Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 1 Oktober 2011

Hamdan (Murid PPKI) dah pandai buat donut..



 Hamdan anak murid PPKI saya yang seorang ini sangat rajin orangnya.Sentiasa membantu semua guru ketika diperlukan .
Semalam pula,Handam telah membantu Cikgu Dayang membuat kuih donut coklat untuk pelajar-pelajar dan guru-guru PPKI.






Aktiviti makan lagi

Semalam terasa teringin pulak nak masakkan lauk untuk cikgu-cikgu PPKI ni...Apa lagi aktiviti sayapun mulalah berjalan.Saya masakkan nasi,buatkan masak lemak cili api ikan tenggiri masin ,sambal udang dan gorengkan telur.Kebetulan pula Cikgu Lina pulak tu membawa tempoyak dari rumah apalagi bertambah seleralah kita semua ni kan berbekalkan ulam kacang botol dan sambal tempoyak..

















Sekitar Solat Hajat PMR/SPM SMK Demak Baru













Khamis, 29 September 2011

Tahniah...Ceksu

Best Wishes on Your Graduation Day 
Buat adik bongsu yang sorang  ni..hanya dari kejauhan mengiringi langkahmu untuk menyempurnakan segala titik lelah yang kau usahakan..Sesungguhnya perjalanan masih jauh dihadapan.
Tahniah kerana menjadi anak yang berguna dan tidak menghampakan hati mak ,ayah ,abang dan kakak-kakak.Sebagai seorang kakak ,semestinya berbangga mempunyai adik seperti mu..
Jangan sedih-sedih tau kerana dihari konvo tu pastinya kita orang tak dapat mengiringi hari bahagiamu..Alya,Alif,Adam ,Aimy dan Azib juga mendoakan segalanya berjalan lancar..



Sekitar sambutan Hari Jadi Naliza
















Akukah Terlewat

Best dengar lirik-lirik lagu nie..AKU KAH YANG TERLEWAT...Atau waktu yang tercepat..
Kenangan lama kembali segar diingatan....