Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 6 Oktober 2011

Rindu kat Pantai Batu Rakit.

photo


photo
photo Riindu sangat-sangat pantai Batu Rakit ni...Di sinilah tempatnya kujejaki ombak pantai dan disaksikan istana pasir berkecai...
Disinilah tempatnya dan waktu itu aku yang pemalu....zaman remaja yang penuh nostalgianya..
Pantai Batu Rakit inilah tempat kenangan ,tempat permainan ,gurau senda dengan teman-teman sekampung ..
Lihat pepasir yang memutih mengamit rindu..dulu kaki sentiasa memijaknya menyusuri gigi ombak sambil merasa sejuknya tika itu..sesekali jua terasa kehangatannya.Sesekali berlari berlumba dengan anak-anak buah..adik-adik dan juga kakak.Tapi itu satu tika dahulu.Namum sesekali balik kg saya tetap mengulangi jika berkesempatan..
(gambar-gambar ini saya ambil dari rakan-rakan blog)


photo
Nelayan Pulang Petang
 

Buat sahabat saya

I'm so lucky to have a friend like you!Sahabat...kawan..dan teman..sesungguhnya amat bermakna dalam hidup ini..Takdir Tuhan menemukan kita menjadikan kita sahabat dan teman yang sempurna..
Terima kasih teman..suka dan dukaku silih berganti namun kau sentiasa di sisi..


Kemaafan Dendam Yang Terindah

Indahnya apabila kemaafan yang diharapkan sekian lama dapat diperolehi..Terima kasih
banyak!!

Cemburu itu rasa

Attitude Graphic #59 
Cemburu itu prasangka...Kuat cemburu orang tak suka...
Namun!!!!!
Lihatlah CeMbuRu dalam skop yang berbeza
Jika cemburu pada yang berjaya
Lakukan tindakan ikutilah cara dia...
Jika cemburu pada yang kaya
Mulakan langkah ikut jejak dia
Menabung sentiasa ada jangan boros saja tapi kedekut jangan pula..
Jika cemburu pada yang bergaya
Jangan asyik kutuk pula tapi ubahlah gaya kita..
tak perlu tiru dia..tapi jadilah diri kita
Ikut apa yang kita suka
kerana selera kita berbeza namun masih dalam batasan agama..
 cemburu pada insan tersayang.. bagaimana pula!!!
Mestilah selalu ada..
bukan sekali sekala
dan perlu berwaspada
kerana dia milik kita
pastinya perlu dijaga
tapi Awas!!
Jangan cemburu buta
Walau hakikatnya itu yang sentiasa ada..





Rabu, 5 Oktober 2011

Untuk renungan diri sendiri...

I am me and I won't change for anyone 
  • Jadi diri sendiri jangan jadi orang lain..

  • sentiasa kuatkan iman dan tawakal serta tak lupa akan nikmatNya..insyaAllah hidup berkat di bawah payungannnya..
  • Hidup perlu ada wawasan dan tujuan
          • Buat baik sepanjang masa baru orang sayang kita.
          • Hidup mesti ceria walau di mana berada ,suka atau duka.
          • Tabah itu perlu...kala saat duka.Kerana kalau ketabahan takde..nescaya hidup entah kemana..mungkin lorong-lorong berliku..atau tergantung bertali..dan sewaktu dengannya.
          • Bukan senang nak senang tapi amat senang untuk susah.
          • Jangan bebankan orang walau orang suka bebankan kita
          • Senyum itu sedekah..so senyumlah sokmo walau sampai ke telinga.
          • Masa yang berlalu tak akan kembali..sebab itu orang cakap "masa itu emas" walau tak boleh gadai..maknanya nilai masa tu lebih mahal dari emas..
          • Kita tak tahu siapa kawan kita siapa musuh kita walau sebaik manapun dia..ada masa dia akan kutuk kita jugak.Pengajarannya hati-hati dalam persahabatan..tapi pastikan kita sentiasa cuba menjadi kawan yang akan dikenang bila kita telah tiada.
          • Jangan menilai orang mengikut kedudukannya..yang penting hati budi dan bagaimana dia menghargai kita.
          • Sentiasa cari kebaikan kawan dan sebolehnya sembunyikan keaibannya, barulah orang akan cari kebaikan kita dan melupakan keaiban kita.
          • Kalau kita suka dipuji bermakna orang lain sama macam kita suka dipuji jadi amalkan sikap menghargai apa yang orang lakukan.
          • Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima,justeru jangan kedekut untuk memberi sedekah walau hanya sedikit.
          • Jangan cenburu dengan kesenangan orang lain kerana itu rezekinya sebaliknya teruskan berdoa semoga kita juga dimurahkan rezeki dan mendapatkan kesenangan sepertinya.
          • Maafkan segala perbuatan orang lain pada kita..
(Cukuplah dulu untuk renungan bersama..apa yang tertuliskan berdasarkan rasa hati saya..tiada rujukan mana-mana.Jadi yang baik jadikan panduan mana yang tak sesuai tu ketepikanlah..)

Rupanya Hari ini Hari Guru Sedunia

Happy Teachers Day
WADUHHHHH PENING MARAH DAN GERAM BILA MENDENGAR KHABAR RAMAI GURU PENDIDIKAN KHAS TIDAK MENGAJAR SERATUS PERATUS LEKA BER FB DALAM KELAS, MENGAJAR ALA KADAR, MENGAJAR IKUT SUKA HATI , DLL...... MOHON DAN SAYA MERAYU MANA JANJI ANDA CIKGU ...... MANA KEIKLASAN CIKGU ........ CUBA LIHAT MATA ANAK-ANAK ITU ...... ADA YG KATA JAGA JANGAN ADA YG CEDERA CUKUP ........ WADUH PEDIH MENDENGARNYA ......... MANA KEIKLASAN CIKGU...... SELAMAT HARU GURU SEDUNIA ....... KUATKAN TEKAD ANDA ....... ILMU ADA TAPI TAK BERAMAL TAK GUNA JUGA ...... MAAF DI PINTA.....
Entri di atas saya ambil kat wall kawan lama yang dah jadi pensyarah..
Rupanya hari ini HARI GURU SEDUNIALAH!!!!!
Pada semua rakan-rakan guru tak kira walau dimana sahaja berada Selamat Hari Guru..Semoga kita menjadi pendidik yang  di berkati Allah..Mana yang kurang kita perbetulkan..Kita guru juga insan biasa yang punya kelemahan.Harapan agar anak-anak murid yang diajar mendapat manfaat dan berjaya dalam hidup mereka tidak kiralah siapa dan bagaimana keadaan murid kita.

Jemari hanya menulis....

Wednesday Graphic #5 
Hari ini hari kedua cuti sempena Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Ada kalangan guru dari Semenanjung yang tak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman.Yang pastinya aku pulak tetap seperti hari-hari persekolahan biasa.Sekolah umpama rumah kedua.Kalau sehari tak ke sana rasanya macam tak lengkap untuk satu hari..entahlah kalau guru lain seronok bercuti ,rasanya aku biasa je...seronok tu adalah jugak tidak terlalu memikirkan bebanan tugas tapi sebaliknya aku rasa suka berada di alam situasi di sekolah.Rasanya bersyukur jugak sebab Allah memberikan ketenangan tika bertugas di SMK Demak Baru ni.Cabaran,sakit hati, terkilan tu biasalah pasti ada di mana-mana tidak semuanya sempurna.Apa yang harus dilakukan pandai-pandailah mengawal keadaan agar tidak mendatangkan kesan pada diri sendiri..Maklum hidup di perantauan ,di tempat orang ni tidak semua akan suka pada kita.Terkadang di depan penuh kata-kata pujian di belakang berbakul umpat dan keji.Rambut sama hitam hati lain-lain.Yelah insan biasa mana ada yang terlalu baikpun.
Seminggu ini asyik terkena migrain saban hari. Rasanya kekuatan hanya pil penahan sakit.Bukan tidak tahu kesan kerana mengambil pil yang berlebihan tapi itu sahaja yang dapat mengawal keadaan.tapi yang peliknya bila sibuk bekerja kurang pulak sakitnya.terkadang rasa macam menipu kalau orang lain yang melihat.Apa tidaknya kerja ke sana ke mari dalam masa yang sama bagitau migrain pulak.Tapi itulah aku...cara diri ini ...


Selamat Menempuh PMR

Good Luck On Your Exam! 
Pada anak-anak murid tersayang yang mengambil Peperiksaan Menengah Rendah,(Cinthia,Ariana,Wani dan Qamarul) Cikgu doakan kalian dapat menjawab dengan cemerlang.
Semoga beroleh kejayaan sepertimana yang diimpikan. 

Isnin, 3 Oktober 2011

Resah....

Roses 
resah malam ini
mata terbuka fikiran melayang...
hati tak keruan ...
terkadang ada keputusan untuk disegerakan
kerana lelah menahan perasaan...
dalam masih berbaki kehidupan
biarlah sinar terang di hadapan
jangan kelam dan suram pula yang terbentang..
jangan ada kebencian di akhir perjalanan ...
kerana perpisahan yang mengundang
walau tiada lagi pertemuan
untuk kita sulamkan menjadi kenangan
tapi kita masih punya kasih dan sayang 
yang tersimpan kemas walau tanpa ikatan.















 

Ahad, 2 Oktober 2011

Surat Terbuka buat IDA...sempena hari konvomu..

Roses on pianoSelamat pagi dunia..alhamdulillah diberikan keberkatan umur hari ini untuk menikmati udara yang segar di pagi Ahad ini..Sayup kedengaran azan dilaungkan...Betapa Syahdu dan tenangnya mendengar alunan azan,lantas hati mengamit sayu kerana memikirkan aku hambanya yang banyak kekhilafan..Banyak tersasar dari jalanNya...
Hari ini hari yang amat bermakna  buat adik bongsuku Ida..kerana petang ini akan menerima segulung ijazah berkat kesungguhannya belajar.Sememangnya bukan senang untuk capai ke akhir garisan.Cabaran ,dugaan..suka duka sentiasa datang silih berganti.Andai tiada kekuatan memang akan tewas di pertahankan jalan..Hanya kekuatan dalam diri menjadi tonggak yang utama.
Kesian Ida...hati tertanya-tanya sedih kah dia di hari bersejarahnya ini..tanpa insan istimewa,kecil hati kah kerana aku tak pulang meraikannya..tentunya dapat merasa harapan hatinya ingin melihat kami semua adik beradik di sisi..Tapi satu yang diri ini bimbangkan mungkinkah sejarah lama berulang..Ayah...mungkin kah kali ini dia mengerti pentingnya kehadirannya dan pentingnya mata dia melihat tika ijazah itu dihulurkan padamu Ida...Apapun dari kejauhan mendoakan dirimu ceria dibalik duka..Jangan biarkan airmata datang tanpa diundang..Hilangkan dulu duka yang ada.Satu kejutan untukmu sejambak bunga dan bear yang kau inginkan tetap kukurimkan...walau tanpa di luar pengetahuanmu...
Terimbas kembali saat diri ini meneruskan perjuangan di menara gading..aku jua seperti mu ida..banyak menuntut kesabaran dan kekuatan untuk sampai ke destinasinya..airmata tika pertama kali menjejakkan kaki di universiti dan airmata juga yang menjadi penamat di universiti...tapi rupanya airmata itu penanda ada sinar kebahgiaan di hadapan yang Allah telah tentukan.Mana mungkin dapat terlupakan saat pertama kali di negeri orang ,aku dan Kak Jan diuji dengan sikap ayah kita..membiarkan kami berdua berlapar tanpa makan dan minum sementara menunggu pendaftaran pada pukul 2.00 petang.Dia hilang entah kemana tanpa memperdulikan kami berdua.masjid ukm menjadi saksi segalanya berlaku..Kau tahu tak perasaan ini ketika itu..sedih dan cemburu melihat ayah dan mak masing-masing yang mengambil berat anak-anaknya...Airmata pertama dah mula mengalir ...Masa pendaftaran pulak nyaris aku tak diterima masuk ida...lantaran dek kegagalan membayar yuran pendaftaran sebelum itu.Alhamdulillah aku diberi peluang dengan syarat bayar walau sedikit pada hari itu jugak..Airmata kedua inilah terus mengalir laju...kecewa dan resah andai aku gagal membayarnya..Saat itu kaki terus melangkah dan berlari mengelilingi Dewan Dektar yang besar itu mencari ayah diantara ribuan manusia kat situ..Malangnya Ayah tak ditemui..Nasiblah ada pengawal keselamatan yang menolongku tika itu .Dalam masa yang sama,kesian Kak Jan yang kelaparan hinggalah lepas Maghrib barulah tekaknya dapat dibasahi air dan burger...Hari pertama ujian getir sudah teruji buat diri ini...Tapi kerana azam yang tinggi kesabaran yang menemani menjadikan diri ini harus kuat dengan dugaan yang seterusnya.
    Airmata seterusnya mengalir lagi...Bayangkan kami dikejutkan dengan keputusan JPA dan Kementerian Pelajaran yang tidak akan menaja kami..Lemah dan longlai rasanya disaat itu..Kau tahu dimana diri ini nak dapatkan sumber menampung pengajian ini.Sedangkan untuk ke sini pun sudah berhutang...Nasiblah Yayasan Terengganu memberikan biasiswa...Jasanya memang tak akan kulupa...tapi sedih juga disaat borang biasiswa dibawa pulang untuk disahkan ayah langsung tidak mahu membantu ...Sampai terkeluar dari mulutku agar ayah akan sedar bila aku berjaya nanti dan aku katakan pada ayah jangan minta apa-apa dariku bila berjaya nanti..Bunyinya seakan kasar bagi orang tidak berada dikedudukanku ketika itu..Tapi Alhamdulillah..Allah tidak mengiginkan aku sentiasa menjadi anak yang derhaka.Dia bukakan hatiku dan melapangkan dada menerima ayah seadanya..Kalau tidak pasti aku akan merasa terkilan hingga ke hujung nyawa ku kerana menjadi anak yang terlupa jasa orang tua..
Peganglah kata-kata ini untuk keberkatan hidupmu jua.."biarlah kita berkecil hati dengan mak ayah kita tapi jangan biarkan mak dan ayah kita berkecil hati kerana kita..Apapun yang berlaku siapapun dia ..mak dan ayah adalah insan teramat istimewa yang perlu diagungkan dan berada di satu sudut hati yang amat istimewa.."
Airmata seterusnya sentiasa menjadi teman ...pahit getir hidup keseorangan meneruskan perjuangan hanya Allah sahaja yang mengetahui...Tapi di situlah kita menilai erti sebuah persahabatan yang sejati..Kawan yang ada waktu susah dan dan sentiasa menghulurkan bantuan tika diperlukan akan kita temui..Banyak ujian yang melanda..Tersalah naik bas hingga sampai ke USM Pulau Pinang memang antara yang menguji tindakan yang patut dilakukan..Alhamdulillah pendekatan yang diambil jangan bagitau keluarga jikalau terasa masih selamat..bagitau nanti bila dah sampai UKM nanti..Terkejut mak bila aku maklumkan bas yang aku naiki itu telah tersasar ke USM rupanya..Di UKM juga aku diuji dengan tiga kali kehilangan dompet duit da dokumen nya sekali..Kau bayangkan tika itu untuk meneruskan kehidupan jauh dari keluarga.Terkadang tanpa duit walau seposen ditangan aku menahan lapar..Hanya kawan-kawan yang baik yang sentiasa menghulurkan makanan walau hanya nasi sepinggan.
Setiap malam airmata menjadi teman mengharapkan kesusahan dan keperitan itu dapat diatasi..Belum lagi kepayahan untuk menyiapkan assigment yang diberikan pesyarah.Terpaksa menagih simpati kawan-kawan dan kakak senior untuk pinjamkan komputer..pinjamkan baju untuk apa-apa majlis dengan kawan-kawan,kerana ketika datang ke universiti aku hanya bekalkan 5 pasang baju dan dua helai selendang..Hingga kan pernah berat badan ini menurun ke angka 38kg.Terkejut mak apabila diri ini pulang ke kampung melihat tubuhku yang kurus ni..Kerana selama ini kesusahan yang aku alami banyak di sembunyikan..
Airmata ini juga mengalir laju tika diri ini beraya seorang diri tika aidiladha kerana aku mengambil keputusan untuk tidak pulang beraya lantaran kerja sementara di kilang Bandar Baru Bangi..sedangkan kawan-kawan semuanya balik berhari raya..Tapi demi mencari duit sampingan aku cekalkan hati....
Detik terakhirnya airmata ini mengalir lagi ketika hari konvoku...Dengan jubah yang lambat sampai.dengan ayah yang datang tapi keluar ketika tangan ini menerima ijazah memberikan rasa terkilan...Tapi itulah Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan supaya kita menjadi semakin kuat dan matang.
Ida...andai disuatu hari dirimu mendapat kerja nanti.peruntukan bahagian buat mak dan ayah walau susah sekalipun dirimu kerana berkatnya rezeki kita atas doa mak dan ayah.Andai dirimu mencari pasangan carilah pasangan yang boleh menerima mak dan ayah tanpa malu dan segan serta tidak memperdulikan sejarah ayah kita.Itulah pasangan yang akan membahagiakan kita.Kita memilih bukan kerana terlalu cinta tetapi kerana keterbukaannya menerima kita seadanya..



Sabtu, 1 Oktober 2011

Buah engkalak

Pagi tadi ketika ke Pasar Tani Gita saya terperasan buah ni dijual.RM 2.00 sebakul yang kecil.Buah engkalak ni begitu asing pada saya ketika mula-mula saya sampai di Sarawak. Setelah di perkenalkan seseorang dan ditunjuk cara-cara memakannya kini buat saya suka buah ini..Alang-alang kata orang dah tinggal di Sarawak rugi kalau tidak merasa keistimewaan yang ada di Bumi Kenyalang ni.
Buah engkalak ni kalau nak makan kena rendamkan dahulu seketika dalam air yang tidak terlalu panas.Lepas tu bolehlah dimakan dengan garam dan sedikit cili..Rasanya lemak-lemak gitu..

Buah engkalak yang telah direndam
Gambar Buah Engkalak 
Buah engkalak

Aimy dan Azib jumpa doktor...












Semoga cepatlah sembuh...

Get Well Soon Graphic #41Semoga cepat sembuh. ....doa dari kami bertiga..

Sabtu yang indah kurapkan..

Saturday

Pagi Sabtu ini dihiasi dengan titisan hujan diluar sana...Patutlah dingin dan sedikit kesejukan ketika lena tidur malam tadi...Tenangnya rasa tika mata memandang, damai dan hening suasana disaat ramai lagi insan-insan lain yang belum terjaga dari beradu yang panjang..
Pastinya hari ini hari cuti yang perlu diberikan perhatian..masa dan gurau senda bersama anak-anak dan suami ..Semestinya setiap detik yang berlalu akan dipastikan terisi dengan moment-moment yang indah.cuba untuk mengelakkan tercalarnya perasaan,atau tersinggung dek kerana perbuatan..
Pagi-pagi lagi anak-anak ada aktiviti tersendiri.Alya dan Alif dengan latihan olahraganya.Adam pulak kelas tambahan dan kelas taekwandonya.Aimy dan Azib harus ke Hospital Normah untuk suntikannya..Selepas itu tak tahulah lagi apa yang harus dilakukan..
Harap segalanya berjalan lancar dan membahagiakan...

Terima Kasih atas sebuah ingatan

Saya tujukan puisi sebuah persahabatan ini pada kawan,sahabat dan teman yang masih bersama saya hingga kini..Ketahuilah kalian amat saya hargai..Saya letakkan satu sudut yang amat istimewa di dasar hati.Terima kasih segalanya.