Sambutan ambang Tahun Baru Cina. Ringkas namun tetapi meriah. Bersama-sama meraikan tanpa mengira bangsa dan agama kerana hormat menghormati amalan kami. 'Kami anak Malaysia' 'Kami warga SMK Kampong Jawa. Badan Amal Guru dan staf(BAGUS) bersama jawatankuasa sekolah Penyayang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perlaksanaan majlis ini.Majlis ini adalah idea tuan pengetua Tuan Haji Kamaludin bin Taib.

Pentas ini aku buatkan bersama dengan Cikgu Loo dan PPM Firdaus.Betapa peritnya untuk aku mencari kedai yang menjual hiasan sempena tahun baru nie..Rasa dah semacam putus asa...bukan satu dua kedai aku jelajah.pergi Sentosa..pergi kedai-kedai 2 ringgit.Kembali semula ke Seksyen 18,19 hingga 6.30 petang tergerak hati untuk ke AEON Big Seksyen 23. Alhamdulillah di situ aku jumpa semua hiasan tu.Nak beli pun lucu.aku pergi tanya amoi yang jual aksesorie hp.Tanya apa maksud kad raya tu.Mana yang tulis Selamat Tahun Baru.Bukan aku tak reti membaca..reti.cuma aku belum pandai dalam bahasa Cina..kih2..apapun aku puas walaupun hasilnya macam tu je.cukuplah buat rakan cikgu berbangsa Cina gembira dengan apa yang kami sediakan.
Begitu juga dua bakul buah limau tu..aku sediakan ..ada sedikit peristiwa yang berlaku..mencari buah imau yang sedap banyak menguji aku.Beli kotak yang pertama separuh daripadanya telah pun busuk.Terpaksa mencari yang baru.Semuanya aku beli di AEON Big Seksyen 23..Alhamdulillah sangat lega.Pukul 7 malam baru aku dapat jejak kaki ke rumah setelah pukul 6.30 pagi meninggalkannya.Sakit habis kaki dan betisku lantaran berkasut tumit tinggi hihi..
Dan selepas maghrib aku terlena sampai pukul 2.00 pagi
Lumrah seorang guru...

Barisan pentadbir SMK Kampong Jawa yang sporting

Sebahagian guru-guru sesi pagi


Ucapan pengetua

Ucapan Penyelia Petang En Amir


Pembahagian buah limau oleh guru-guru berbangsa Cina kepada Tuan Pengetua

Pembahagian buah limau guru berbangsa Cina sesi petang kepada Penyelia Petang

Soalan Kuiz berkaitan Tahun Baru Cina


Soalan Kuiz sesi petang

Nyanyian Lagu Hari Tahun Baru Cina



Pemberian Buah Limau oleh Tuan Pengetua


Pemberian buah limau daripada kaunselor sesi petang

Wakil Bagus sesi petang Cikgu Luar Polly

Guru Berbangsa Cina sesi pagi

Pemberian Limau kepada guru

Guru-guru sesi pagi yang spoting mengikut tema merah pada majlis ini
Kalian memang Besttttttt

Guru Sesi petang yang sporting

Guru berbangsa Cina sesi petang

Murid sesi petang



