Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 1 Februari 2012

Gelagat Aimy,Azib,Alya dan Adam untuk tatapan Ceksu





























Aktiviti Terbaru-Kraftangan

Aktiviti pada asalnya untuk suka-suka ,kini menjadikan saya semakin sibuk.Apatahnya tempahan daripada rakan-rakan anak setiap hari saya terima.Nak tolak rasa kesian pulak kat dia orang.Yang lucunya sampai satu keluargapun telah menempah nama daripada saya.Saya kenakan sedikit bayaran sahaja iaitu RM3.00 itupun hanya untuk kos membuatnya sahaja.Saya akui walaupun buat benda ni banyak menggunakan masa saya yang terhad tapi di sudut lain buat hati saya tenang.Saya terpaksa korbankan waktu tidur semata-mata nak buat benda ni tapi saya rasa puas apabila lihat anak saya tersenyum kerana saya berjaya menyiapkan tempahan kawan-kawannya.





































Selamat Hari Lahir-Teman.

Happy Birthday 
Selamat Hari lahir buat seoarang kawan saya  nie..Saya doakan semoga sentiasa sihat sokmo...Biarpun lama dah tak jumpa,jarak memisahkan kita namun saya masih ingat kat dia.Jasa dan budi awak saya tak lupa.
Jangan sedih-sedih walaupun duk jauh dari keluarga...
Terima kasih pada sebuah persahabatan..

Selamat Hari Lahir...IDA.

Happy Birthday Dear 
Ida
Selamat Hari Lahir buatmu
Doa dan harapan agar dirimu lebih tabah menjalani liku-liku kehidupan ini.
Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
Semoga cepat dapat kerja
Semoga hadirnya insan yang akan menyayangimu sepenuh hati.
Semoga perjalanan hari-harimu dihiasi dengan senyum tawa
tinggalkan yang sedih -sedih ok.
Aku.Abg Faisal ,Alya,Alif,Adam,Aimy dan Azib sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ceksu.

Ahad, 29 Januari 2012

Hidup Umpama Layang-layang

Action is the foundational key to all success
Hidup ini bagaikan layang-layang  bila angin membadai,ia terbang mencecah awan,namun bila talinya terputus ia hanyut di bawah angin,menyerah kepada takdir,terdampar dibadai ombak deras.

Jumaat, 27 Januari 2012

Jujurlah Dalam Hidupmu

Red Rose 
“Setiap yang kita lakukan biarlah berlandaskan kejujuran kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.”

Khamis, 26 Januari 2012

Buat Awak sahabat saya


 Untuk Awak sahabat saya
Semoga hari ini awak ceria
Semoga hari ini awak sihat sepanjang masa
Semoga kerja-kerja semuanya ok.
Semoga kita tak lupa antara kita
Awak dimana awak berada
Saya sayang awak 
Kerana hidup saya sepi tanpa sahabat !!

Motivasi Diri

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Hari Ini Bukan Semalam

 
Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di alam fana ini.. Terjaga dari tidur semalam terus mata tak dapat dilelapkan.Kesempatan dambil untuk menyiap kerja-kerja sekolah yang masih berbaki..Inilah padah kerja yang tertangguh akhirnya memakan diri.Asyik dengan lamunan perasaan..
Hari ini ,pasti jauh disudut hati..saya amat mengharapkan
  • Hati saya ok...biar hari ini lebih tenang daripada semalam.
  • Semoga pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancarnya...anak-anak murid mudah memahami apa yang saya ajarkan dan diberkati oleh Dia Yang Maha Esa.
  • Janganlah ada kes-kes disiplin yang menyakitkan kepala..kerana kepala saya masih sakit dengan permasalahan sendiri..Apapun kena pastikan senyum itu wajib..(Cam lirik lagu Wann tu"di bibir aku mengukir senyuman...dihatiku tersimpan kepedihan").
  • Semoga perjalanan pergi dan balik..saya,suami serta anak-anak selamat ...
  • Yang utama hari ini ..saya mesti kuat untuk memastikan saya tidak akan mengingati apa-apa yang membuatkan saya sedih.
*kerja yang masih tertangguh:
- Minit Mesyuarat Disiplin pertama
- Minit Mesyuarat HEM PPKI
- Fail HEM
- Fail-fail disiplin
- Ringkasan buku untuk SPLG
- Papan Kenyataan Disiplin
- BBM untuk kelas PPKI8
- RPH.....
Arggggggggggggggggg siapalah yang sudi nak tolong aku ni!!!!!!!!!!!!!:(