Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 25 Mei 2011

Rabu-adakah sinar kebahagiaan hari ini.

Wednesday Graphic #9 
Pagi yang tenang..penuh syahdu .Tika pena ini menari menulis dan terus menulis,terdengar azan berkumandang .Sayu dan pilu rasa hati.Sentiasa suasana dan saat pagi yang hening kunantikan.Dalam hati tak lupa mengucapkan kesyukuran pada Ilahi lantaran nyawa masih ada.Masih berkesempatan menikmati kehidupan seterusnya.pasti jua hari yang bakal ditempuhi mengharapkan sinar kebahagiaan dan kecemerlangan dalam apa jua yang ditempuhi.
Sebenarnya mata ini dah mula melihat sekeliling seawal 2.00 pagi tadi.entah kenapa mata tak mampu terpejam lena.Kesempatan ku ambil memeriksa kertas peperiksaan Sejarah.Hajat hati hari ini akan kuedarkan keputusan markah sejarah murid-murid.Tapi hingga kini belum selesai nampaknya.Tinggal 2 set lagi untukku siapkan.Biasalah terkadang mood nak buat kerja tu hilang je..Semangat belum pulih..apatah lagi semalam satu khabar pulak yang bisa menambah kesedihan.Kesian pada seorang rakan guru yang bersusah payah mengusahakan projek dan apabila berjaya orang lain mengambil kesempatan..Aku dah merasa apa yang dia rasa..Beginilah kalau hidup disekeliling orang-orang yang mengambil kesempatan.tapi aku yakin Allah itu adil..Dan Maha Mengetahui segalanya..Aduh..tahap semangat untuk berada di Bumi Kenyalang ni kian pudar..Tapi dalam masa yang sama ,sayang sangat untuk berpisah dengan murid-murid istimewa di sini.Kekuatan aku dengan mereka. Tapi perpisahan ini akan berlaku jua..cuma masanya entah bila.Pada insan-insan yang materialistik dan mementing kan diri..semoga suatu hari nanti Allah mengurniakan keinsafan untuk terus bersama membantu insan-insan yang kekurangan.
Hari ini pasti jua melangkah ke sekolah dengan bermacam agenda.Persiapan pentas hari guru....nak buat banner,nak cari kain langsir yang hilang...disiplin menanti..pepagi lagi Cikgu Razalie dah bagitau semalam nak jumpa untuk membincangkan surat akujanji pelajar.Alhamdulillah Cikgu Safwan banyak membantu.Lega juga semalam aku dah siapkan laporan mesyuarat lembaga disiplin pasal budak nie..Rasanya banyak lagi yang berlaku pada hari ini..Tunggu jelah..
Hati dan perasaan..hari ini ok kut..semakin hari boleh menerima apa sahaja cabaran yang datang.Aku harapkan perasaan tenang pada pagi ini akan berpanjangan sampai malam nanti..Jauh di sudut hati ada kesedihan..tapi biarlah hanya aku yang tahu sebab apa.

Lagu nie...zaman saya kat sekolah dulu..sentiasa meniti dibibir ..

Layan Lagu lagi..


Sesekali lagu nie..sebagai terapi lawan stress beb.

Selasa, 24 Mei 2011

Terima Kasih Pada Sebuah Persahabatan (Kak Natrah & Kak Raesah)

Senyum kak jangan tak senyum..tuan majlis cari akak sebab nak suruh bayar sebab guna dewan majlisnya tu..




Aku suka lagu nie


Azib diusia 2 bulan











Sukaneka PPKI (Sambutan Hari Guru PPKI)

 Posing dulu dengan Cikgu Badrul Hisyam Ameran
 Bersama Cikgu Khatijah dan Cikgu Badrul

 Bergambar kenangan dengan Norazi..last dah dia tahun ni
 Mendengar ucapan daripada Cikgu Jamal (Penyelaras PPKI)


 Banyak pula amanat yang disampaikan berjela-jelalah juga



 Permaianan tarik bola dengan gelung .Kumpulan kita orang iaitu rumah biru dapat nombor satu dalam acara ni
 Tempat ketiga menghias guru ..Jadilah ...
 Bukan senang nak tengok Cikgu Khatijah bergaya macam ni
 Kak Kam..dapat tempat kedua
 Nie ratu kertas surat khabar ..Johan kumpulan hijau..Tahniah ekk


 Sesi bergambar selepas sukanika selesai


 berkumpul sebelum menjamu selera

Jumaat, 20 Mei 2011

Bulan pantai,laut dan perahu

Good Night 
Terjumpa gambar nie dan saya suka tengok gambar nie..Nak tahu kenapa..sebab gambar ini begitu dekat dengan jiwa saya. Bulan..pantai..laut  dan perahu..Semua itu dunia saya dahulu.
Bulan yang mengambang tu..antara hobi saya melihat dan merenungnya sejak kecil hingga kini..Bagi saya bulan seakan kawan pada saya.Teman ketika saya di dalam kegelapan.Bulan jua menjadi teman paling setia tempat saya luahkan apa yang saya rasa.Bulan jua yang memberi sinar pada saya ke arah menuju puncak.Masih saya ingat ,saya amat suka jika bulan penuh kerana ianya menerangkan mata saya untuk menatap buku mengulangkaji pelajaran,kerana saya mengulangkaji menggunakan pelita ayam.Bila ada bulan saya rasa betapa nikmatnya cahaya yang diberikan oleh Allah kepada saya .Saya juga mempunyai prinsip bila saya rindu seseorang je saya akan memandang bulan.kerana semua orang akan memandang bulan yang sama.
pantai pula bagi saya adalah tempat permainan..tempat yang mengajar saya erti sebuah kehidupan.Tempat yang banyak nostalgianya.Dulu ketika zaman persekolahan..inilah tempat permainan dengan kawan-kawan sekampung.biasanya permainan seperti 'gelap ceroh',main bola, lumba lari..macam-macam lagi saya dah lupa.Pantai juga mengajar saya erti hidup.Antara sumber rezeki bagi saya.Di pantailah saya mencari remis untuk di makan,dipantailah jua kaki ini melangkah mencari tulang sotong untuk dijual.Dipantai ini juga saya mengutip kelapa-kelapa yang dihanyutkan ombak ke pantai untuk dibuat minyak...dipantai jua tangan ini mengutip satu persatu keratan kayu untuk digunakan oleh emak saya bagi goreng  pisangnya .Di pantai jualah tempat saya mengulangkaji pelajaran dan menjadikan saya seperti hari ini. Pantai juga menjadi medan saya meluahkan perasaan.jemari saya pasti rancak menulis di pasir yang memutih..terkadang ombak datang melenyapkan segala penulisan saya..namum jiwa saya tenang apabila semua telah saya curahkan apa yang terbuku di hati..Dan pantai jua yang menyambung kembali kemesraan yang pudar sekian lama.
Laut pula menjadi terapi bagi saya menenangkan minda yang bergelora ketika itu.Warnanya yang biru..air yang tenang sangat mendamaikan ..dulu buka mata je saya akan buka tingkap melihat fajar yang menyinsing.lepas tu mata mula merenung indahnya laut ketika itu..Sesekali telinga saya dicemari dengar bunyi deruman enjin sang nelayan memulakan perjalanan untuk menangkap ikan.Bila saya penat mengulangkaji pelajaran..saya akan ambil masa seketika merenung ombak yang datang dan pergi. Ada masa tenang ada masa bergelora.Apa yang saya dapat hidup kitapun seperti itu.Buat apa saya kesali takdir saya ketika itu dan saya ambil sebagai cabaran dan semangat untuk saya mengapai cita-cita. Bila waktu senja pula..kaki saya pasti basah dengan sapaan ombak..kerana saya amat suka berjalan di gigi air menyusuri pantai sambil melayan perasaan ,mata pula tak lepas memerhati perahu-perahu nelayan nun jauh sayup mata memandang...Ada satu perasaan mengharapkan semoga selamat di lautan sana.
perahu pula adalah tempat saya lepak dengan kakak atau dengan kawan-kawan waktu kat pantai.Begitu juga bila saya mengulangkaji pelajaran kat pantai.Biasanya saya buat untuk menutupi permandangan daripada dilihat oleh orang lain kerana saya tidak mahu orang salah anggap saya menunjuk belajar.yelah..seingat saya tak pernah saya jumpa orang lain mengulangkaji pelajaran kat pantai tu melainkan saya. Kalau untuk "dating" tu adalah..selalu juga terlihat..Hakikatnya orang tak tahu saya mencari satu ketenangan yang saya tidak dapat di rumah.Perahu atau bot juga amat dekat dengan saya..kerana ianya digunakan oleh nelayan..Dan..nelayan itu mengajar saya satu nilai rasa.

Khamis, 19 Mei 2011

Video Azib

Buat Anakku Muhammad Azib, emak rakamkan video ini buat tatapanmu bila Azib dewasa nanti.Ketika ini usia Azib baru mencecah 54 hari.Semoga memori-memori emak bersama Azib sentiasa diingatan walaupun emak tiada lagi di sisi Azib dan di alam fana ini.

Happy Birthday Ustaz Badrol Hisham Majid

Happy BirthdayHari ini hari ulangtahun kelahiran rakan saya kat PPKI SMK Demak Baru, Ustaz Badrol Hisham Majid.Kak Ita doakan ustaz sentiasa dipanjangkan umur,murah rezeki,happy dengan insan tersayang disisi. Amin.
Semoga kita sama-sama bekerjasama berjuang untuk anak-anak istimewa kita yang tercinta.InsyaAllah..
Ustaz nie garang dengan anak-anak murid tapi dalam masa yang sama sangat prihatin,baik...

Rabu, 18 Mei 2011

Semangat....janganlah hilang..

Lonely GirlHari ini saya memulakan tugas sebagai guru setelah 2 bulan saya bercuti.hari Isnin baru nie semangat saya macam hilang..Saya takde mood nak ke sekolah dan kesempatan saya ambil saya bertugas menjaga pameran sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Gembiranya saya bila terjumpa kawan saya semasa mengajar di semenanjung dulu.Beliau ialah En Parawes Abdullah yang sekarang ni di tempatkan di Kementerian Pelajaran.Banyak perkara yang dapat dikongsikan.Dulu En Parawes sebagai pembantu saya ketika saya menjadi Penyelaras di SMK Pandan Jaya.
Bukan senang nak mencari balik semangat saya yang hilang seketika.Saya frust sangat sebab usaha saya dipandang ringan oleh sesetengah pihak.Tapi bila saya fikirkan..inilah cabaran dan dugaan di arena pendidikan.Sebagai seorang guru sentiasa saya ingatkan anak-anak murid saya berusaha,sabar dan jangan putus asa.Kenapa saya tak ikut apa yang saya nasihatkan pada anak-anak murid saya kan...Justeru itu..saya ingin bangkit ,saya tak mahu tewas dengan ujian ini demi anak-anak murid tercinta.Saya nak jadi seorang guru yang akan dikenang sentiasa oleh anak-anak murid saya kerana kasih sayang saya dan dedikasi saya terhadap mereka.Kerana bagi saya anak-anak murid saya adalah hadiah yang tidak ternilai yang hadir menceriakan hari-hari saya.Saya menjadi guru dan berpeluang menjadi guru kerana adanya mereka..Sebab itu saya bangga menjadi sebahagian insan yang turut sama berkongsi suka duka dunia insan istimewa.Ya...saya bangga saya menjadi guru khas yang sesetengah orang memandang kerjaya guru khas ini sebagai tahap rendah dan tiada kelas.Biarlah apapun orang nak kata asalkan di mata murid khas, saya insan yang paling hebat yang dapat menjiwai hati mereka.

Hari ini juga saya harus tekadkan hati saya .Jangan berpaling lagi ke belakang.teruskanlah apa yang telah saya janjikan dalam diri saya.Jangan biarkan perasaan mengalahkan keazaman dan tekad saya ini..Saya harus kuat demi memastikan kebahagiaan saya dan kebahagiaan orang lain..Semalam yang berlalu biarlah berlalu.Mulakan episod baru .Walaupun hati saya terlalu berat untuk melepaskan...

Selasa, 17 Mei 2011

Happy Birthday Cikgu Johan

Birthday Graphic #374
Sebagai  seorang kawan ,pastinya saya tak lupakan pada seorang kawan saya nie Cikgu Johan Mohamad ..Dulu masa sama-sama mengajar di SMK Demak Baru selalu je saya dan dia ni bergaduh.Rasanya sebab saya berkongsi nama ayah yang sama Tulah buat saya dan dia suka kata mengata..Saya tahu dia jeles kat saya dulu sebab Pn Juita sayang saya..(Hahaha..Jangan marah)..Sejak dia dah tukar di SMK Muara Tuang nie hanya facebook jelah penyambung cerita.
Apapun hari ni hari jadinya..doa saya semoga kawan saya ni dipanjangkan umur,murah rezeki,dikurniakan cahayamata yang ramai..semoga menjadi penyalaras yang disayangi semua orang.Cemerlang di arena pendidikan dunia insan istimewa..Amin..
Birthday Graphic #370 
Hanya gambar kek je yang dapat dikirimkan sebagai penganti diri..hihi

Isnin, 16 Mei 2011

Hari Guru Untuk Semua

Sempena Hari Guru pada hari ini,saya kira ia sepatutnya disambut dan diraikan oleh semua.Kerana bagi saya kita semua adalah guru
Kita menjadi guru kepada diri kita sendiri
Dari masa ke semasa pengalaman yang kita tempuh,tanpa kita sedar telah mengajar kita mengenai kehidupan ini.
Ini bermakna kita telah mengajar diri kita sendiri ,kita memberi tunjuk ajar pada kawan-kawan kita,kita mendidik anak-anak kita mana yang baik mana yang buruk.
Kita membimbing dan menasihati rakan atau ahli keluargakita yang lain setiap kali mereka meminta atau memerlukan.
Bukankah semua itu menjadi guru.
Seperti kata Sayidina Ali, "dia tetap guruku walaupun mengajar sebatang Alif..."
Jadi semuanya dari kita adalah guru cuma secara langsung atau tidak sahaja.
Kepada semua
-SELAMAT HARI GURU-


 

Selamat hari Jadi Cikgu Deana

b56.gifAllah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamat kan Cikgu Deana.Allah selamatkan kamu.
Kak Ita doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi ini akan berkekalan hendaknya.Panjang umur,murah rezeki dan dikurniakan cahayamata penyeri ikatan kasih sayang Deana dan Suami.Serta Selamat Hari Guru.Semoga sentiasa disayangi oleh pelajarnya dan menjadi pendidik yang cemerlang.

Sahabat saya dah pergi..

103.gifSaya dah hilang seorang kawan..sahabat dan teman..yang sentiasa memberi sokongan buat saya.Yang mengisi hari-hari saya dengan warna warni kehidupan. Yang tahu susah payah saya..Yang tahu tika saya suka dan duka saya.Yang mendengar apa luahan saya,marah saya,gembira saya,kecewa saya.Semuanya saya kongsikan dengannya.Kini semua sudah berlalu..
Mungkinkah saya akan jumpa sahabat sepertinya lagi..Saya rindukan hari-hari semalam..