Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 18 September 2011
Rabu, 14 September 2011
Satu Malam ...saya tak tidur...sayapun tulis merapu...
Entah apa silapnya malam ini saya tak dapat tidur sampai pagi...Mungkin juga frust tengok perlawanan bola sepak Terengganu tewas di tangan Negeri Sembilan (0-1).
Ya..itulah antara penyebab yang paling besar kenapa saya tak tidur sampai pagi...
Bila mata terbuka..jemari mulalah gatal cuit-cuit laptop..kesannya sedar tak sedar dah dinihari..Esok dahlah nak buat persiapan pentas untuk Majlis Ramah Tamah..Semalam banyak jugak belanja terpaksa dikeluarkan untuk sebuah pentas yang cantik...(nanti saya tunjukkan ok..)Yang saya rasa kurang puas hati..rasanya inilah sejarah dalam hidup saya selama 15 tahun bergelar pendidik diberikan AJK Pentas seramai 3 orang termasuk saya..Ingat nak buat pondok-pondok untuk main sorok-sorok ke..
Tension wei...dapat sekolah macam ni..Dahlah selama bila buat baik ramai lak yang kata nak bodek pengetualah...nak tunjuk pandailah..
Yang paling lucu tu pakai cantik-cantikpun orang tak suka..padahal kita tak pernahpun kisah apa orang nak pakai..
Hai...dah lama fikir...kena berhijrahlah pulak..Semenanjung...adakalanya aku tak sabar nak balik..bila fikirkan benda ni semua...Tapi mengapa ..ada rasa sayu bila aku nak tinggalkan Kuching ni..Yang penting aku dah buat terbaik sebelum aku tinggalkan..Moga suatu hari nanti bila aku dah takde kat Bumi Kenyalang ni...akan ada insan-insan yang akan mengenangi aku..Cukuplah..
Selasa, 13 September 2011
Selamat menempuh exam kakak (alya) dan buat semua anak sedara.
Hari ini anak sulung Nur Alya akan menempuh peperiksaan UPSR..Anak yang nak ambil exam,mak pulak yang berdebar-debar..Pada Alya selamat menduduki peperiksaan penting..Mak tidak begitu menekan kakak..mak terima apapun keputusannya.Yang penting kakak hadapinya dengan tenang..Semoga kakak akan berjaya dengan cemerlang..Yang penting kakak menjadi anak yang soleh yang menyejukkan hati mak ayah ..Yang dapat menjadi pelindung pada adik-adik jika suatu hari mak dan ayah dah takde..
Pada anak-anak sedara iaitu Athirah,Aiman ,Shahrul dan Fakhrul..Selamat menempuh exam..Semoga kalian berjaya dengan cemerlang..Lakukan yang terbaik untuk ibu dan ayah..Pada Fakhrul..Cekda yakin Fakhrul dapat melakukan yang terbaik ..
Good Luck..
Langgan:
Catatan (Atom)








































































































