Petang tadi Lembaga Disiplin SMK Demak Baru mengadakan Bengkel Sistem Kawalan Disiplin Murid (SKDM) yang dipengerusikan oleh tuan pengetua.
Besarlah harapan bila dah buat bengkel ini agar satu sistem disiplin yang lebih mantap dan teratur dapat dilaksanakan.
Sorry pada kawan-kawan AJK Disiplin..gambar yang kurang memuaskan..





Lihat telatah anak-anak murid PPKI saya nie..buat saya tersenyum sorang..Nak buat kad hari bapa yang sangat simple tapi nak menyudahkannya pelbagai telatah saya kena hadapi..Ingatkan renang je ada macam-macam gaya rupanya buat kad juga ada macam-macam.Ada gaya bebas,gaya terbang,gaya sembunyi tepi meja lah..dan macam-macam.Tapi inilah dunia mereka dan juga dunia saya..alam istimewa yang amat indah..





























Aiskrim Malaysia buatan Alfan .Bangga sungguh saya dia dah pandai buat aiskrim nie seorang diri..Objektif saya nampaknya semakin tercapai mengajar budak-budak PPKI nie berniaga.Sekarang Wanie ,Izuddin,Ayu ,Zul dan Fadilah sudah pandai mengambil peluang mencari duit sampingan.














