Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 11 Julai 2010
Sabtu, 10 Julai 2010
Buah Tangan Abg Muhaditsin- Tq
Terima kasih pada Abg Muhaditsin yang buatkan video ni untuk cikgu...
Rasa
Dalam diri kita pasti ada rasa
Terkadang rasa itu dikongsi
Terkadang rasa itu disembunyi...
Terkadang rasa itu perlu dijauhi...
Rasa cinta pada insan
Rasa kecewa pada keadaan
Rasa bangga bila disayangi
Rasa sedih membaluti diri..
Rasa sunyi bila tiada yang menemani...
Rasa hiba bila rindu datang menyapa..
Rasa pahit untuk kuterima
Kenyataannya kini...
Pahit akan manis akhirnya...
Timun dari Kebun PPKI 2
Rasanya tak tergambar gembira melihat hasil-hasil tanaman di kebun PPKI 2 nie..tak sia-sia penat lelah bersama dengan anak-anak murid..Terbaru timun sudah mula boleh dipetik.Hari Isnin ni bolehlah diambil..Tapi aku duk fikir camana nak bagi semua anak murid agar dapat merasa bagaimana manisnya sayur timun ni.
Hanya Renungan
Mengejar matlamat pula perlu berlari,bukan berjalan,berlari pula perlu selingkar kesungguhan.Mencapai matlamat itu kejayaan..
Khamis, 8 Julai 2010
Bawang Merah...Dari Kebun PPKI
Hari ini seronok rasanya apabila apabila berbudi pada tanah nie,dapat jugak hasilnya..Hari ini bawang merah pulak dapat dinikmati..tapi taklah banyak sangat.Cukup untuk digunakan di dapur kelas khas je..Apapun ini semua memberikan ku semangat untuk terus bercucuk tanam..
Rabu, 7 Julai 2010
Aku dan Kura-kura
Dalam hidup aku nie inilah pertama kali aku pegang kura-kura..walau badannya keras sesekali bila kakinya terkena tangan menjerit aku dibuatnya.
Selasa, 6 Julai 2010
Mengharap Selasa Yang Indah
Kadangkala kita perlu mengorbankan perasaan sedih kita demi memastikan insan lain bahagia..Tapi ada ke insan lain akan berfikir sama dengan apa yang ku rasa...
Langgan:
Catatan (Atom)




