Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 14 September 2011

Satu Malam ...saya tak tidur...sayapun tulis merapu...


Good Morning With Beautiful Flower 
Entah apa silapnya malam ini saya tak dapat tidur sampai pagi...Mungkin juga frust tengok perlawanan bola sepak Terengganu tewas di tangan Negeri Sembilan (0-1).
Ya..itulah antara penyebab yang paling besar kenapa saya tak tidur sampai pagi...
Bila mata terbuka..jemari mulalah gatal cuit-cuit laptop..kesannya sedar tak sedar dah dinihari..Esok dahlah nak buat persiapan pentas untuk Majlis Ramah Tamah..Semalam banyak jugak belanja terpaksa dikeluarkan untuk sebuah pentas yang cantik...(nanti saya tunjukkan ok..)Yang saya rasa kurang puas hati..rasanya inilah sejarah dalam hidup saya selama 15 tahun bergelar pendidik diberikan AJK Pentas seramai 3 orang termasuk saya..Ingat nak buat pondok-pondok untuk main sorok-sorok ke..
Tension wei...dapat sekolah macam ni..Dahlah selama bila buat baik ramai lak yang kata nak bodek pengetualah...nak tunjuk pandailah..
Yang paling lucu tu pakai cantik-cantikpun orang tak suka..padahal kita tak pernahpun kisah apa orang nak pakai..
Hai...dah lama fikir...kena berhijrahlah pulak..Semenanjung...adakalanya aku tak sabar nak balik..bila fikirkan benda ni semua...Tapi mengapa ..ada rasa sayu bila aku nak tinggalkan Kuching ni..Yang penting aku dah buat terbaik sebelum aku tinggalkan..Moga suatu hari nanti bila aku dah takde kat Bumi Kenyalang ni...akan ada insan-insan yang akan mengenangi aku..Cukuplah..

Selasa, 13 September 2011

Selamat menempuh exam kakak (alya) dan buat semua anak sedara.

Best of Luck for your Exams 
Hari ini anak sulung Nur Alya akan menempuh peperiksaan UPSR..Anak yang nak ambil exam,mak pulak yang berdebar-debar..Pada Alya selamat menduduki peperiksaan penting..Mak tidak begitu menekan kakak..mak terima apapun keputusannya.Yang penting kakak hadapinya dengan tenang..Semoga kakak akan berjaya dengan cemerlang..Yang penting kakak menjadi anak yang soleh yang menyejukkan hati mak ayah ..Yang dapat menjadi pelindung pada adik-adik jika suatu hari mak dan ayah dah takde..
Pada anak-anak sedara iaitu Athirah,Aiman ,Shahrul dan Fakhrul..Selamat menempuh exam..Semoga kalian berjaya dengan cemerlang..Lakukan yang terbaik untuk ibu dan ayah..Pada Fakhrul..Cekda yakin Fakhrul dapat melakukan yang terbaik ..
Good Luck..

Isnin, 12 September 2011

Syukur kerana saya dipanjangkan umur...

Happy Birthday To Me
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah memberkati usia saya hingga kini..Dapat lagi untuk menikmati nikmat yang Allah berikan..Juga masih diberi peluang mencurahkan ilmu buat anak-anak didik tersayang.Doa dan harapan saya agar saya tabah menghadapi segala rintangan dan ujian yang memdatang.Menjadi hambaNya yang lebih mentaati segala perintahNya .Menjadi anak yang solehah .Menjadi isteri yang baik juga ibu yang sempurna di mata anak-anak dan suami.Menjadi pendidik yang berdedikasi dan tidak pernah jemu untuk mendidik anak-anak istimewa.Menjadi teman dan sahabat  di waktu suka dan duka dan bisa menjadi penghibur di saat mereka berduka.

13 tahun pengkongsian kita

Anniversary Graphic #37 
Buat suami tercinta,sedar tak sedar hubungan kita sebagai suami isteri telah melangkaui usia 13 tahun.Banyak suka duka yang kita kongsikan bersama.Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab..Juga menantu yang memahami..
Saya tahu saya kuat kerana mempunyai seorang suami yang sentiasa menyokong apa yang saya buat. Menjadi pemberi semangat dikala saya lemah.sentiasa memastikan yang terbaik demi saya dan keluarga.Syukur pada Ilahi kerana mengurniakan saya teman hidup seperti "abang".
Maafkan saya kerana saya belum menjadi isteri yang sempurna dan saya akan cuba ke arah itu..
Selamat ulang tahun perkahwinan kita 11 September 1998-11 September 2011

Khamis, 8 September 2011

Hanya catatan biasa.

Good AfternoonHari ini tidak apa yang mengembirakan rasa biasa je...Alhamdulillah Aimy dan Azibpun dah semakin sihat.Sejak dah takde pengasuh sorang ni semakin tenang hidup.Sebelum ini dalam hati sakit je tengok telatah dia ni..Rupanya tak tersalah langkah memberhentikan dia ini,.Rupanya pernah jugak dia kurung Aimy dalam bilik tika kita orang takde..Kesian Aimy budak yang sekecil itu tak tahu apa.apa.Patutlah 2 bulan lebih Aimy masih tidak boleh menerima dia ni...Rupanya budak-budak memang boleh menilai siapa yang baik dan sebaliknya..
Kerjaya hari ini..ok..anak-anak murid masih dalam terkawal.Cuma hari ini terpaksa gantungkan persekolahan seorang belajar yang memang terlampau biadap ..Apa nak buat peraturan tetap peraturan.
Lega rasanya tengahari nanti takde mesyuarat seperti minggu -minggu yang lepas..Bolehlah ronda-ronda jap tenangkan fikiran..
Hati rasa lain macam je ..berdebar-debar..harap-harap takdelah perkara buruk berlaku..

Rabu, 7 September 2011

Aktiviti buat kek dan biskut raya dengan Nety dan Fuad(bekas pelajar PPKI)








Suasana Raya kat Kuching


 yang best raya kat Kuching ni..bila malam semua rumah bercahaya dengan lampu..Rumah saya je yang takde.

 Rumah sayalah ni...

 Anak saya yang sulung-Alya
 Adam...selalu tanya bila nak balik kg..masa raya hari tu..Hakikatnya mak dia ni yang menangis dalam hati..sedih tak dapat balik.



 Adam dan Alif


 Ni masa raya kat rumah jiran sebelah



 Raya ke-empat