Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 19 April 2010

Catatan Buat Zuliani Hasyim


Catatan ini buat seorang kawan yang selalu ada ....

Zu..
Kuukirkan tinta ini untuk mu
Biar dari kejauhan
Tapi masih ada sekelumit ingatan
Padamu yang seorang teman
Yang amat kusayang...

Zu.
Ada ketika ingatan padamu sedikit kabur
Kesibukan membatutkan aku
Bertanya khabar suka atau duka mu...
Tapi ingin kau tau
Aku antara temanmu yang selalu bersedia
Untuk mendengar ceritamu..
Kerana sahabat sejati sentiasa ada di sisi

GO TO SEXXYSPACE.COM

Sabtu, 17 April 2010

Aimy

Aimy dah besarlah nenek..dah pandai bergayapun..

Aimy bersama Kakak Fatin

Aktiviti Memasak PKBP 2

Inilah pertama kali aku cuba membuat aktiviti memasak untuk pelajar PKBP 2..Lucupun ada sebab ada di antara mereka yang amat takut nak buka api.ada yang siap main baling terus je hot dog tu..Apapun inilah hasilnya..Minggu depan boleh teruskan lagi...

Jumaat, 16 April 2010

Kau Tetap Satu

073.gif
 Permataku Suria 
(Spider)
Aku suka dengar lagu nie..lirik dia cukup mendalam...Sememangnya dirimu tetap satu dalam beribu...

Satu

Di Antara Yang Beribu Itu
Menyuluhkan Cahayanya
Menerangi Jalan Hidupku

Engkau

Yang Tidak Pernah Berpaling Tadah
dan Sanggup Bersusah Payah
Memimpin ku Untuk Melangkah

Senyum Tangismu Menjadi Penawar
Pengorbananmu Cinta Yang Sejati

Tidak Luput Di Hati
Tak Lekang Di Ingatan
Ke Langit Engkaulah Bintang
Ke Dasar Laut
Kaulah Mutiara
Di Bumi Kau Intan Permata

Tidak Sanggup aku Kehilangan Kasihmu
Andai Kau Pergi
Pasti Gerhana Sepanjang Riwayatku Nanti

Mimpi Ngeri Berulang Lagi
Langkah Pasti Akan Terhenti
Dalam Cinta Abadi Oh Oh

Khamis, 15 April 2010

Untukmu Teman

Maydee’s Greeting

Maydee

If I could have my wishes
If wishes did come true..
I would wish for happiness
and long full life for you

Maydee

I would wish for laughter
And fill your life with songs
Then ask for peace and joy and love
to follow you all day long

Maydee

Then I would ask for peaceful rest,
To visit you at night
And that your every morning,
Down shimmering and bright

Maydee

I would ask for nothing
To give back to myself
As long as you are happy
I want for nothing else

Maydee(biarlah kita buat orang gembira ,sekurang-kurangnya dia tak akan membenci kita)



Selamat Malam Teman

graphic-287.gifPada mu teman
Yang mungkin singgah di bloq bicaraku..hanya dapat kuucapkan selamat malam...terima kasih kerana sudi berkongsi cerita antara kita...
Hari ini dan semalam adalah tak dapat untuk disamakan..Tak terdaya untuk menemani kalian...Moga malam yang dilewati penuh dengan kebahagiaan...

Malam Ku Kesiangan

Kumpulan Slam.
Tiada beza malam atau pun siang
Payah lena ku menjelma
Sejak kau tiada

Tak menentu fikiran bercelaru
Tiada lain yang teringat
Hanya kenangan denganmu
Bertahun kita menciptanya
Retak hanya sekelip mata

Semuanya berpunca dari kita
Kerna di hati mempunyai
Keegoan sendiri

Tidak sekali pun
Kita nak mengalah
Masing-masing menegakkan benang yang basah

Tidak terniat aku mengungkit semua pemberian
Apatah lagi menarik semula
Sesuatu yang aku ikhlaskan
Padamu firasahku
Fahamilah aku
Apa yang ku lakukan demi kesungguhan
Cintaku padamu
Yang makin menyala
Namun kau rasa tertekan
Hingga tercetusnya perbalahan

Ku harap retak ini tak kan berkecai
Mari kita patrikan semula seperti asalnya
Keegoan kita bersama kita kuburkan
Jangan biarkan malam ku terus kesiangan
(Suka dengar lagu nie hari ni.....) 

Harap hari ini ceria...

thursday5.gifMoga hari ini aku lebih ceria daripada hari semalam..terlalu sakit hati,pedih dan terhiris rasa ...Ramai yang kata aku nampak murung semalam.Nak buat macamana ,walau telah kucuba sembunyikan tetapi tetap juga nampak di mata orang...

Rabu, 14 April 2010

Andai Kau Tahu

45.jpg

Aktiviti Kadet Pertahanan Awam.

Akhirnya impian aku nak tengok budak khas masuk Kadet Pertahanan Awam(JPA3) terlaksana jua.Hari ni dia orang mula di ajar kawad oleh jurulatih JPA3.Sekurangnya ada jugak antara khidmat yang aku buat untuk mereka..

Aktiviti membuat frame gambar

Aktiviti hari ni untuk projek kraftangan PKBP 2 adalah membuat frame gambar..Hajat hati nak buat benda lain,tapi memandangkan tak sempat nak buat persiapan,guna ajelah apa-apa yang ada kat sekolah.Minggu nak sambung lagi.Hanya sempat buat 4 rekaan je..
Inilah hasilnya..ada satu perkara yang berlaku masa buat nie..kena baling beg sekolah oleh Shahir..Kena lak tulang rusuk rasa nak keluar airmata tahan sakit.sabar jelah....

Isnin, 12 April 2010

Aktiviti Hari Ini

6monday32.gif
Ada beberapa perkara yang berlaku hari ini....
  •  Lewat bangun pagi tadi..Akhirnya aku sampai kat sekolah lewat 15 minit.Sib baik pengetua belum sampai..
  • Pagi- pagi lagi  Jemaah Nazir dah datang jumpa aku bincang pasal pengurusan disiplin.Alhamdulillah berjalan lancar.Cuma dia minta aku sediakan buku loq untuk disiplin bagi memudahkan aku membuat data kes salah laku..Fuh lega...
  • Hari ini ada persediaan untuk pertandingan nasyid untuk esok hari...Aku kena praktiks baca teks bersama dengan Cgu Saei,Bandah dan Cgu Mariana...Harap semuanya ok esok.
  • Petang ada pulak perjumpaan terakhir dengan jemaah nazir..Tahan jelah telinga dengar teguran kalu ada.
Semoga hari-ini segalanya berjalan seperti apa yang di rancang.

Bingkisan Hati Buat Yang Kusayangi

4.gif 
 Sepi malam ini...hati sedikit tersentuh...ingin kulakarkan beberapa rasa yang bermain di minda.......

Terasa ingin kucoretkan beberapa ayat buat insan yang kusayangi di sana.......
Buat mak.....terkadang hati ini sentiasa pilu memikirkan dirimu..moga sihat sentiasa dan ceria hendaknya...
Rindu padamu tak pernah berakhir,biarpun jauh mak sentiasa dekat di hati...
Buat ayah..aku mula merasa rindu padamu...tiada lagi dendamku pada mu ayah...Hati ini mula dapat menerimamu dan kau jua tetap ku rindu sama dengan mak walau mungkin kau tak akan tahu isi hatiku....Moga aku dapat menebus segala kesilapanku padamu Ayah...Terima kasih kerana mu ayah... aku ada di dunia ini..
Buat darah sedagingku...hilai tawa ,gurau senda antara kita selalu terbayang di mata...terkadang antara kita seperti kawan yang sentiasa ada cerita suka dan duka untuk kita kongsikan...Apa yang kubimbangkan janganlah diantara kita ada yang bermasam muka ,jangan renggangkan hubungan erat kita walau apapun kedudukan kita suatu hari nanti...Aku sayang semuanya...
Buat suamiku...terima kasih kerana ada aku dihatimu..terima kasih kerana menerimaku dalam apa jua keadaan..Sesungguhnya hanya kamu yang sentiasa mengerti perasaanku...sentiasa melayan karenah keanakkanku biarpun terkadang hatimu tercalar dengan sikapku..Pengorbananmu selama ini teramat kuhargai..kusanjung tinggi..terima kasih kerana sentiasa menerima keluargaku seadanya...
Buat anak-anakku...kasih ,sayang ini tak pernah habis buat kalian...Cuma maafkan mak kerana mungkin diri ini masih gagal mendidikmu sebaik ibu mithali..Jadilah anak yang solehah yang sentiasa tempatkan ayah dan mak di hati kalian...walaupun suatu hari nanti ada insan yang kalian sayangi...Doa mak sentiasa mengharap kalian menjadi anak yang solehah,berjaya di dunia dan di akhirat...
Buat temanku.....Aku bangga menjadi temanmu..kerana kau sahabat sejati yang sentiasa ada dalam hati ini...

Contoh-Contoh Pantun Untuk Majlis Perasmian


Burung tempua hinggap merata
Sayang Merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Awal BismilLah pembuka bicara.


Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,

Budak-budak bermain galah
Bermain galah di tepian gelanggang

Ada yang menang ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan.


Kalau pergi ke Kg  Keramat
Janganlah lupa membeli tongkat
Bersama Kita memohob rahmat
Moga majlis mendapat berkat.


Pergi ke laut menangkap ikan
Membawa pulang si ikan tenggirii
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.


Tenung benang menjadi sari
Di atas papan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami


Wahai pelajar jauhilah dadah
Janganlah cuba walau sekali
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali.

(Ini beberapa contoh pantun yang aku reka....untuk sesapa yang selalu jadi emcee macam ni ...)