Sepanjang minggu ini..Hari-hari yang berlalu hati sentiasa dalam keresahan..Dalam ceria ada gundahnya..Andai dapat kuundurkan putaran masa akan kuundurkannya kerana aku tak mampu nak berdepan dengan hari esok dan hari-hari seterusnya...Mampukah aku menghadapinya nanti...
Teman..maafkan aku kerana untuk kali ini aku tak mampu menjadi pendengar yang setia,aku tak mampu untuk berkongsi sedihmu kerana aku jua dalam dilema ..Aku jua tak mampu berkongsi perasaan denganmu lantaran aku sendiri berperang dengan perasaan..