Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 24 Julai 2010

Hari Koperasi

Semalam ,Jumaat SMK Demak Baru buat sambutan Hari Koperasi .Seperti biasa tugas menghias pentas memang dah jadi tugas aku ,Kak Dayang,Cikgu Khatijah, Cikgu Zaimash dan Cikgu Nurul..Sememangnya guru-guru khas ini kreatif-kreatifnya memang tidak dapat dinafikan.Buktinya dah macam tender untuk kami kalau ada apa-apa majlis kat sekolah tu..Bukan nak puji diri tapi itulah hakikatnya..
Inilah hasil tangan kerja kami .
Tak lupa berposing jap bersama Nurul dan Jah..buat kenangan lepas siap pentas.
Selepas ni..kita tunggulah majlis seterusnya...

Khamis, 22 Julai 2010

Bacaan Yasin

Hari ini guru-guru dan murid PPKI termasuk beberapa guru daripada aliran perdana turut serta dalam bacaan yasin untuk disedekahkan pada arwah bapa mertua En Jamaludin yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari yang lepas..

Latihan Bowling PPKI SMK Demak Baru (BDC)

Semalam para guru,PPM,dan murid-murid PPKI mengikuti lagi  aktiviti latihan bowling di BDC,Tabuan Jaya. Sayangnya tahun ini aku tak dapat nak turut serta hanya jadi penonton saje..Kalau tidak kerana pesanan suami melarang kumain,pasti aku yang paling awal join dalam balingan bola ni..Walaupun dah setahun lebih menjalani pembedahan kerana lahir aimy,tapi dia masih belum mengizinkan...Sayang dia kat isterinya nie..
Anak-anak muridku yang ceria dan sihat.
Ada yang masuk lokang ..Ada yang lebih pandai dari cikgu.

Rabu, 21 Julai 2010

Nakalnya Anak Murid

Terjumpa gambar ni dalam simpanan anak murid..Tak sangka sempat lagi dia rakamkan gelagat Cikgu dia nie..
Biasalah anak-anak istimewa ini..mereka ada kekurangan tetapi dalam masa yang sama ada kelebihan...

Mengharap kiambang bertaut kembali

 Semua orang tahu,berputus asa itu sesuatu yang buruk.Semua orang tahu,usaha itu tangga kejayaan .Tetapi,tidak semua orang mampu bertahan dengan keyakinan itu.Ada yang mengalah dan ada yang terlupa.Hidup ini umpama gula-gula,masam ,manis dan kadangkala masin.
Tapi hari ini adakah aku sedang  melalui  fasa "masin" dalam hidup ini...
Terkadang hati tidak mahu lari lagi....Biarlah semua berlaku sendiri,mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan Ilahi.


Selasa, 20 Julai 2010

Takziah Buat PPM Jamaludin

Terkejut dengan berita petang semalam,apabila bapa mertua PPM Pendidikan Khas,En Jamaludin Juni ditemui di dalam semak dipercayai dibunuh.Tengahari baru bersembang dengan Din yang memberitahu bapa mertuanya hilang tanpa khabar berita.
PASSIONATE MURDER?... Gita Police Station OCS CI Fauzan Kassim (wearing cap) standing beside the body of Hossen Taha (55yrs,Kampung Tupong Ulu), believed to be murdered found in the bushes about 5m from a house (behind Bujang's shop) at Jalan Astana near Petra Jaya here yesterday. Gita police station recieved a call from a villager on the founding of the body at 6.15pm. The deceased, whom was last seen by family members went out to the shop on his motorcycle at around 7.30pm on Sunday had a slash on his neck and an Indonesian woman was arrested to assist in the murder investigation which is under Section 302 of the Penal Code. Sources said that the victim was believed to have involved in a fight with at least two person in front of the shop (where his motorcycle was found) around midnight before being dragged into the bushes.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..Dan semoga pembunuhnya mendapat pembalasan dari Allah S.WT..
AL_FATIHAH 

Bergambar Bersama Badan Pengawas Sekolah

Hari ini sesi bergambar dengan Badan Pengawas Sekolah SMK Demak Baru..Nak ambil gambar sekejap tapi nak uruskan dalam kedudukan yang betul ,mengambil masa yang lama.Terima kasihlah pada pengawas-pengawas sekolah SMK Demak Baru yang sentiasa ikhlas dalam membantu pengurusan disiplin sekolah.
Macam-macam gelagat sebelum ambil gambar.
Inilah hasilnya ....Badan Lembaga Pengawas SMK Demak Baru 2010