Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 27 Julai 2010
Kuterima Ketentuan Ilahi.....
Terkejut dengan apa yang berlaku....betul-betul buat aku resah dan ketakutan ...Apa tidaknya selama ini cerita kawan-kawan yang mengalami nasib yang sama denganku menghiasi halwa telinga..Rupanya diri sendiri jua tidak terlepas dari insan yang tidak mengenal hak milik insan..Kalau aku menangis sampai keluar airmata darah sekalipun rasanya mana mungkin barang-barang yang diambil dapat kumilki balik..Positif dalam diri,apa yang berlaku ada hikmatnya..Aku terima dan telah kuyakinkan segalanya itu peringatan Allah padaku.mungkin dalam kegembiraan aku sedikit lupa padaNya.Cuma aku sedikit terkilan ada insan yang tidak memahami situasiku ambil kesempatan memerli aku diketika waktu begini..
Sabtu, 24 Julai 2010
Nasi Lemak dan Kebab Ayam Sarapan Pagi Sabtu
Bangun pukul 5 pagi tadi,sambil menunggu kain yang dimesin belum sudah,hati terfikir nak buat nasi lemak untuk sarapan keluarga pagi ini..Yelah sejak ada periuk yang aku beli dengan harga RMXXXX nie semangat memasak berkobar-kobar..Syok sangat masak dengan menggunakan periuk nie..Nasi lemak nie memang lama dah aku tak buat..rasanya dalam setahun lebih kut..Tapi bila bangun pagi tadi inilah niatku untuk menjamu suami dan anak-anakku makan..
Nasi lemak ku..
Sambal Tumis
Telur Rebus dan pelengkap yang lain ikan bilis goreng dan hirisan timun batang.Bila dah siap nasi lemak,terus sambung buat inti kebab lak.
Seumur hidupku di dunia ini,inilah kali pertama ku buat kebab..Sebelum ni beli je di pasar-pasar malam...
Roti Bakar
Inilah hasilnya..Kebab Ayamku..Yang penting anak -anakku puji mak dia buat sedap..Itu yang membahagiakanku..
Inilah periuk yang memberikan semangat untuk aku memasak..Yang penting suami sejak dua mejak ni senyum memanjang dan tak nak beli lauk kat luar kalau boleh..New Holistic Health Cookware mengeratkan hubungan aku dan keluarga..Eh.. iklan lah pulak
Hari Koperasi
Semalam ,Jumaat SMK Demak Baru buat sambutan Hari Koperasi .Seperti biasa tugas menghias pentas memang dah jadi tugas aku ,Kak Dayang,Cikgu Khatijah, Cikgu Zaimash dan Cikgu Nurul..Sememangnya guru-guru khas ini kreatif-kreatifnya memang tidak dapat dinafikan.Buktinya dah macam tender untuk kami kalau ada apa-apa majlis kat sekolah tu..Bukan nak puji diri tapi itulah hakikatnya..
Inilah hasil tangan kerja kami .
Tak lupa berposing jap bersama Nurul dan Jah..buat kenangan lepas siap pentas.
Selepas ni..kita tunggulah majlis seterusnya...
Khamis, 22 Julai 2010
Bacaan Yasin
Hari ini guru-guru dan murid PPKI termasuk beberapa guru daripada aliran perdana turut serta dalam bacaan yasin untuk disedekahkan pada arwah bapa mertua En Jamaludin yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari yang lepas..
Latihan Bowling PPKI SMK Demak Baru (BDC)
Semalam para guru,PPM,dan murid-murid PPKI mengikuti lagi aktiviti latihan bowling di BDC,Tabuan Jaya. Sayangnya tahun ini aku tak dapat nak turut serta hanya jadi penonton saje..Kalau tidak kerana pesanan suami melarang kumain,pasti aku yang paling awal join dalam balingan bola ni..Walaupun dah setahun lebih menjalani pembedahan kerana lahir aimy,tapi dia masih belum mengizinkan...Sayang dia kat isterinya nie..
Anak-anak muridku yang ceria dan sihat.
Ada yang masuk lokang ..Ada yang lebih pandai dari cikgu.
Rabu, 21 Julai 2010
Nakalnya Anak Murid
Terjumpa gambar ni dalam simpanan anak murid..Tak sangka sempat lagi dia rakamkan gelagat Cikgu dia nie..
Biasalah anak-anak istimewa ini..mereka ada kekurangan tetapi dalam masa yang sama ada kelebihan...
Mengharap kiambang bertaut kembali
Semua orang tahu,berputus asa itu sesuatu yang buruk.Semua orang tahu,usaha itu tangga kejayaan .Tetapi,tidak semua orang mampu bertahan dengan keyakinan itu.Ada yang mengalah dan ada yang terlupa.Hidup ini umpama gula-gula,masam ,manis dan kadangkala masin.
Tapi hari ini adakah aku sedang melalui fasa "masin" dalam hidup ini...
Terkadang hati tidak mahu lari lagi....Biarlah semua berlaku sendiri,mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan Ilahi.
Tapi hari ini adakah aku sedang melalui fasa "masin" dalam hidup ini...
Terkadang hati tidak mahu lari lagi....Biarlah semua berlaku sendiri,mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan Ilahi.
Selasa, 20 Julai 2010
Takziah Buat PPM Jamaludin
Terkejut dengan berita petang semalam,apabila bapa mertua PPM Pendidikan Khas,En Jamaludin Juni ditemui di dalam semak dipercayai dibunuh.Tengahari baru bersembang dengan Din yang memberitahu bapa mertuanya hilang tanpa khabar berita.
PASSIONATE MURDER?... Gita Police Station OCS CI Fauzan Kassim (wearing cap) standing beside the body of Hossen Taha (55yrs,Kampung Tupong Ulu), believed to be murdered found in the bushes about 5m from a house (behind Bujang's shop) at Jalan Astana near Petra Jaya here yesterday. Gita police station recieved a call from a villager on the founding of the body at 6.15pm. The deceased, whom was last seen by family members went out to the shop on his motorcycle at around 7.30pm on Sunday had a slash on his neck and an Indonesian woman was arrested to assist in the murder investigation which is under Section 302 of the Penal Code. Sources said that the victim was believed to have involved in a fight with at least two person in front of the shop (where his motorcycle was found) around midnight before being dragged into the bushes.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..Dan semoga pembunuhnya mendapat pembalasan dari Allah S.WT..
AL_FATIHAH
Bergambar Bersama Badan Pengawas Sekolah
Hari ini sesi bergambar dengan Badan Pengawas Sekolah SMK Demak Baru..Nak ambil gambar sekejap tapi nak uruskan dalam kedudukan yang betul ,mengambil masa yang lama.Terima kasihlah pada pengawas-pengawas sekolah SMK Demak Baru yang sentiasa ikhlas dalam membantu pengurusan disiplin sekolah.
Macam-macam gelagat sebelum ambil gambar.
Inilah hasilnya ....Badan Lembaga Pengawas SMK Demak Baru 2010
Isnin, 19 Julai 2010
Langgan:
Catatan (Atom)





