.
PERSEMBAHAN GURU
MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH DIUCAPKAN
PERSEMBAHAN LAGU PUISI
Guru…
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Semoga dirimu dirahmati..
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.
PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.
WARGA PENDIDIK,WARGA KERJA SERTA RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN..
ACARA PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM KELAB DAN PERSATUAN KEPADA INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU EN RAMBLI BIN HJ HASBI.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PENOLONG-PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI PELAJAR-PELAJAR SMK DEMAK BARU.UNTUK MAKLUMAN ,TELAH DIBUKA SEJAK SEBULAN YANG LALU.SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DI SEMUA TINGKATAN .UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG
DIMULAKAN DENGAN
* Anugerah Guru Paling Rajin.
* Anugerah Guru Paling Berdedikasi
* Anugerah Guru Paling Berketrampilan
* Anugerah Guru Paling Periang
* Anugerah Guru Paling Prihatin
* Anugerah Guru Paling Rajin.
* Anugerah Guru Paling Berdedikasi
* Anugerah Guru Paling Berketrampilan
* Anugerah Guru Paling Periang
* Anugerah Guru Paling Prihatin
*Anugerah Guru Paling Penyayang
*Anugerah Guru Paling Popular
PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INOVATIF
BERSENJATAKAN PENA KERAMAT
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT
KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT
DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT
SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT
DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI
KERANA SEMEMANGNYA..
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN BERSESUAIAN DENGAN TEMA PERAYAAN SAMBUTAN HARI GURU PADA TAHUN INI IAITU “Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan N egara”.PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BERSEPAKAT DAN BERSETUJU UNTUK MENGANUGERAHKAN ANUGERAH INI KEPADA ………………………………………………………………….KERANA KEPRIHATINAN SERTA SEMANGAT BELIAU KEPADA SMK DEMAK BARU DENGAN MENCETUSKAN IDEA-IDEA ,KREATIVITI SERTA TENAGA DEMI MEMPERTINGKAT MARTABAT PELAJAR-PELAJAR DI SMK DEMAK BARU.
BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA……………………………………………
ATAS JASA BELIAU SELAMA INI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi
SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS DISEMUA TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terimakasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang berarti tuk hari depan
Terimakasih cikgu yang telah membantukami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terimakasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan
Terimakasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada
Terimakasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusia-manusia tangguh
Terimakasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan
kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang
MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA Guru,
SEMUA SAYANGI INI.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
PENUTUP
AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI.
PENUTUP
AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN.SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
( ” Selamat Hari Guru ” buat semua warga pendidik tanahair. Andalah GURU inovatif yang bisa melonjakkan tranformasi pendidikan negara . Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya.) |
Khamis, 22 Mac 2012
Segenggam Tabah
Dalam hidup ini
memang menuntut ketabahan
untuk menempuh sisa perjalanan hidup.
Ketabahan mengajar kita dewasa
mengenali permainan dunia
indahnya umpama pelangi
adakalanya mendung dan kelam
begitu juga liku-liku hidup penuh ranjau dan berduri
ada suka,ceria yang menghuni
disebaliknya ada airmata sendu tanggis.
Episod demi episod
Berlalu meninggalkan memori
dan pengajaran kita kutip
agar tidak tersungkur dengan ujian yang diberi.
Ketabahan senjata kehidupan
yang menjanjikan satu kebahagiaan
bila kejayaan berada digenggaman
Rabu, 21 Mac 2012
Yakin adanya "hari itu"
Orang yang faham bahawa umur dunia singkat,harta dunia sedikit,perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti,maka ia akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya.
Usahlah bersedih walau apa sahaja yang
luput darimu berupa keduniaan.Bukankah kita mempunyai "rumah Lain"
yang lebih mulia,kekal,besar dan indah?Itulah rumah
Pujilah Allah,kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.
PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.

PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.
1.0-PENDAHULUAN
“Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia” dan guru sebagai pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai “permainan minda”dalam mendidik murid-murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.
2.0-PROGRAM INKLUSIF
2.1-SEJARAH INKLUSIF
Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.
2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF
2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.
2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.
2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas “Satellite” di sekolah biasa.(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.
2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.
2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.
3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU
3.1-LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan.
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.
Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4.
3.2-MATLAMAT
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.
2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.
4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.
3.3-OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.
4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
3.4-KUMPULAN SASARAN
Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.
3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF
Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua)
Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK)
Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum)
AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah)
: Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu)
: En Jamaluddin Juni (PPM)
: Cik Nillip (PPM)
: Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi)
: Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris)
: En Badrulisham Ameran (Guru Matematik)
: En Mohd Safwan Alias (Guru Sains)
: En Badrol Hisham Majid (Ustaz)
3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
• Jawatankuasa Program Inklusif,
• Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
• Biodata murid yang diinklusifkan,
• Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
• Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
• Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
• Rekod prestasi murid,
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN
Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.
3.7.1-Sebelum Program
1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)
3.7.2- Semasa Program
1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat.
4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.
5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas.
3.7.3- Program Mentor Mentee
1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.
3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan.
4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.
5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.
3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti
3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Geografi
• Pengetahuan Agama Islam
• Matematik
• Sains
• KHB/ERT
3.7.4.2-Tingkatan 4A
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Pengetahuan Agama Islam
• Matematik
• Sains
3.7.4.3-Tingkatan 4Sains
• Bahasa Melayu
• Kimia
• Biologi
• Matematik
• Pengetahuan Agama Islam
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
3.7.5-Selepas Program
1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.
3.8-PENCAPAIAN
1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B)
2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum
-Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph.
3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum
Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah
• Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.
• Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan .
• Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi .
• Tempat Ketiga dalam Pertandingan “Spelling” Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah.
4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.
4.0 RUMUSAN
Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana.
7.0-LAMPIRAN
1. Lampiran A dan B-Keputusan dan Analisa PMR
2. Lampiran C- Salinan Sijil
3. Lampiran D- Gambar Pelajar
4. Lampiran E-Gambar Kelas Persediaan
5. Lampiran F-Gambar Kelas Perdana yang diinklusifkan
6. Lampiran G-Gambar suasana sosialisasi Pelajar Khas bersama guru dan pelajar aliran perdana
7. Lampiran H- Gambar suasana pelajar khas Inklusif bersama pelajar khas yang lain.
8. Lampiran I- Gambar suasana kelas tambahan
9. Lampiran J-Jadual waktu Aliran Perdana
10. Lampiran K- Jadual Waktu PPKI 8
Sabtu, 17 Mac 2012
Album Kenangan -Cuti sekolah hanya di hotel
Tempat cuti saya sekeluarga hanya di Hotel Riverside ,Kuching...Jadilah pengubat hati sebab tak balik kampung.
Selamat Pengantin Baru Fizu
Selamat pengantin baru buat Fizu.Doa dan harapan semoga kekal hingga ke akhir hayat.Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan berkat kepadamu Jagalah bahtera kehidupan rumahtangga ini dengan sabar dan tenang.
Hanya doa dari kejauhan dapat dikirimkan..Sesungguhnya tali persaudaraan antara kita tidak pernah putus walau apapun berlaku.
Langgan:
Catatan (Atom)































































